Kalau anak seorang tentulah cara parenting anda berbeza dengan ibu ayah yang anak ramai. Jangan berhentilah membandingkan cara anda dengan ibu ayah lain sebab memang ternyata cabaran membesarkan anak seorang tak akan sama dengan cabaran membesarkan anak ramai terutamanya kalau semuanya lelaki.
Semoga dengan membaca tulisan ini kita akan lebih bersikap terbuka dan jangan sekali-kali merasakan cara kita mendidik anak adalah yang terbaik dibandingkan cara ibu bapa lain.
Kerap kali terbaca ada ibu yang komen facebook orang lain dengan ayat “anaknya baik, patuh arahan, kita kena pandai mendidik “. Rupanya anak dia tu perempuan, seorang!
Okey , saya bukan anti orang anak tunggal, saya bukan nak nafikan kewujudan budak-budak berakhlak baik tapi fahamilah parenting sebuah keluarga tidak sama dan dipengaruhi banyak faktor. Antaranya adalah jantina anak dan jumlah anak dalam keluarga.
Kalau awak parenting anak tunggal dengan berfokus 3-4 tahun, no wonder anak awak baik. Sampai 5-6 tahun baru dapat adik.
Normally anak seorang memang senang dididik, tak lasak, jiwa anda pun tak stress sangat dan bertambah bertuah ekonomi suami awak baik. So hasilnya bukan kerana parenting seorang atau ayat “kena pandai mendidik”.
Beza didik anak perempuan dengan anak lelaki
Ads
Satu lagi, jangan samakan parenting anak perempuan dengan anak lelaki. Maksudnya akhlak di tempat awam ke. Lasak diorang ke. Anak perempuan kebanyakannya senang dijaga sebab baik dan dengar kata. Anak lelaki ramai, sakit jantung susah nak kata.
Saya tidak nafikan ada anak lelaki yang baik, diam jenis berdamping je. Tapi tengok juga si ibu, ayah dan ekonomi keluarga. Ibu aktif buat kerja, anak pun jenis aktif. Tapi ibu jenis banyak duduk dari buat kerja, anak pun macam tu.
Kemudian tengok perangai si ayah pula . Tengok ekonomi pula. Akhlak si ayah, didikan, komunikasi ayah akan mencorakkan akhlak anak. Ayah yang berakhlak baik dan pandai mendidik akan bantu anak berakhlak baik. Ada ayah dia didik anak tapi cara tak kena.
Dia tak mendidik tapi jenis tegur dan marah dan pukul. So ayah bermasalah, parenting anak pun bermasalah. Stress ibu nak hadapi. Kena kutuk pula dgn parenting luar yang rasa berjaya.
Ads
Apapun pointnya, kita ada common sense. Bila ada parents perlukan kekuatan untuk hadapi akhlak anak-anak yang lasak, tak payah tulis komen “anak saya baik “. Padahal parents tu anak ramai campur laki perempuan, kau anak tunggal perempuan.
Anak yang aktif memang tak duduk diam
Dan cuba faham dunia kanak-kanak yang betul adalah sihat dan aktif. Bukan duduk diam tengok ipad je atau diam tak bermaya.
Ads
Ekonomi keluarga pun boleh mempengaruhi tahap parenting . Ibu anak lelaki semua tapi suami baik, ekonomi mantap, isteri tak payah kerja langsung, all prepared memang si ibu boleh fokus pada anak.
Tahu tak ibu yang fokus memang boleh membentuk anak yang baik!
Dan nak fokus tu susah sebab tahap individu,t akdir dan ujian sebuah keluarga berbeza-beza.
Stop compare akhlak anak sendiri dengan orang lain sebab ujian dan tahap hidup masing-masing berbeza.
Anak yang terbaik adalah anak yang soleh dan usia kanak-kanak bukan penentu kesolehan mereka.
Arrian, anak Tomok memang terkenal dengan stail rambut ala mushroom. Namun untuk persekolahan tahun hadapan, rambut Arrian telah dipotong. Netizen memujitindakan Tomok dalam mementingkan disiplin anak dan peka peraturan sekolah.
Arrian atau Arrianshah Akid, 6 tahun bakal bersekolah di Tahun 1 pada sesi 2019. Anak lelaki yang boleh berbahasa Mandarin ini tetap kelihatan comel walau pun bertukar gaya rambut.
Tomok memuatnaik gambar kedua-dua anaknya Arrian dan Andra dengan stail rambut baru dengan emoji ‘menangis’.
Anak sakit, tak lalu makan mak-mak yang paling risau. Masa ni hanya fikir bila makan sikit pun jadilah. Disebabkan nak suruh anak makan, ibu bapa akan ikut selera anak.
Masa ni lah anak akan minta apa yang nak dimakan dan biasanya mereka lebih suka pilih makanan segera. Bagaimanapun menurut Dr Suriyakhatun, ramai ibu bapa tak sedar hal ini dan menjadikan sakit anak lambat baik.
Berikut antara perkongsiannya:
Ibu pesakit :
Anak saya demam doktor. Dia tak mahu makan. Yang dia nak cuma fries dan nugget dari M*D.! Itu lah yang saya berikan.
Respons saya : Anak yang demam memang tak lalu makan. Ini bukan sesuatu yang mudarat malahan ia boleh membantu sistem badan anak pulih lebih cepat . Bila anak tidak makan, tenaga yang diperlukan untuk hadamkan makanan akan tertumpu kepada melawan patogen sama ada bakteria atau virus.
Bila kita berikan makanan berproses yang banyak bahan kimia dan toksin seperti nugget dan fries, kita bebankan badan yang sedang gigih melawan patogen dengan tugas penghadaman dan menyah toksin. Kimia dan toksin perlu diproses pula oleh hati dan ginjal yang sedang terbeban melawan patogen.
Ibu pesakit:
Dah tu nak buat macam mana doktor?
Respons saya :
Berikan anak banyak air : Air kelapa, Sup tulang dan sup daging tanpa dagingnya, sup sayur tanpa sayurnya, Air barley ( rebus sendiri ), buah-buahan yang sudah di stim, Jus buah pun boleh diberikan jika anak itu lalu makan.
Sup dan air boleh ditambahkan dengan serbuk buah baobab dan gam arab untuk tambahkan vitamin dan zat galian serta asid amino yang mudah serap tanpa perlukan proses penghadaman yang rumit.
Jika anak tidak lalu makan dan tidak mahu minum, memang jalan terbaik adalah pasangkan IV drip .
Air dan garam electrolytes sangat diperlukan oleh badan semasa demam dan sebab inilah kita perlu pastikan air cukup. Yang diperlukan semasa demam adalah karbohidrat yang senang serap serta garam electrolytes .
Ada beberapa penawar homeoopathy yang bantu pulihkan selera minum dan selera makan secara alami. Untuk dapatkan boleh lah buat konsultasi dengan pengamal homeopathy.
Tugas untuk membesarkan serta mendidik anak-anak bukan mudah. Setiap ibu ayah mempunyai pendekatan yang berbeza untuk membentuk sahsiah serta perwatakan anak. Sepanjang tempoh tumbesaran mereka, sangat penting untuk ibu ayah berada di sisi mereka untuk memberi sokongan serta memberi teguran jika ada yang tidak kena.
Memetik artikel dari Smart Parenting, disenaraikan sembilan tabiat ibu ayah yang mereka amalkan untuk membesarkan anak-anak yang berjaya. Berjaya yang dimaksudkan bukan saja dari segi pembelajaran tetapi juga mempunyai akhlak terpuji.
Ayuh, lihat senarai sembilan perkara yang boleh anda lakukan:
1. Suka Bersembang Dengan Anak
Bercakap dengan anak memberi manfaat kepada otak mereka. Jika anda mula bersembang dengan anak-anak sejak mereka kecil, anak akan mengenal kosa kata secara meluas. Perbuatan ibu ayah juga menjadi ‘guru’ terbaik untuk anak-anak.
2. Makan Bersama Satu Keluarga
Makan seisi keluarga dapat menguatkan hubungan antara satu sama lain. Makan bersama-sama membuatkan anak membesar sebagai anak yang bijak dan terasa dihargai.
3. Ajarkan Anak Buat Kerja Rumah
Tiada anak yang terlalu kecil untuk diajar kerja rumah. Apabila dididik untuk membuat kerja rumah sejak kecil, mereka akan belajar tentang tanggungjawab serta kemahiran hidup.
4. Membaca Untuk Anak-Anak
Salah satu amalan yang boleh menggalakkan otak anak berkembang. Rajin membaca untuk anak mengurangkan tantrum mereka dan dapat membentuk emosi serta menyokong perkembangan otak yang sihat.
5. Biarkan Anak GAGAL
Tidak salah anak merasa kegagalan. Dengan cara itu, mereka belajar lebih banyak dan menjadi lebih baik dari sebelumnya. Ini menunjukkan ibu ayah percaya pada kemampuan anak dan mendidik mereka untuk mengatasi rasa kecewa.
6. Bantu Anak Mahirkan Kemahiran Sosial
Semasa anak masih kecil, ajar pada anak cara bersosial dengan orang lain. Biarkan mereka tahu tentang berkongsi, sensitif terhadap orang lain sera menghormati ruang peribadi rakan-rakan.
7. Wujudkan Hubungan Dengan Anak-Anak
Sepanjang tempoh tiga tahun tumbesaran anak-anak, jalinkan hubungan mesra dengan mereka. Pastikan mereka diberikan layanan serta perhatian secukupnya. Apabila anda menjadi ibu ayah yang sensitif terhadap keinginan anak, ia dapat memberi peluang kepada mereka untuk belajar perkara baharu.
8. Ajar Anak Ikut Peraturan, Bukan PAKSA
Banyak cara didikan dan pendekatan yang diambil ibu ayah. Penting untuk pastikan anda mengajar mereka untuk mengikut peraturan dan jelaskan mengapa ua perlu dilakukan. Bukan paksa mereka tanpa sebarang penjelasan. Ini membuatkan anak jadi bosan dan rasa dikongkong.
9. Kurangkan Penggunaan Gajet
Pendedahan berlebihan pada gajet boleh melambatkan perkembangan otak anak, mengganggu pertuturan serta kemahiran kognitif mereka. Ia memberi efek kepada kemahiran motor mereka sehingga menyukarkan anak untuk memegang pensil. Boleh beri anak tengok gajet, tetapi bukan KERAP dan LAMA.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh...