Bukan mudah nak memikul tanggung jawab sebagai parents ni. Banyak cabarannya. Kita akan diuji dari segenap sudut baik fizikal mahupun mental. Menjalani kehidupan dengan bebanan kerja harian dan menguruskan keluarga sedikit-sebanyak pasti memberi tekanan.
Beri semangat kepada diri sendiri dengan kata-kata yang baik. Perkongsian dari Wawa Shauqi, Penulis Keibubapaan, bila muncul auto thoughts yang negatif, segeralah wujudkan alternative thoughts. Apakah yang dimaksudkan dengan kedua-dua cara pemikiran ini?
Ikuti penjelasan lanjut;
Ada satu sesi saya bersama psikologi, saya diajar untuk betulkan cara berfikir.
Saya belajar tentang cognitive distortion. Saya diajar macam mana nak wujudkan ‘alternative thoughts’ bila muncul ‘auto thoughts’ yang negatif.
Bila dah buat latihan tu, baru saya sedar, boleh tahan tak relax saya ni dengan diri sendiri.
Saya bukak balik diari lama ni. Terus recap balik zaman saya sedang belajar nak bentuk mindset. Belajar untuk setting versi diri jadi lebih baik. Benda tak susah pun sebenarnya.
Baca Juga:
“Kenapa Bahasa Melayu B?”. Terkedu Ibu Dengar Jawapan Spontan Anak, Selamba Je Dia!
“Habis Sayur Mama Kat Peti Sejuk.” Bagi Candy Tak Nak, Rupanya Menangis Nak Sayur!
Nak Tidur Tapi Ayah Berdengkur, Lucu Tengok Muka Baby Ni Tak Puas Hati. Comel Betul!
JAGA PERKATAAN.
Especially perkataan dalam hati kita ni.
1) Otak kita ni akan sentiasa hasilkan perkataan. Walaupun ketika mulut kita diam. Dan pada waktu mulut diam, kita akan bercakap dengan diri sendiri.
Be careful how you are talking to yourself because you are listening.
2) Otak kita boleh ditipu.
Kalau kita kata “Aku tak cukup bagus.” otak kita akan ‘bantu’ badan kita untuk bertindak sebagai seorang manusia yang tak cukup bagus.
Rugi, kan!
Tipulah otak kita dengan perkataan yang elok-elok.
“Always speak nice to yourself”.
Kita ni kan, bila tengok anak orang cepat dari anak kita, kita mula rasa diri tak cukup baik.
Bila kita tengok anak orang lagi behave dari anak kita, kita mula rasa ‘something is wrong with me’.
Bila kita gagal buat anak gembira, kita rasa kita bukan ibu yang baik.
Bila tengok berat badan naik sikit, terus salahkan diri tak jaga makan.
Berhenti berlaku kejam pada diri sendiri. Kadang-kadang, orang lain tak cakap buruk pasal kita pun. Tapi kita yang sibuk menghukum diri sendiri.
Girls/ Guys,
You are enough.
You are awesome.
You are beautiful inside-out.
Allah ciptakan setiap dari kita dengan kehebatan. Jangan diberatkan otak dengan kata-kata hukuman kepada diri sendiri.
Bila penat, berehatlah.
Bila orang mengata, pedulikan.
Hidup kita terlalu berharga untuk dicemarkan dengan kata-kata toksik dari orang lain.
Apatah lagi untuk percaya kata-kata buruk dari diri sendiri.
Hormat diri.
Diri kita dah banyak usaha buat macam-macam ikut kehendak kita.
Kadang-kadang, kita kena belajar untuk berterima kasih kat diri. Dan puji dengan usaha kecil yang berjaya kita capai.
Baik sebagai ibu mahupun ayah, jangan sesekali memandang rendah kemampuan diri. Jangan katakan yang diri anda tidak sempurna. Biar sesusah mana, sebenarnya setiap satu daripada kita sedang mencuba yang terbaik demi anak-anak.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)