Berhenti Ungkit Kebaikan Yang Anda Buat & Henti Marah Pasangan Depan Anak, Orang Luar

Share

Apakah erti kebahagiaan dalam perkahwinan? Setiap orang ada definisi kebahagiaan masing-masing. Ada yang merasa bahagia hanya dengan memiliki pasangan yang saling memahami, ada pula yang menginginkan pasangan yang boleh menjanjikan kemewahan hidup, dan ada juga yang bahagia dengan hanya hidup beserdahana tapi saling melengkapi.

Menurut perkongsian Puan Diyana Tahir, Pakar Perhubungan & Keintiman, Perkahwinan adalah penyatuan dua hati dalam melayari gerbang perkahwinan yang diselang seli dengan duka dan bahagia. Menerusi hubungan inilah pasangan mula belajar untuk berkongsi kasih sayang, minat, pandangan dan seluruh kehidupan mereka. Dalam proses mengenali akan wujudnya masalah, sebab itu pentingnya ilmu rumah tangga.

Sejujurnya,tiada kayu ukur untuk mengatakan sesebuah rumahtangga bahagia atau tidak. Hanya pasangan itu sendiri yang boleh merasakan kebahagiaan bersama. Jadi ini adalah kunci untuk menjamin kebahagiaan rumahtangga berterusan di samping dapat menjadi contoh untuk anak-anak kelak.

1.Hormati Pasangan

Hormati pasangan anda. Walau apapun dia tetap suami/isteri anda dan ibu/bapa kepada
anak-anak anda. Kawal kemarahan dan cari jalan untuk kawal emosi. Mungkin anda stress
dengan kerja, uruskan anak sehingga anda jadi rasa susah sangat nak mengawal emosi. Jadi penting sangat untuk anda menyalurkan kemarahan tu dengan betul apabila berhadapan dengan pasangan atau anak-anak.

Selain itu, elakkan juga mengungkit kebaikan dan pengorbanan yang telah anda buat selama dengan pasangan anda. Redha lah dengan apa yang telah anda berikan. Pasakkan niat dekat hati apa yang anda buat selama ni adalah kerana Allah semata-mata. Jadi, anda tidak mudah mengharapkan sesuatu jika pasangan tidak menghargai apa yang telah anda lakukan. Mula cari ilmu bagaimana untuk merawat hati, mengurus emosi, konflik dan berkomunikasi secara bijak sehingga dapat membawa kepada perdamaian. Cipta kebahagiaan itu dan bukan menjadi pengemis kebahagiaan.

2. Wujudkan Hubungan Hati Dengan Pasangan

Ramai orang tak tahu betapa pentingnya untuk ada deep connection dengan pasangan, ianya bukan sekadar hubungan fizikal sahaja yang nak kena jaga. Tapi hubungan hati antara pasangan pun sangat penting. Hubungan fizikal ini sekejap kesannya, tak kan ke mana-mana dan keseronokkannya sekejap sahaja. Tapi, bila kita ada hubungan hati yang sangat mendalam dengan pasangan, ia akan menjadi suatu kekuatan, malah akan membangkitkan dan mengintimkan lagi hubungan fizikal.

Jadi penting untuk anda buat suatu aktiviti atau ritual untuk membina dan menjalinkan
hubungan yang mendalam antara anda dan suami. Bukan sahaja sexual connection, tetapi
heart to heart connection pun amat penting.

3.Beri peluang dan penghargaan

Seterusnya, sentiasa berikan suami atau pasangan anda untuk berubah menjadi lebih baik.
Jangan fokus pada kelemahan dan kesalahan sahaja.Jadi, pada saya penting untuk anda ingat semula satu persatu kebaikan-kebaikan yang telah pasangan anda berikan dan hargainya walau dalam sekecil-kecil hal sekalipun.. Kerap ucapkan “Terima Kasih” dan “Minta Maaf”.

Ingatlah bahawa bukan anda sahaja yang sukakan pujian dan penghargaan, suami atau
pasangan juga perlukan itu. Pada saya, kebanyakkan isteri atau pasangan ni dia tak nampak pengorbanan suami pada dia, yang dia tahu asyik nak tengok kesalahan suami je sampai lupa nak menghargai suami sendiri. Hentikan drama itu.

Jadi saat ini mulakan dengan pujian ikhlas bila suami menolong anda sekecil-kecil hal
sekalipun. Ucapkan terima dan selalu ingatkan bahawa anda sangat beruntung dapat suami
yang membantu anda. Semakin kerap anda ucapkan terima kasih akan buat suami anda rasa dihargai. Ramai terlepas pandang dengan hal ini. Walaupun ianya nampak kecil namun
percayalah ianya membawa impak yang sangat besar.

4.Lihat musibah sebagai suatu peluang

Masalah atau musibah yang hadir dalam hidup anda tu dia bukan datang saja-saja.
Kehadirannya bersebab. Masalah itu sebenarnya adalah satu peluang untuk anda bertumbuh menjadi lebih baik.

Jadi, ini adalah peluang anda dan pasangan untuk go to the next level. Masalah dalam
rumahtangga kita bukanlah musibah tetapi ia adalah hadiah dan berkah dari Allah SWT untuk kita go to the next level supaya kita menjadi isteri yang bukan sekadar bercinta dengan suami saja tetapi menjadi pencinta sejati dan pencipta kebahagiaan. Iaitu menjadi pencinta tanpa syarat. Ingatlah bahawa anda bukanlah mangsa.

Anda adalah pejuang dalam hubungan anda. Bila ada masalah, ambil lah peluang itu untuk
menyelamatkan rumahtangga anda dan bina kembali perkahwinan anda.Katakan pada diri
anda, “kalau bukan aku yang akan menyelamatkan rumahtangga aku, siapa lagi?”
Sebagai contoh salah seorang peserta saya, dulunya dia seorang yang sangat pemarah dan
susah nak kawal emosi hanya kerana beliau tidak dapat menerima hakikat yang dia telah pun diduakan oleh suaminya. Hampir setiap hari dia memaki hamun suami dan anak-anaknya.

Semakin hari dia terseksa melihat suami semakin jauh malah anda-anaknya sendiri juga tidak rapat dengannya. Namun, selepas saya guide beliau dalam kelas online percuma saya iaitu Kembali Bercinta, alhamdulillah kini dia sedar bahawa penting untuk mengawal emosi dan salurkan rasa negatif dengan baik. Hubungan dengan suami dan anak-anak semakin rapat malah lebih bahagia. Sebenarnya, saya suka untuk berkongsi kisah peserta-peserta saya sebab saya yakin dengan perkongsian inilah mungkin dapat membuka mata anda bahawa masalah yang dihadapi ada penyelesaiannya dan bukan anda seorang sahaja yang menderita atau terseksa.

Sahabat, ada masanya kita perlu muhasabah diri untuk upgrade status hati kita. Keikhlasan kita dalam rumahtangga dan meredhai baik buruk masing-masing. Mungkin perkara yang berlaku bukanlah berpunca dari kita. Namun ingatlah, inilah satu ujian dalam alam rumahtangga. Yang penting, anda sentiasa upgrade diri dan ilmu untuk jadi lebih baik. Cuba untuk lakukan sebaik mungkin demi anak-anak anda.

Sumber: Puan Diyana Tahir, Pakar Perhubungan & Keintiman

Published by
NuFa