Baru-baru ini tular sebuah video yang menunjukkan seorang tahanan memeluk erat anak perempuannya ketika kanak-kanak itu datang melawatnya di sel polis.
Di dalam video tersebut dapat dilihat tahanan itu yang bernama Aceng sedang bergurau dengan anaknya. Dikatakan pada awalnya, kedua-dua beranak ini hanya dapat melepaskan rindu di sebalik tirai besi.
Mungkin disebabkan rasa ihsan dan terharu dengan hubungan ayah dan anaknya itu membuatkan salah seorang petugas di sana membukakan pintu sel tahanan tersebut.
Sebaik saja pintu dibuka, mereka dapat bermesra dengan lebih dekat sambil bergurau antara satu sama lain. Video ini menjadi tular selepas dimuat naik di akauan Instagram @undercover.id.
Namun tidak pula dijelaskan dengan lebih lanjut tentang kesalahan Aceng yang ditahan di sel polis Jambi.
Ads
Ramai yang terharu dengan perkongsian video tersebut dan ternyata ia mengundang rasa sayu warganet yang melihat betapa eratnya kasih sayang ayah tersebut dengan anak perempuannya.
“Mungkin dia gagal menjadi ‘orang baik’ tetapi dia tidak gagal menjadi seorang ayah.”
‘”alan cerita mereka Allah izinkan buat kita semua saksikan dan ambil iktibar. Ada hikmah besar buat mereka dan kita yang melihat juga.”
Ads
“Ada cinta yang begitu tinggi, yang tak mampu dihalang oleh jeriji besi. semoga anda hikmah buat anda dan keluarga.”
Dikongsikan untuk menjadi pengajaran serta berkongsi betapa hebatny kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya. Semoga Aceng dan keluarga terus tabah dengan ujian ini.
Terkini, pada tahun 2025, bakal jemaah haji Muassasah daripada kumpulan B40 dan M40 akan menerima bantuan kewangan khas bagi meringankan beban kos menunaikan haji. Lembaga Tabung Haji (TH) bersama Kerajaan terus komited membantu rakyat melaksanakan ibadah ini dengan menawarkan pelbagai insentif kewangan.
Berita baik ini memberi sinar harapan buat golongan B40 dan M40. Memetik laporan UtusanTV, bakal jemaah haji Muassasah kumpulan B40 yang mendapat bantuan Kerajaan bagi B40 akan menerima Bantuan Kewangan Haji daripada Lembaga Tabung Haji (TH) sebanyak RM17,300 seorang dan ditambah bantuan Kerajaan sebanyak RM1,000 seorang pada 2025.
TH dalam kenyataan hari ini memaklumkam, bantuan yang berjumlah RM18,300 itu adalah lebih separuh (55 peratus) daripada keseluruhan Kos Haji, menjadikan Bayaran Haji bagi seorang jemaah B40 berjumlah RM15,000.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman berkata, bakal haji Muassasah kumpulan M40 pula akan menerima Bantuan Kewangan Haji berjumlah RM9,800 seorang atau 29 peratus daripada keseluruhan Kos Haji, menjadikan Bayaran Haji bagi seorang jemaah M40 sebanyak RM23,500.
Manakala, Jemaah Muassasah kumpulan T20 yang berpendapatan individu sekurang-kurangnya RM15,000 sebulan perlu menjelaskan bayaran penuh kos haji iaitu RM33,300 seorang.
Katanya, ia adalah selari dengan prinsip penyasaran bantuan yang sedang dilakukan oleh Kerajaan.
Tambahnya lagi, Bakal Haji yang membuat rayuan luar giliran untuk menunaikan haji secara Muassasah, mereka yang terpilih melalui proses rayuan perlu membayar penuh Kos Haji selaras dengan syarat istito’ah.
“Terdapat hampir empat juta pendeposit yang telah mendaftar haji dan sedang menunggu giliran untuk menunaikan haji, namun kuota adalah terhad. Kos Haji Muassasah adalah jauh lebih rendah daripada pakej haji yang ditawarkan oleh syarikat swasta yang dilesenkan oleh TH dimana harga bermula sekitar RM55,000 seorang,” katanya.
Syed Hamadah menjelaskan bahawa Bantuan Kewangan Haji bagi musim haji kali ini dianggarkan mencecah RM261 juta, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan yang disalurkan sepanjang 25 tahun melebihi RM2.8 bilion.
Beliau turut menegaskan bahawa jumlah bantuan yang signifikan ini memberi impak besar kepada keupayaan kewangan TH serta pulangan yang diterima oleh para pendeposit.
Justeru, katanya, TH telah mengambil langkah menurunkan kadar Bantuan Kewangan Haji secara berperingkat sejak 2022 ke arah memenuhi konsep kemampuan dalam menunaikan ibadah haji (istito’ah) dan bagi membantu kelestarian kewangan TH demi memelihara kepentingan pendeposit.
“Keputusan ini adalah selari dengan resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan yang menetapkan bakal jemaah haji bertanggungjawab atas perbelanjaan sebenar menunaikan ibadah haji, selari dengan konsep istito’ah di mana ibadat haji diwajibkan bagi umat Islam yang berkemampuan,” katanya.
Dalam pada itu, Syed Hamadah berkata, TH telah dapat mengekang peningkatan kos bagi musim haji 2025 dimana Kos Haji masih kekal pada RM33,300 bagi seorang jemaah Muassasah.
Kata beliau, bagi mengawal Kos Haji, TH telah berusaha untuk mendapatkan kontrak jangka panjang penerbangan meskipun dalam keadaan harga minyak yang meningkat.
Katanya lagi, harga penginapan di Tanah Suci meningkat dengan mendadak susulan pembangunan pesat di Makkah dan Madinah, yang memberi kesan langsung kepada kos haji. Bagi mengatasi cabaran ini, TH telah mengambil langkah proaktif dengan memeterai perjanjian bersama pengusaha hotel untuk memastikan harga penginapan dapat dikawal pada masa hadapan.
“Kos penginapan, penerbangan dan caj perkhidmatan di Tanah Suci merangkumi 87 peratus dari kos keseluruhan dan adalah di luar kawalan TH.”
“Mengambil berat tentang konsep istito’ah, dari 2022 hingga 2024, lebih 700 orang jemaah Muassasah B40 dan M40 telah memilih untuk membayar samada Kos Haji secara penuh atau lebih dari bayaran minima yang ditetapkan TH. Pihak TH menyambut baik sikap positif ini,” katanya.
Tambah Syed Hamadah lagi, setiap tahun terdapat kira-kira 70,000 hingga 80,000 rayuan untuk menunaikan haji dan mereka bersedia membayar penuh kos haji.
Anak sering tak sihat bila mula masuk tadika, taska, begini cara atasi. Ibu bapa sering mendapati anak mereka mudah jatuh sakit apabila mula masuk tadika atau taska. Fenomena ini sebenarnya agak biasa berlaku dan menjadi kebimbangan bagi ramai ibu bapa.
Terdapat beberapa sebab mengapa ini berlaku, tetapi dengan pemahaman dan langkah pencegahan yang betul, kita boleh membantu anak kekal sihat di persekitaran baru mereka.
Bila anak sudah mula masuk taska, tadika, bermulalah juga siri anak kerap tak sihat. Lagi perit, berjangkit pula dengan adik beradik lain di rumah. Maka berhari-harilah kita terpaksa EL sebab anak tak sihat.
Boleh cuba tip yang saya kongsi ini. Moga dapat membantu menguatkan imun anak kita semua, In Shaa Allah.
Kesimpulannya, adalah normal bagi kanak-kanak untuk mengalami beberapa episod sakit apabila mula memasuki persekitaran baru seperti tadika atau taska. Bagaimanapun, dengan usaha yang berterusan daripada ibu bapa dan penjaga, risiko penyakit ini boleh dikurangkan.
Yang penting, kita perlu memahami bahawa jangkitan ringan sebenarnya adalah sebahagian daripada proses membina sistem imun kanak-kanak. Dengan penjagaan yang betul, kita boleh membantu anak menghadapi tempoh ini dengan lebih mudah dan membesar dengan sihat.
Di saat majoriti kanak-kanak zaman kini lebih terpesona dengan dunia digital dan gajet di tangan, muncul satu figura kecil yang mematahkan stereotaip itu dengan tindakannya yang cukup menyentuh hati.
Sebuah video yang dimuat naik oleh pengguna Threads, @fz_fadhlilzain_, memaparkan seorang murid lelaki sedang membonceng motosikal bersama ayahnya. Apa yang luar biasa, anak kecil itu khusyuk membaca ayat-ayat suci al-Quran sambil motosikal mereka berhenti di lampu isyarat.
Video pendek ini berjaya menggugah perasaan ramai warga maya. Dalam suasana yang tidak formal, di jalanan dan di atas motosikal, anak ini tetap tidak melepaskan peluang untuk menelaah ayat-ayat yang mungkin sedang dihafalnya.
“Ketika ramai leka melayani telefon pintar, kamu pula asyik menelaah ayat-ayat al-Quran. Alangkah bertuahnya ibu dan ayah memiliki anak sepertimu yang tekun, tenang dan cintakan ilmu akhirat.”
Kata-kata tersebut mewakili perasaan ramai yang turut terinspirasi dengan keazaman luar biasa anak ini — tidak leka dengan dunia, malah memilih mendalami kalam Ilahi.
Ruangan komen di Threads dibanjiri dengan pujian, doa dan luahan rasa syukur:
“Allahuakbar… Masya-ALLAH, sejuk perut ibu mengandung.” “Anak ini mengingatkan saya pada zaman kecil saya, tapi sekarang anak-anak lebih sibuk dengan telefon.” “Bertuah mak ayah dia. Moga istiqamah sampai besar.” “Subhanallah. Masya-ALLAH. Alhamdulillah buat kedua orang tuamu nak. Semoga menjadi Hafiz.”
Rata-rata menyifatkan tindakan ini sebagai luar biasa dan menyentuh sanubari, terutama sekali kerana dilakukan tanpa paksaan, di tempat awam dan dengan penuh kesungguhan.
Kisah ini menjadi simbol kepada keberkatan didikan ibu bapa yang mengutamakan pembinaan akhlak dan rohani anak. Di saat ramai ibu bapa membenarkan anak leka dengan gajet sebagai cara ‘menghiburkan diri’, pasangan ini jelas berjaya menerapkan kecintaan kepada al-Quran sejak usia muda.
Tindakan anak kecil ini mungkin hanya berdurasi beberapa saat dalam video, namun kesannya menyentuh ribuan hati. Ia menjadi pengajaran kepada masyarakat bahawa dalam dunia yang semakin melupakan nilai agama, masih ada benih-benih harapan yang menyinari masa depan umat.
Semoga anak ini terus membesar dengan iman dan akhlak mulia, dan menjadi asbab hidayah kepada kita semua.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!