Dek kerana dah ramai adik perempuan dan dia satu-satunya anak lelaki, si abang meluahkan keinginan untuk untuk memiliki adik lelaki.
Baca Juga:
Di Mana Mereka Sekarang? Kanak-Kanak Hilang Masih Belum Di Temui Sehingga Kini
Puding Dadih Susu & Buah Naga, Resepi Simple Untuk Bayi Yang Dalam Fasa ‘Teething’
Resepi Rendang Ayam & Kuah Kacang Versi Bayi, Memang Sedap! Baby Pun Boleh Makan Makanan Raya
Akhirnya keinginan si abang tertunai jua selepas ibunya selamat melahirkan adik lelaki yang sangat comel.
Si ibu sempat merakam momen indah anak sulungnya yang sangat gembira menerima adik lelaki baru.
Malah si abang sangat bertanggungjawab menjaga si adik dari sejak lahir sehinggalah kini.
Rata-rata warga maya memuji sikap si abang. Tak kurang juga ada yang melalui pengalaman sama seperti si ibu.
Kredit video: Manis FM
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Target 12 Anak! Dari Biasa-Biasa, Bila Anak Ramai Rezeki Murah. Rumah Pun Meriah
Orang kata anak ramai rezeki. Tapi dalam keadaan hari ini, bila pasangan yang mempunyai anak lebih dari 5 orang pun orang dah menjeling tengok bila bawa keluar ke mana-mana. Mungkin dulu orang tak kisah sangat tapi sekarang ia sedikit berbeza.
Lagi satu kebanyakan daripada kita akan fikir jika anak dua atau tiga dah cukup untuk zaman sekarang. Ini kerana semua kos mahal selain masa untuk membesarkan anak agak terhad. Ada sesetengah pendapat menyatakan tak boleh tengok pada kuantiti tetapi kena nilai melalui kualiti.
Walau apa pun pendapat, pasangan suami isteri sendiri yang tahu. Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Setiap orang ada pendapat berbeza. Bagaimana kita nak mencorakkan anak-anak semuanya dari acuan ibu bapa sendiri.
Namun bagi Puan Wan Melisa, 33, yang kini mempunyai 8 orang anak dan sekarang tengah mengandungkan anak yang ke-9 dia menganggap kehadiran anak-anak ini dianggap rezeki buatnya dan suami.
“Ramai orang tak percaya bila tahu saya ibu kepada 9 orang anak. Di usia yang masih muda dan dengan keadaan sekarang ini, pergi mana-mana pun bila orang lihat saya bawa anak-anak yang masih kecil ada yang tanya anak sendiri atau anak buah.
“Bila jawab anak sendiri mereka tak percaya tapi bila terangkan baru mereka faham,” katanya.
Anak ramai rezeki tak putus
Wan Melisa berkongsi semasa berkahwin dia berusia 20 tahun manakala suami 21 tahun. Dapat anak setahun kemudiannya.
“Asalnya kami tak plan nak berapa anak kerana suami seorang saja yang bekerja dan saya pula suri rumah saja.
“Namun betullah orang kata, bila kita melahirkan anak ni setiap dari mereka pembawa rezeki yang tak disangka. Dari saya tak bekerja lepas kehadiran anak-anak saya dapat buat bisnes online dan kini sepenuh masa buat bersama suami.
“Saya sekarang ada lapan orang anak. Enam lelaki dua perempuan. Seorang lagi dalam kandungan usia 6 bulan lebih. Tu pun ada yang bising cakap jangan beranak lagi. Tapi sebenarnya bila makin ramai anak makin murah rezeki keluarga kami.
“Bermula anak ketiga selang setahun je anak-anak kami. Sampai la anak ke-6 dan ke-7 dapat kembar lelaki. Sekarang anak ke-8 pun lelaki dah nak masuk 10 bulan.
“Sebenarnya saya juga pernah keguguran sebanyak 3 kali. Kalau semua ada sekarang dah 12 orang anak,” katanya.
Target 12 orang anak
Wan Melisa menyatakan memandangkan dia pun mempunyai 9 beradik dan dari keluarga besar, bila anak ramai lagi seronok. Manakala suami pula ada 4 beradik dan mempunyai kembar.
“Masa mula-mula nak jaga anak ramai memang rasa susah, tapi alhamdulillah Allah sangat mempermudahkan urusan saya dan suami. Anak-anak seolah faham dan mereka jarang nak buat perangai.
“Saya bersyukur dengan membuat bisnes online ni dalam masa sama dapat tengok dan pantau anak-anak. Semua saya jaga sendiri dan tak ada pembantu rumah.
“Anak-anak pun tak mengeluh bila saya bawa ke mana-mana untuk ambil barang berniaga. Sampai sekarang anak 8 orang syukur sangat-sangat dari hidup kami susah, Allah berikan keselesaan untuk kami anak beranak tinggal di rumah selesa dan makan pakai semua cukup. Sebab tu suami cakap kalau boleh dia nak 12 orang anak,” jelasnya.
Kena pandai urus masa
Tak dinafikan anak ramai dan masih kecil memang penat. Jadi sebagai ibu saya memang dah tahu nak urus masa. Mula dari bangun pagi hingga nak tidur malam semua dah ada jadual.
“Kadang-kadang suara terkuat tu biasa. Tapi anak akan faham sendiri sebelum saya marah. Bagi saya juga ada anak ramai ni mak akan jadi awet muda. Sebabnya sentiasa melayan karenah anak-anak dari pagi sampai malam.
“Lagi satu ada juga yang bertanya saya dengan keadaan sekarang tak sesuai untuk memiliki anak ramai kerana susah nak jaga dan ekonomi pun tak menentu.
“Bagi saya mudah saja, itu atas pasangan masing-masing. Kalau susah kita fikir, maka susahlah jadinya. Sentiasa fikir positif, Allah akan lorongkan perkara yang positif buat kita sekeluarga,” katanya lagi.
Mengandung tak ada alahan, bersalin normal
Wan Melisa menambah, dia bersyukur sepanjang mengandung tiada alahan teruk. Cuma dalam trimester pertama saja alahan. Selepas itu dia kembali cergas dan boleh urus anak macam biasa.
Begitu juga melahirkan anak, semua 8 anak saya lahirkan secara normal dan mudah. Kini anak-anak saya berusia 12 tahun (lelaki), 9 tahun (perempuan), 7 tahun (perempuan), 6 tahun (lelaki), 4 tahun (lelaki), kembar 2 tahun (lelaki), bayi 10 bulan (lelaki).
Keluar berjalan pakaikan baju sama
Memandangkan saya anak ramai, bila keluar akan pakaikan baju yang sama untuk anak yang kecil. Ini cara saya untuk mudah nak tengok anak pergi mana-mana.
Kadang ada juga soalan yang tanya, ni anak asuhan ke anak sendiri? Bila cakap anak sendiri mereka pula tak percaya.
Pertanyaan ini dah lali untuk saya. Lagipun suami memang tak akan bagi tinggalkan anak-anak di rumah kalau nak keluar. Memang kena bawa semuanya.
Setakat ini bila anak-anak dikhalayak ramai, semua masih boleh mendengar kata. Syukur juga bila ada anak yang dah besar, mereka pula boleh tolong jaga dan pantau adik-adik.
Masa nak keluar, tip yang selalu saya gunakan untuk anak-anak adalah pesan siap-siap supaya jangan nakal-nakal, dengar cakap dan bila berjalan pimpin tangan. Kalau tak dengar duduk saja di rumah. Alhamdulillah sangat menjadi.
Begitu juga bila di rumah. Lepas main, makan semua kena kemas. Anak-anak ni bila dah terbiasa dengan disiplin automatik mereka akan faham dan ingat sampai bila-bila.
Percayalah bila kita yakin dengan perancangan Allah, rajin mencari rezeki dengan niat untuk membahagiakan keluarga, semua itu dipermudahkan.
Sumber: Wan Melisa
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kehidupan Selepas PKP Berakhir Mungkin Tak Sama Macam Dahulu, Ia Tak Mudah Seperti Kita Jangka
Tak dinafi, kehidupan semasa PKP ini sangat meresahkan. Masakan tidak, seluruh rakyat Malaysia dikehendaki duduk diam-diam sahaja di rumah dan tidak dibenarkan keluar.
Hanya ketua keluarga saja dibenarkan keluar sebagai wakil untuk membeli barangan atau ubatan penting buat diri sendiri serta ahli keluarga yang lain.
Ketika di luar, individu disaran menggunakan topeng muka dan mengamalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter dari individu lain.
Ketika perintah ini diumumkan dahulu, ramai netizen yang tak dapat menerimanya. Ada yang tak mematuhi arahan dengan berlegar-legar di luar rumah seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Ada yang mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman atau pergi melancong bersama ahli keluarga. Malah, ada juga yang masih berdegil menganjurkan pelbagai kenduri-kendara.
Lebih teruk, ada juga yang melakukan pembelian panik keperluan rumah sehingga mengakibatkan pasar raya menjadi lautan manusia! Kesannya, banyak keperluan seperti roti, beras, mi segera dan minyak masak yang habis stok.
Kehidupan selepas PKP berakhir, apa yang akan terjadi? Adakah anda dapat bayangkan kehidupan selepas PKP ini berakhir?
Adakah kehidupan akan kembali seperti sebelum ini? Hakikatnya, ia tidak mudah seperti yang kita sangka.
Dalam erti kata yang lebih mudah, tidak wujud istilah ‘business as usual’.
Jika hendak difikirkan secara logik, tiada jaminan yang mengatakan wabak COVID-19 akan hilang dengan sepenuhnya selepas tamat tempoh kedua PKP.
Jadi, tempoh ketiga, keempat, kelima dan seterusnya masih perlu dipertimbangkan oleh pihak kerajaan.
Namun, sudah tentu kita juga sudah tidak lagi mahu berada di rumah hingga tiada pendapatan masuk.
Sampai bila kita perlu minta bantuan kerajaan?
Sesuatu perlu dilakukan untuk membolehkan kita hidup kembali normal selepas ini. Apakah yang perlu kita buat selepas wabak COVID-19 reda? Wabak COVID-19 sukar untuk ditamatkan “begitu sahaja”.
Namun, ia boleh reda dengan meratakan lekuk graf jangkitan. Antara usaha yang perlu kita lakukan sekarang adalah dengan mematuhi PKP sehinggalah ia berakhir.
Namun selepas ia berakhir, kita masih tidak boleh kembali ke kehidupan normal. Contohnya, kita tidak boleh anjurkan kenduri-kendara, perhimpunan, persembahan atau pertunjukan yang memerlukan kehadiran ramai individu di suatu tempat.
Sebaliknya, kita masih perlu pakai topeng muka dan pengamalan jarak sosial ketika di luar rumah atau di tempat kerja.
Begitu juga dengan aspek kebersihan. Kita masih lagi perlu amalkan etika batuk dan bersin serta mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer untuk mengelak wabak ini berulang.
Sumber: Hello Doktor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Nak Jadi Surirumah Berpendidikan” Kata-Kata Murid Tahun 2 Buat Guru Kagum!
Apa yang kita lakukan setiap hari sememangnya dilihat dan dinilai oleh anak-anak kecil kita. Kata-kata seorang anak kecil yang mahu menjadi suri rumah malah mencontohi kebaikan ibunya setiap hari benar-benar membuatkan kita terkesima.
Kisah viral melalui perkongsian seorang guru di Twitter yang dikongsikan oleh @fathanahnasir, jelas apa yang dilakukan oleh kita dengan sebaiknya menjadi contoh terbaik buat anak-anak.
Menurut perkongsian beliau, anak muridnya itu yang kini berada di Tahun 2 mahu menjadi seorang suri rumah yang berilmu, tidak mahu mengejar cita-cita rakan lain yang ingin menjadi guru, doktor, polis dan sebagainya.
Dia mahu menjadi seperti ibunya setelah melihat kehebatan ibunya menguruskan segala hal setiap hari. Anak bijak!
“Saya tertarik dengan cita-cita salah seorang murid saya (Tahun 2). Sedang rakan yang lain mahu bergelar guru, polis, askar dia pula mahu bergelar seorang surirumah yang berpendidikan.
“Saya tanya kenapa? Lalu dia menjawab…
“Bila saya jadi suri rumah yang berpendidikan maka saya mampu jadi semua yang dicita-citakan rakan lain. Saya boleh jadi guru, saya boleh jadi doktor, boleh jadi chef, saya boleh jadi security.
“Terdetik dalam hati Ya Allah, macam mana anak seusia ini mampu berfikir sedemikian?
“Bila saya tanya lagi, dari mana datangnya mimpi dan cita-cita itu? Dia jawab dari ibu dia. Dia puji kehebatan ibu dia yang mampu urus dia dan adik beradik termasuk ayahnya dengan bermacam pekerjaan dalam satu masa.
“Tambah dia lagi, saya percaya cita-cita ini cita-cita yang baik sebab ibu kata kalau buat perkara baik Allah sayang”
Maka tunjukkanlah yang terbaik buat anak-anak kita sepanjang masa. Biar dijadikan contoh paling baik buatnya sebagai bekalan untuk membesar dengan penuh beradab.
Menarik: Cair Hati Dah Pandai Sebut Mommy, Comel Sebut Penuh, Fazura Teruja Anak Dah Pandai Sebut Mommy
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Kredit: @fathanahnasir
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI