Ramai ibu bapa terpaksa bergantung pada susu sebagai makanan utama kerana anak mereka cerewet makan.
Tanpa sedar ia menyebabkan risiko tulang dan gigi anak jadi lemah.
Ia bukan perkara main-main tetapi dijelaskan oleh Dr Suriyakhatun sebagai panduan penting kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang menjadikan susu formula sebagai makanan utama.
Pembantu saya tanya. “Kenapa doktor marah pesakit tadi?”
Eh saya marah ke? Saya tak marah, cuma hati saya rasa kecewa sebab saya sudah berkali-kali beritahu bahawa bila minum susu formula banyak sangat semasa umur sudah lebih dua tahun akan menimbulkan berbagai masalah, dan anak ini eczema selepas umur 4 tahun sebab ibunya mulakan susu formula pada umur 4 tahun. Dia minum 5 botol sehari dan tidak mahu makan kecuali telur dan nasi putih.
Cuba awak fikirkan perkara ini dengan mengunakan ilmu biochemistry yang telah awak belajar dulu.
Susu formula adalah makanan yang timbulkan acid ash , nasi putih pun sama dan telur pun sama. Darah kita perlu ph 7.35-7.45 dan tidak boleh lari dari ph ini.
Ads
Keadaan acidosis adalah keadaan cemas dan tidak akan berlaku sebab badan kita ada mekanisma untuk betulkan.
Maka dalam badan ada buffer system yang kekalkan ph begini. Jika makanan yang masuk keluarkan acid ash, badan terpaksa ambil zat galian yang alkaline dari dalam TULANG anak itu untuk kekalkan ph darah.
Bayangkan apa yang berlaku bila makanan sentiasa dari range mengeluarkan acid ash tanpa di imbang dengan makanan yang keluarkan alkaline ash ?
Ads
Tulang anak tak kuat, usus dapat leaky gut sebab makanan acidic yang tinggi gula juga tidak baik untuk microbiota usus, eczema dan semua penyakit alahan akan keluar terutama bila ada unsur keturunan.
Susu bukan makanan utama
Apakah makanan yang perlu untuk imbangkan? Perlulah makan buah dan sayur dan jika ini pun tidak boleh kena berikan supplement yang ada zat serupa seperti dalam sayur dan buah, zat galian seperti Magnesium, Potasium dan lain-lain.
Bila pengambilan hanya susu, biskut, kuih dan roti, anak ini bukan sahaja akan terjejas kulit , tapi usus, tulang dan saraf akan terlibat dan tak lalu makan akan menyebabkan kurang zat . Cukupkah susu formula menampung semua keperluan anak selepas umur dua tahun?
Ads
Susu formula bukan makanan semula jadi, ia banyak bahan tiruan dalamnya disamping mengandungi susu lembu yang ramai anak -anak mungkin ada alahan kepadanya “lactose intolerance serta cow’s milk protein allergy” serta kandungan gula yang boleh menyebabkan membiaknya bakteria patogen serta candida dalam usus.
Selain dari itu, susu mengambil tempat makanan asli semula jadi yang anak perlukan untuk membesar
Di samping itu, bila anak masih bergantung pada susu pada umur lebih 2 tahun dengan meminum 200 ml x 5 atau x 6 = 1 liter atau 1.2 liter air pada badan kecilnya akan menyebabkan fluid overload dan beban pada ginjal .
Pergantungan pada susu yang bersifat acidic food menyebabkan tulang dan gigi menjadi lemah. Ini adalah sebab buffer system badan larutkan zat galian dari tulang anak untuk kekalkan alkaline ph darah bila mana makanannya tidak memberi secukupnya electolyte yang kekalkan ph darah ditahap alkaline ph yang diperlukan. Gigi juga boleh busuk sebab gula dalam susu.
Ini antara masalah yang timbul bila susu jadi makanan utama dan bukan makanan tambahan. Susu bukan makanan utama anak lebih dari 2 tahun.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap petang si kecil ajak ke taman. Jangan malas melayan anak walaupun nampak remeh main di taman tapi impaknya penting untuk perkembangan otak dan kemahiran motor kasar si manja anda.
Selain menjadi satu cara ‘bonding’antara ibu ayah dan anak, aktiviti bermain di taman permainan mempunyai impak besar kepada perkembangan otak dan kemahiran motor kasar anak yang sangat penting untuk pembelajarannya bila sudah masuk sekolah nanti.
Walaupun anda nampak aktiviti bermain mereka seperti memanjat gelungsor, bergayut di ‘monkey bar”, memanjat tali dan sebagainya seperti tiada apa-apa kepentingan tetapi hakikatnya ia bagus untuk anak kecil belajar banyak kemahiran motor kasar selain daripada kemahiran bersosial dengan kawan-kawan.
Oleh itu ibu ayah jika bawa anak bermain di taman, anda kenalah bantu dan pantau anak bermain. Janganlah dibiarkan si kecil sendirian kerana anda sibuk melayan handphone!
Menurut Puan Mahfuzah Zainol, Terapis Cara Kerja atau Occupational Therapist, ibu bapa mestilah rajin membawa dan melayan anak bermain di taman permainan sebagai salah satu cara mereka belajar.
Selalin dari itu aktiviti di taman juga membantu merangsang otot bahu anak. Aktiviti rangsangan otot bahu merupakan aktiviti intervensi yang dilakukan oleh terapis carakerja dalam meningkatkan kemahiran motor kasar.
Sebenarnya kekuatan otot pada bahagian bahu amat penting untuk aktiviti-aktiviti kehidupan harian lebih-lebih lagi dalam aktiviti pembelajaran.
Banyak sebenarnya faedah daripada aktiviti kemahiran motor kasar di taman permainan.
Kadang-kadang nampak macam remeh je bergayut-gayut atau memanjat jaring-jaring tu, tapi impaknya dalam pemprosesan otak dan kemahiran sangat besar!
Bermainlah!
Aktiviti-aktiviti ini boleh dijadikan aktiviti rangsangan sensori propriception secara tidak langsung.
Contohnya, memanjat, secara tidak langsung compression of joints dilakukan semasa bermain!
Aktiviti rangsangan otot pada bahu boleh memberi impak dalam pegangan pensel yang baik dan kemahiran persepsi visual yang berkesan.
6 aktiviti rangsangan otot bahu di taman permainan
Mengembangkan kecerdasan anak bukan bermaksud kita hanya memberi peluang kepada anak mengikut minatnya semata-mata tetapi dengan interaksi sehari-hari ibu juga boleh merangsang anak agar mereka lebih bijak.
Seawal usia dua tahun kita sebagai ibu bapa sudah boleh mengembangkan kecerdasan anak. Namun ia tidak boleh dipaksa. Buat berdasarkan kemampuan anak kerana kita mahu anak rasa tidak seronok dan tertekan.
Berikut adalah beberapa cara mengembangkan kecerdasan anak iaitu:
Mengetahui minat kanak-kanak
Mengenali minat kanak-kanak yang semakin membesar pada satu-satu bidang sangat membantu untuk mengenali potensinya. Misalnya kanak-kanak suka membaca buku, bersenam, bermain muzik atau memasak. Dengan mengetahui minat anak akan lebih mudah untuk mengajar mereka melalui perkara yang menjadi minat atau kesukaannya itu, sehingga proses belajar menjadi lebih menyenangkan.
Mendorong anak agar bertanya
Dalam setiap kesempatan, dorong anak untuk bertanya. Rasa ingin tahunya merupakan modal untuk mengajar pelbagai pengetahuan baru.
Mengajar anak mencari jawapan
Setelah anak bertanya, secara automatik akan lahir rasa ingin tahu pada anak. Sebaiknya jangan terus memberikan jawapan, tetapi ajaklah anak untuk mencari jawapannya bersama-sama, misalnya dengan membuka buku atau cara lain sehingga imaginasi kanak-kanak menjadi lebih terbuka.
Membina rasa ingin tahu atas jawapan yang diberikan
Jangan bosan menjawab soalan dari anak ketika anak bertanya terus-menerus. Satu maklumat baru yang diterimanya saling berkaitan antara satu sama lain sehingga anak akan membina kesimpulan sendiri.
Melakukan permainan yang menyelesaikan masalah
Banyak permainan yang boleh membantu kanak-kanak mengembangkan kemampuannya untuk menyelesaikan masalah, contohnya bermain membuat bentuk daripada lego, membina ayat, dan sebagainya.
Mendorong anak untuk meminati perkara yang lain
Walaupun kanak-kanak mempunyai minat pada bidang muzik, namun ibu bapa juga perlu memperkenalkan kepada aktiviti sukan supaya anak tahu. Sekurang-kurangnya dia tidak fokus pada satu perkara sahaja dan serba boleh.
Oleh itu, ibu bapa kena pastikan apa yang dilakukan untuk anak bukan semata-mata paksaan tapi biar anak itu sendiri rasa seronok.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekejap dah genap dua tahun usia anak lelaki Dayah Bakar. Lahir pada 17 Ogos 2020, kini Achbar Muhammad Fahri makin banyak akal dan setiap gelagatnya sentiasa mencuit hati.
Bila dah mencecah usia dua tahun, kebanyakan ibu bapa dah mula tak sabar untuk dengar anak cakap. Biasanya perkataan pertama yang diharapkan keluar dari mulut si anak adalah menyebut panggilan ibu, ayah, mama, papa dan lain-lain.
Seperti situasi Fahri, Dayah berkongsi dia gigih mengajar Fahri memanggilnya ibu. Pastinya nak dengar perkataan itu buat pertama kali. Hakikatnya ia sangat struggle walaupun hanya tiga huruf sahaja.
Apa yang boleh disebut Fahri dahulu adalah baba namun sehingga sekarang masih lagi sukar untuk memanggil ibu walaupun setiap hari Dayah mengajarnya sebut ibu.
Dalam satu video yang dimuat naik ke TikTok, gelagat comel Fahri memanggil ibunya menggunakan nama cukup lucu. Walaupun masih belajar untuk bercakap dengan lancar, sebutan dengan nada yang pelat itu seolah-olah seperti dia memanggil ‘kawan’.
“Ni mesti kat rumah orang panggil dayah selalu. Anak-anak akan ikut apa panggilan ibu dia di rumah.”
“Hehe..anak bertuah ni. Panggil ibu dia dayah jehh. Kemain ye awak fahri. Comel sangat ni”
“Eeii comelnya Fahri😍 kemain ehh Dayah je dia panggil 🤣.”
“Saya pun pernah rasa pengalaman anak panggil kita dengan nama sebab duk dengar orang panggil macam tu.”
InsyaAllah jika selalu diajar untuk menyebut dengan betul, lama-kelamaan anak akan boleh faham. Asalkan terus mengajarnya. Lagi satu jangan sesekali ajuk dengan menyebut sesuatu perkataan itu dengan pelat.