Berhijrah Ke Manchester, Edry Harapkan Sinar Baharu Untuk Anak Autismnya Berjaya

Share

Demi anak istimewanya Emery, Edry Abdul Halim telah pun berpindah ke Manchester, United Kingdom bersama keluarganya dua minggu lalu.

Keputusan perpindahan ke Eropah diambil semata-mata nak memastikan anak ketiganya yang juga anak autism itu mendapat pendidikan terbaik di sana.

Edry memberitahu dia memilih untuk menetap di Manchaster kerana di sana terdapat sebuah sekolah khas untuk golongan autism.

Katanya lagi, di Manchaster juga terdapat pelbagai kemudahan untuk golongan itu termasuk pusat beli-belah dan panggung wayang khas untuk anak-anak autism.

“Sekolah untuk autism di Manchaster dan Liverpool antara yang terbaik di dunia dan sebab itu kami sekeluarga memilih untuk menetap di sana.

“Semua ini kami lakukan untuk Emery dengan harapan dia mendapat pembelajaran yang terbaik,” katanya.

Tambah Edry, dia bercadang untuk menetap di negara itu selama beberapa tahun mengikut perkembangan anaknya dan jika tiada perubahan dia mungkin berpindah ke Australia pula.

“Kita lihat macam mana progres Emery dan kalau ada perkembangan positif kami akan kekal di sini dan jika sebaliknya mungkin kita ke Australia pula.

“Di sana juga mempunyai sekolah untuk autism yang antara terbaik di dunia,” jelasnya.

Penyanyi dan komposer itu juga berkata, empat anaknya masih belum lagi dapat menyesuaikan diri sejak mereka berhijrah ke sana.

“Mereka masih menyangka pemergian ke negara Eropah itu adalah untuk bercuti dan bukannya menetap untuk jangka tempoh yang panjang.

“Tambahan pula sekarang masih cuti musim panas… Jadi sesi persekolahan masih belum bermula.

“Insya-Allah ada masa sedikit ini saya mahu bawa mereka bercuti di sekitar Eropah terlebih dahulu sebelum mereka bersekolah,” katanya.

Sumber: Mstar & ig Edry

Published by
Wan Amy