Bergedil yang kita ketahui sebagai makanan sampingan dalam sajian soto atau boleh dimakan bersama nasi bukan hanya sesuai untuk orang dewasa. Sajian sihat dan kaya karbohidrat ini juga sebenarnya cukup sesuai untuk diberikan kepada anak-anak kecil kita.
Sifat kentang yang lembut memudahkan anak mengunyahnya malah lebih senang dihadam anak-anak kita. Namun setiap kali menyediakan menu ini buat anak-anak kita, usah dibiarkan kosong dengan kentang sahaja sebaliknya cuba resipi yang dikongsikan oleh ibu ini, Puan Farisha Sofea yang menggabungkannya dengan lobak merah. Lebih khasiat!
Jom cuba resipi yang dikongsikan olehnya.
Bahan Bahan :
Bahan A :
2 biji ubi kentang
Lobak merah
Bahan B :
Pati minyak zaitun
Daging dikisar
Bawang merah / bawang holland -dihiris
Sawi dicincang
Serbuk ayam
Herba campuran -jika perlu
Bahan C :
1 biji telur -dipukul sekejap
Rebus ubi kentang dengan lobak merah sampai empuk. Kemudian lenyekkan. Ketepikan seketika.
Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, masukkan daging dan biarkan masak sehingga daging lembut.
Masukkan pula sawi, herba campuran dan bahan serbuk. Biarkan ditumis seketika. Toskan minyak , campurkan ke dalam kentang tadi.
Gaulkan rata.
Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan sedikit. Ulang sehingga habis dan simpan di dalam peti sejuk seketika.
Panaskan minyak, celupkan adunan tadi ke dalam telur yang dipukul dan goreng hingga masak.
Kalau nak buat frozen, goreng separuh masak dan ejukkan dahulu sebelum disimpan dalam peti bahagian sejuk beku. Bergedil ni lembut sebab saya tak gunakan tepung.
Siap, makan dengan bubur pun sedap.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI