Sebut bergedil mesti dah terbayang ubi kentang yang penuh dengan isi ayam atau daging. Bukan itu saja, ramai juga yang dah mula menggemari tauhu bergedil yang disumbat isi kentang di dalamnya.

Ok kali ni pasti ramai yang teruja untuk nak cuba pula bergedil roti. Bunyi macam pelik kan tapi rasanya pasti buat anda seisi keluarga suka.

Perkongsian resipi bergedil roti dari Puan El Musliha Katiman ini tak rugi anda buat kerana boleh jadikan hidangan keluarga. Lepas anda cuba sekali pastinya bergedil roti akan jadi pilihan selain cucur bilis atau cucur udang.

Bergedil Roti Penuh Inti. Cicah Dengan Sos & Mayo, Tak Makan Nasi Pun Kenyang 

Bergedil Roti

Bahan-bahan:

Ads

Bergedil Roti Penuh Inti. Cicah Dengan Sos & Mayo, Tak Makan Nasi Pun Kenyang 

  • Roti (dicarik-carik)
  • Susu full krim
  • Telur
  • Bawang besar
  • Capsicum
  • Cili padi
  • Kiub pati ayam
  • Ikan bilis
  • Serbuk lada sulah
  • Garam

Cara-cara membuatnya:

– Mula-mula pastikan roti dicarik-carik dan campurkan semua bahan di atas. Bagi bawang, capsicum, cili padi, bilis, boleh dipotong dadu atau ikut kesesuaian anda.

Bergedil Roti Penuh Inti. Cicah Dengan Sos & Mayo, Tak Makan Nasi Pun Kenyang 

Ads

– Masukkan kiub pati ayam yang dihancurkan, pecahkan telur dan akhir sekali masuk susu, garam, serbuk lada sulah. Gaul sampai sebati.

– Boleh mula bentukkan bulat-bulat dan buat sampai habis. Susun dalam bekas atau loyang sebelum di goreng.

Bergedil Roti Penuh Inti. Cicah Dengan Sos & Mayo, Tak Makan Nasi Pun Kenyang 

– Untuk menggoeng bergedil roti, pecahkan telur dan panaskan minyak terlebih dahulu. Celupkan bergedil roti dalam telur dan goreng dengan api sederhana. Balik-balikkan dan bila nampak dah keperangan boleh angkat serta toskan minyak terlebih dahulu.

Ads

– Bila semuanya dah siap boleh dihidangkan bersama sisi cilidan mayonis atau jika tak mahu pencicah boleh terus makan macam tu je. Yang pasti sangat sedap dan mengenyangkan.

Selamat mencuba!

Kredit resipi: El Musliha Katiman

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI