Dalam rumah tangga ni, kalau bertengkar tu biasa la. Asam garam dalam rumah tangga kan. Lidah sendiri pun kadang-kadang tergigit, apatah lagi duduk serumah dengan pasangan yang baru kita kenal.
Tetapi kalau bertengkar jangan sampai keluarkan kata kesat kepada pasangan. Caci maki kaw-kaw. Sumpah saranah tak ingat dunia. Lebih teruk lagi sampai pukul pasangan.
Apa yang dikongsikan oleh Encik Amir Syahir ni memang betul dan mungkin kita dapat sama-sama perbaiki kelemahan dalam diri masing-masing.
Ada orang bila bergaduh, dia tutup pintu bilik pastu nangis. Ada jugak jenis pukul bantal. Ada orang bila bergaduh dia ambil kunci kereta lepastu keluar tenangkan fikiran. Ada yang mogok taknak masak. Ada orang bergaduh tak cakap dua hari. Hari ketiga bercakap balik.
Apa pun cara korang tenangkan diri, janganlah sampai keluar berdua-dua dengan ajnabi. Itu sama sekali salah. Mungkin akan hadir rasa sayang dengan ajnabi tu nanti. Tengah fikiran kusut, mesti akan buat keputusan terburu-buru. Masa tu juga akan ada yang ketiga ambil kesempatan. Syaitan suka kalau rumah tangga umat manusia musnah.
Bersikap professional dan bertenang
Masalah dalam rumah tangga korang tak boleh lari. Mana ada hidup takde masalah kan. Korang kena hadapinya. Hadapi dengan tenang dan senyuman. Itulah yang dikatakan pahit manis dalam rumah tangga.
Pasangan yang berkahwin lewat biasanya jarang nak bertengkar tentang perkara remeh. Bagi mereka, rugi dorang bertengkar. Dah la lambat kahwin, rugi masa bahagia untuk bersama.
Pasangan muda yang baru berkahwin, lima tahun pertama biasanya selalu akan gaduh. Dalam masa tu korang baru nak kenal pasangan luar dan dalam. Kuatkan hati. Gaduh tu perkara biasa.
Dalam sebulan, gaduh tiga hari. 27 hari bahagia. Apa ada hal. Anggap saja tu ujian nak kukuhkan rumah tangga korang. Bukannya semakin goyang. Kalau 27 hari kau gaduh, tiga hari je baik memang ada yang tak kena tu.
Ingat Anak-Anak
Bila bergaduh jangan cepat nak buat keputusan. Tengah marah selalunya otak tak dapat berfikir dengan baik. Masa tu ego dan emosi lebih mengatasi.
Masa bergaduh tu ingat la anak-anak. Anak-anak pun tak gembira kalau suasana dalam rumah tu tak ceria dan hambar je. Pandang dan renung wajah anak. Mesti korang rasa rugi gaduh lama-lama. Jangan biarkan senyuman di wajah anak-anak hilang hanya kerana masalah kita sebagai suami isteri.
Sumber: Amir Syahir
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI