Ramai orang fikir bila bercakap soal kewangan, kuncinya adalah berjimat seumur hidup. Hakikatnya, hidup ini bukan sekadar mengikat perut dan menahan keinginan sampai kita penat. Apa gunanya bekerja keras jika akhirnya kita lupa untuk menikmati hidup?
Perkongsian perunding kewangan ini, Puan Marlia Ramli ini membuka mata bahawa perancangan kewangan yang bijak bukan tentang berjimat sepanjang masa, tetapi tentang menangguhkan kepuasan sementara hingga kita mampu mencipta kehidupan yang kita impikan.
Bayangkan pada usia tertentu, anda berhenti berjimat dan mula hidup dengan penuh kesyukuran. Anda boleh memandu kereta impian, memiliki rumah idaman, melancong tanpa rasa bersalah, dan menggembirakan insan tersayang. Bukankah itu yang kita semua mahukan?
BERHENTI BERJIMAT.
Dalam hidup, jom kita letak maksimum usia bila nak mula menikmati hidup? Sebagai contoh, akak dan suami sendiri jimat dan ikat perut sejak usia 22 tahun hingga usia 35 tahun sahaja.
Ads
Selepas tu? Kami dah mula nikmati hidup. Tak de maknanya kami nak berjimat selamanya. Kami juga manusia biasa. Nak pandu kereta apa? Beli. Nak miliki rumah impian yang bagaimana?
Dapatkan. Antara rumah impian kami adalah unit berdepan pantai dan unit di segitiga emas KLCC. Done unlock dah lama.
Sekarang road ke unit banglo 6 bilik with pool. Kami declare impian kami. Kami bagitau semua orang. Kami mahu pastikan mesti capai di tahun 2025. Malas masak dan kemas rumah? Helper ada. Call grab. Nak makan di tempat yang bagaimana? Pegi. Nak bercuti berapa kerap setiap tahun? Buat. Nak bahagia dan tunaikan impian orang yang kita sayang? Tunaikan. Nak bersedekah, berbuat kebaikan sebanyak mana? Jangan bertangguh. Dah tak de mood nak masuk office? Pencen makan gaji. Sejak usia 39 tahun kami suami isteri tak kerja rutin pejabat.
Nak pakai i-phone promax? Beli dua tiga sekaligus. Guna sepenuhnya. Play hard, work harder. Kerja kuat, dah berjaya nikmati bersama pasangan. Mengikat perut selamanya adalah memenatkan. Cara paling mudah adalah tingkatkan income hingga walau hanya guna 50% daripada pendapatan kita masih kekal selesa. Kita bukan hamba di planet bumi. Bukan hamba anak-anak. Nak ikat perut selamanya hingga diri dan pasangan tak memiliki nikmat hidup adalah melelahkan. #apeni?
Ads
Menjaga kewangan bukan tentang berjimat selamanya. Tapi tentang menangguhkan keinginan 10 hingga 15 tahun awal hingga mampu reward hasilnya tanpa jatuh miskin (dengan izin Allah).
Hari ini, letak matlamat. Berapa usia kita nak mula BERHENTI BERJIMAT tapi masih mampu menabung cash dan emas minima 50% daripada pendapatan?
Akak ulang ya… Menguruskan wang bukan bermakna berjimat selamanya. Tetapi delayed gratification hingga tahap nak miskin susah. Kemudian? Reward diri, bahagiakan orang tersayang, banyakkan saham akhirat dan nikmatilah hidup. Dan untuk mula uruskan kewangan : ✅ jangan beri alasan. ✅ rendahkan diri. ✅ tukar circle. Belajar. ✅ ubah mindset. ✅ upgrade percakapan. ✅ tingkatkan mutu bahan bacaan.
Jelas bahawa apa yang disampaikan oleh Puan Marlia itu bahawa hidup ini singkat. Jangan tunggu sehingga badan lemah dan usia terlalu lanjut baru mahu menikmati hidup. Mula letak matlamat kewangan anda sekarang.
Tak salah berjimat, tapi pastikan ia berbaloi. Ikat perut untuk 10 hingga 15 tahun awal, tapi selepas itu buka ruang untuk reward diri dan keluarga.
Ads
Kita bukan hamba duit. Kita pemimpin dalam hidup kita sendiri. Berhenti berjimat selamanya, dan mula cipta kehidupan yang seimbang bahagia di dunia, sejahtera di akhirat. Ingat, pengurusan kewangan yang bijak bukan sekadar mengira simpanan, tetapi mengatur impian. Dah sedia untuk unlock kehidupan impian anda? Mula sekarang!
Ada sesetengah orang terpaksa keluar ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini dijalankan. Mungkin perlu keluar bekerja atau mencari barangan keperluan buat keluarga. Dalam keadaan sekarang, sangatlah berisiko untuk berada di luar rumah.
Ustaz Khairul Anuar Basri berkongsi zikir ringkas yang boleh diamalkan untuk memohon perlindungan dari bahaya ketika berada di luar rumah.
ZIKIR MUDAH, AMALKAN UNTUK KESELAMATAN
Ini zikir WAJIB yang sangat powerful. Ringkas, padat dan menyeluruh.
Tambah-tambah dalam fasa kawalan pergerakan asbab Covid-19 sekarang ni.
Zikir ni saya dapat dari hadith Rasulullah SAW riwayat Tirmizi. Zikir ini juga ada disebut dalam kumpulan doa-doa Al-Ma’tsurat:
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم
“Bismillāhilazī lā yadhurru ma’asmihī syai un fil ardhi walā fissamā’ wa huwassamī’ul ‘alīm”.
“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat sesuatu apa pun yang di langit dan di bumi, dan Dialah yang maha mendengar lagi maha mengetahui”.
❤️ Amalkan zikir ini 3 kali di waktu pagi dan 3 kali di waktu petang. InsyaAllah, kita akan terhindar daripada :
✅ Bahaya dan malapetaka.
✅ Keracunan makanan.
✅ Sihir dan santau.
✅ Gangguan makhluk halus.
✅ Wabak dan virus.
Orang-orang yang selalu berurusan dengan orang lain, elok sangat la amalkan. Especially orang yang berniaga dan sebagainya.
Atau kalau kita kena keluar rumah dalam masa 2 minggu ni. Amalkan baca setiap kali nak melangkah keluar dari rumah.
So, itu saja yang saya nak kongsi pagi ini. Semoga bermanfaat.
#KAB
– semuanya dengan izin Allah, kepada Allah kita kembalikan segala urusan.
Semoga dengan perkongsian Ustaz Khairul Anuar ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Perbanyakkan bacaan zikir untuk melindungi diri anda dari segala kesulitan sekiranya keadaan memerlukan anda keluar rumah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pilu hati apabila mendapat tahu ayah dicampak ke dalam sungai dengan kejam. Tiada kata-kata yang dapat diluahkan betapa sedihnya dengan sikap kejam!
Muhammad Amir Hakimi Sabari, 25, bagaikan hilang kata-kata apabila dimaklumkan polis tentang kejadian yang menimpa bapanya itu.
Menurut laporan Sinar Harian, perbuatan suspek yang mencampak bekas pegawai kewangan sebuah agensi kerajaan, Sabari Baharom, 62, ke dalam sungai dengan tangan diikat dan mulut ditutup menggunakan pita pelekat disifatkan sangat kejam oleh anak mangsa.
Dakwa anak bongsu mangsa itu, suspek tersebut dipercayai kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembinaan sebuah rumah yang terletak berhampiran rumah bapanya di Baling.
“Tindakan suspek terhadap ayah sangat kejam dan keterlaluan sehingga sanggup dia buang ayah dalam sungai.
“Saya difahamkan ayah juga melayan suspek dengan baik,” katanya yang turut turun ke lokasi pencarian bapanya di Sungai Padang Terap di Wang Tepus, di sini pada Isnin.
Jelas Muhammad Amir Hakimi, mereka sekeluarga mengharapkan agar jasad bapanya ditemui secepat mungkin.
“Saya dan dua kakak juga akan melakukan solat hajat sekali lagi dan berdoa agar jasad ayah ditemui dengan segera,” ujarnya.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan misteri kehilangan Sabari di Baling akhirnya terungkai selepas polis menahan dua lelaki tempatan yang disyaki membunuh mangsa.
Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, hasil soal siasat suspek, Sabari dikatakan dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, Jitra dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup dengan pita pelekat.
Menurutnya, kedua-dua suspek berusia 26 dan 38 tahun itu ditahan pada Jumaat lalu, mengaku melakukan perbuatan berkenaan.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Besar cabarannya bila membawa anak bercuti pada tempoh masa dan jarak yang panjang. Pasangan selebriti, Ernie Zakri dan Syamel antara yang tidak terkecuali berdepan dengan cabaran ini.
Difahamkan, Syamel dan Ernie kini sedang bercuti ke London bersama anak serta ahli keluarga yang lain.
Menerusi perkongsian Ernie di Instagram, ibu muda ini memberi bayangan akan cabaran yang dilalui dengan penerbangan yang lama ke London itu.
“Our 1st time flying with Khawla. I guess we are okay?
“Or is it okay not to be okay? Ke tudung ibu yang tak ok tu?,” tulis Ernie di ruangan kapsyennya.
Bukan itu sahaja, bahkan kongsi Ernie lagi, anaknya yang sedang aktif membesar itu cukup sukar untuk diajak bergambar sepanjang berada di sana.
“Menghadapi hari hari ku bersama anak gadis. sungguh challenging nak ambil gambar sama,” kongsi Ernie lagi.
Semuanya kerana Khawla yang kini berusia setahun lebih itu cukup aktif dan mahu berjalan sendirian.
Malah beberapa perkongsian Ernie di Insta Story juga memperlihatkan keaktifan Khawla sepanjang bercuti di London. Memang lincah.
Semoga Khawla terus sihat membesar dan menceriakan ibu dan ayahnya.
Terdahulu, Ernie dan Syamel mendirikan rumahtangga pada 22 Mac 2021. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Nur Khawla Soleha.
Eksploitasi kanak-kanak, sindiket pengemis untung cecah RM3,000 sehari. Isu eksploitasi kanak-kanak oleh sindiket pengemis terus menjadi perhatian masyarakat dan pihak berkuasa.