Tidak lama dahulu, dikatakan vape atau rokok elektrik adalah alternatif terbaik bagi mereka yang mahu berhenti merokok kerana dikatakan tiada kandungan nikotin di dalamnya. Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC) dan laporan Surgeon General tahun 2016, vape mendatangkan kemudaratan kepada wanita hamil.
Mungkin kandungan nikotin di dalam vape tidak sebanyak pada rokok tembakau tetapi bahan cecair di dalam perisanya diperbuat daripada campuran propylene glicol, vegetable glycerin, nikotin, dan zat perasa dan pewarna.
Beberapa kajian yang dibuat menunjukkan ketika cecair tersebut dipanaskan pada suhu tinggi, akan menghasilkan sejumlah bahan kimia. Salah satunya formaldehyde yang merupakan pencetus kepada penyakit kanser.
Ads
WANITA HAMIL TIDAK ELOK TERDEDAH KEPADA ASAP VAPE Tidak kisahlah kurang atau banyaknya kandungan nikotin di dalam vape berbanding rokok tembakau, ia tetap mendatangkan kemudaratan kepada wanita mengadung. Bahan toksik di dalam vape mampu ‘sampai’ sehingga ke janin.
Jika wanita hamil sering dikelilingi asap vape, semakin banyak bahan kimia meracuni bayi dalam kandungan. Bahanya vape kepada ibu yang sedang hamil adalah seperti:
Bukan sahaja ketika di dalam kandungan, bayi juga boleh terkesan selepas dilahirkan. Sama ada si ibu mahupun bayi mungkin mengalami masalah asma atau kolik. Jika sering terdedah kepada asapnya, anak berkemungkinan menjadi hiperaktif atau ADHD sepanjang tumbesarannya.
Selain ADHD, anak juga boleh mendapat jangkitan telinga, asma atau ketagihan kepada bauan nikotin. Ibu hamil yang kerap terdedah kepada asap vape berisiko untuk mengalami gangguan pernafasan dan berpotensi untuk mendapat serangan jantung, kanser paru-paru atau strok!
Sakit perut yang teramat sangat tidak boleh dipandang ringan oleh ibu hamil. Perkongsian ini diharapkan boleh dijadikan panduan, betapa pentingnya tindakan segera sekiranya terjadinya sesuatu di luar kebiasaan semasa hamil.
Dr Afiq Rahim berkongsi mengenai kes uri terkoyak yang pernah dialami pesakitnya. Suasana cemas si ibu kesakitan memerlukan tindakan pantas kerana melibatkan dua nyawa iaitu ibu dan anak.
Uri Koyak
“Doktor, ada patient sakit perut” misi saya menelefon saya dalam nada yang sangat cemas.
Seperti ada pisau dilehernya. Nadanya cemas dan ketakutan.
“Dalam 32 minggu kehamilan doc. Saya dalam perjalanan ke klinik ni.”
Saya yang baru sahaja pulang daripada gotong royong mengecat bangunan klinik dalam pakaian yang masih bercat terus bergegas ke klinik kami.
Hari Jumaat. Menghampiri waktu solat jumaat pastinya kes yang dirujuk misi adalah kes yang memerlukan perhatian kami. Jika tidak, boleh sahaja ditangguh selepas solat.
Ambulans dipandu laju ke perkarangan kecemasan. Melihat kelibat ambulans dalam keadaan kelam kabut, pastinya petanda situasi bahaya.
Kelibat ambulans tersebut mengimbau pengalaman saya menguruskan pesakit kemalangan ngeri motorsikal semasa banjir 2014. Kisah selepas itu menjadi lagenda.
Dalam suasana cemas, misi saya menolak pesakit di atas katil ke dalam klinik kami. Pesakit kelihatan mengerang kesakitan dan memegang perut buntingnya.
“Masukkan dua branula hijau, periksa vital signs (tekanan darah, nadi dan oksigen) cepat!” Saya segera memberikan panduan kepada pasukan saya.
Pasukan kecil saya di klinik kesihatan terdiri hanya saya, seorang jururawat terlatih dan jururawat masyarakat. Maka semua perkara penting peringkat awal pengurusan kes kecemasan perlu dilaksanakan segera.
Buku pink diteliti
Saya membelek sekali imbas buku pink beliau untuk mengetahui status kesihatannya sebelum ini.
Hati saya sudah merasa tidak selesa melihat keadaannya.
Apakah uri koyak?
Apakah uri koyak?
Apakah uri koyak?
Itulah yang bermain di minda gelisah saya.
Uri koyak berada di carta teratas ke kecemasan ibu hamil
Uri Koyak atau Placenta Abruptio adalah antara kes yang paling merbahaya dalam rangking kes-kes kecemasan ibu mengandung. Ini kerana dalam sekelip mata, nyawa anak dan janin boleh dijemput malaikat maut.
Selepas memastikan tanda-tanda penting nyawanya selamat, saya menolaknya ke bilik scan.
Bila scan, jelas nampak tanda uri koyak
Dalam keadaan penuh tekanan, saya melakukan ultrasound scan ringkas pada perutnya dan jelas kelihatan tanda uri koyak iaitu ‘retroplacenta clots’. Alhamdulillah, degup jantung anaknya masih ada dan kelihatan kuat.
Pantas saya mencapai telefon dan menghubungi dewan bersalin untuk memaklumkan situasi semasa.
Kemudian kami membawa pesakit menaiki ambulans ke dewan bersalin hospital berpakar.
Tekanan darah semakin rendah, tanda ibu hilang darah
Tekanan darahnya mula menunjukkan tanda-tanda kehilangan darah (shock) di dalam ambulans maka saya kawal tekanan tersebut dengan air Normal Saline.
Sampai sahaja ke muka pintu, jururawat dewan bersalin, pegawai perubatan dan pasukan mereka segera mengambil alih kes daripada kami.
Perlu emergency caesar
Dalam masa singkat, pembedahan kecemasan (Emergency Cesarean Section) terpaksa dilakukan demi menyelamatkan. Status bayinya tidak saya ingati.
Namun saya yakin, bayi dan ibu tersebut selamat. Ini kerana jika tidak, akan sampai surat jemputan kepada kami untuk ke audit kematian ibu dan anak jika perkara buruk terjadi kepada mereka.
Dalam perjalanan pulang, jururawat terlatih saya sempat berkongsi ilmu dan pengalamannya kepada jururawat masyarakat kami.
Ibu mengandung sakit perut, rujuk doktor segera
Katanya “Jika ibu mengandung mengadu sakit perut yang teramat sangat, rujuk kepada doktor segera”.
Saya juga menyampuk, “Betul. Kes sebegini jika kita gagal kesan awal bukan satu nyawa yang melayang bahkan kedua-duanya”.
Uri Koyak adalah kes yang amat mencemaskan
Adakala doktor dan misi terpaksa mengangkat suara ketika berhubung antara satu sama lain dan tindak pantas yang kelihatan seolah-olah bertindak ganas atau gopoh.
Walau bagaimanapun, pada setiap prosedur, etika dan profesionalisme tetap perlu kami patuhi.
Tular kisah kematian bayi kerana misi tolak masuk kepala bayi semasa meneran. Lalu bayi tersebut meninggal dunia. Apabila diselidik, kes tersebut adalah kes uri koyak.
Koyakan sedikit boleh mengorbankan janin
Tahukah anda, koyakan pada uri walaupun beberapa milimeter sahaja boleh mengorbankan janin yang dikandung. Kebiasaanya janin akan mati dahulu akibat kehilangan darah diikuti si ibu.
Oleh itu, kita perlu dengar dan pastikan kesahihan daripada kedua-dua pihak.
Namun, jika ada kekurangan di pihak hospital atau klinik maka sila salurkan kepada kepada pihak aduan yang sepatutnya.
Jangan tunggu, dapatkan rawatan segera
Semoga cerita ini juga memberi panduan kepada para ibu yang sedang hamil untuk segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami masalah.
Jangan tunggu sehingga keadaan malang berlaku ibarat nasi menjadi bubur.
Juga peringatan buat kami di kesihatan agar sentiasa bersikap professional dan mematuhi etika yang ditetapkan.
Kelahiran bayi baru pastinya menjadi saat yang ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan. Seperti juga pelakon Saharul Ridzwan dan isteri tercinta Qaabila Deena Amir yang menghitung hari menantikan kelahiran cahaya mata kedua mereka.
Dalam hantaran terbaru sang suami di akaun Instagram miliknya, Pelakon Korban Kasih ini ada berkongsi perkembangan terkini aktiviti dia dan isteri.
Dalam entrinya itu, Saharul berkongsi beberapa surah pilihan yang mungkin menjadi amalannya. Menurut bintang yang mula dikenali sejak menjadi finalis Hero Remaja, apa yang dikongsikan itu adalah persiapan sebenar menyambut anak yang bakal lahir.
“Persiapan sebenar menyambut anak yang bakal lahir. InShaaAllah,” kongsinya di Instagram.
Posting tersebut mendapat reaksi yang baik daripada peminat dan pengikutnya. Ramai yang turut berkongsi posting tersebut untuk kenalan dan pasangan masing-masing.
Selain itu, tak kurang juga ramai yang mendoakan agar urusan bersalin Deena Amir dipermudahkan.
Saharul dan Deena Amir mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Muhammad Luth Ali yang kini sudah berusia 3 tahun lebih.
Dalam posting yang lain, dilihat Saharul dan Deena sudah tidak sabar menanti kelahiran cahaya mata mereka yang kedua.
Deena Amir kini sedang sarat hamil anak kedua dan menunggu detik untuk melahirkan. Didoakan semoga urusan bersalin Deena dipermudahkan. Ibu dan bayi sihat dan selamat. Amin!
"Bersih mayat (jenazah) dia, bang. Tak ada darah pun. Kecuali di dagu sikit ja. Itu pun nampak seolah-olah cedera ringan."Kongsi saksi kejadian kemalangan maut...