Kalau anak seorang tentulah cara parenting anda berbeza dengan ibu ayah yang anak ramai. Jangan berhentilah membandingkan cara anda dengan ibu ayah lain sebab memang ternyata cabaran membesarkan anak seorang tak akan sama dengan cabaran membesarkan anak ramai terutamanya kalau semuanya lelaki.

Semoga dengan membaca tulisan ini kita akan lebih bersikap terbuka dan jangan sekali-kali merasakan cara kita mendidik anak adalah yang terbaik dibandingkan cara ibu bapa lain.

Kerap kali terbaca ada ibu yang komen facebook orang lain dengan ayat “anaknya baik, patuh arahan, kita kena pandai mendidik “. Rupanya anak dia tu perempuan, seorang!

Okey , saya bukan anti orang anak tunggal, saya bukan nak nafikan kewujudan budak-budak berakhlak baik tapi fahamilah parenting sebuah keluarga tidak sama dan dipengaruhi banyak faktor. Antaranya adalah jantina anak dan jumlah anak dalam keluarga.

Kalau awak parenting anak tunggal dengan berfokus 3-4 tahun, no wonder anak awak baik. Sampai 5-6 tahun baru dapat adik.

Normally anak seorang memang senang dididik, tak lasak, jiwa anda pun tak stress sangat dan bertambah bertuah ekonomi suami awak baik.  So hasilnya bukan kerana parenting seorang atau ayat “kena pandai mendidik”.

Beza didik anak perempuan dengan anak lelaki

IKLAN
Berhenti Rasa Parenting Kita Terbaik Terutama Kalau Anak Cuma Seorang Dibandingkan Orang Yang Ramai Anak!
Gambar hiasan

Satu lagi, jangan samakan parenting anak perempuan dengan anak lelaki. Maksudnya akhlak di tempat awam ke. Lasak diorang ke. Anak perempuan kebanyakannya senang dijaga sebab baik dan dengar kata. Anak lelaki ramai, sakit jantung susah nak kata.

Saya tidak nafikan ada anak lelaki yang baik, diam jenis berdamping je. Tapi tengok juga si ibu, ayah dan ekonomi keluarga. Ibu aktif buat kerja, anak pun jenis aktif. Tapi ibu jenis banyak duduk dari buat kerja, anak pun macam tu.

Kemudian tengok perangai si ayah pula . Tengok ekonomi pula. Akhlak si ayah, didikan, komunikasi ayah akan mencorakkan akhlak anak.  Ayah yang berakhlak baik dan pandai mendidik akan bantu anak berakhlak baik. Ada ayah dia didik anak tapi cara tak kena.

Dia tak mendidik tapi jenis tegur dan marah dan pukul. So ayah bermasalah, parenting anak pun bermasalah. Stress ibu nak hadapi. Kena kutuk pula dgn parenting luar yang rasa berjaya.

IKLAN

Apapun pointnya, kita ada common sense. Bila ada parents perlukan kekuatan untuk hadapi akhlak anak-anak yang lasak, tak payah tulis komen “anak saya baik “. Padahal parents tu anak ramai campur laki perempuan, kau anak tunggal perempuan.

 

Anak yang aktif memang tak duduk diam

Dan cuba faham dunia kanak-kanak yang betul adalah sihat dan aktif. Bukan duduk diam tengok ipad je atau diam tak bermaya.

IKLAN

Ekonomi keluarga pun boleh mempengaruhi tahap parenting . Ibu anak lelaki semua tapi suami baik, ekonomi mantap, isteri tak payah kerja langsung, all prepared memang si ibu boleh fokus pada anak.

Tahu tak ibu yang fokus memang boleh membentuk anak yang baik!
Dan nak fokus tu susah sebab tahap individu,t akdir dan ujian sebuah keluarga berbeza-beza.

Stop compare akhlak anak sendiri dengan orang lain sebab ujian dan tahap hidup masing-masing berbeza.

Anak yang terbaik adalah anak yang soleh dan usia kanak-kanak bukan penentu kesolehan mereka.

Sumber: Muhajirin Tarbiyatul AUlad

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI