Beri 5% Peluang Anak 0-3 Tahun Buat Kerja Rumah, Kesannya Anak Akan Pro Dalam Skil Hidupnya

Share

Adalah normal untuk si kecil berminat untuk ‘imitate’ buat kerja macam anda buat: cuci kereta, cuci pinggan, gosok gigi sendiri, mop lantai, sapu lantai, basuh baju dengan tangan, mesin basuh, blender mesin, tumbuk alu, sidai baju, vakum, kacau buat air, kacau bancuhan cekodok, kacau masakan di kuali /periuk panas, terbalikkan masakan di kuali, pakaikan pampers sendiri dsb…

Menurut Pakar Psikologi Dan Keibubaapaan, Maznah Ibrahim walau hanya 5% dia try buat, dan kita  murnikan 95% ‘balance’ nya, jangan risau hasil kerjanya dan niat anda masih ‘up to standard’

Walau 5%, namun impaknya amat besar, iaitu pengalaman sewaktu dia EAGER NAK CUBA BUAT, + ANDA BERI = ia jadi KEPUASAN MAKSIMA macam kita dapat balasan ‘Give High 5’ yang penuh 100% ditepuk (cuba buat sekarang). Puas sangat.

Dan sebenarnya sesuatu berlaku di neurons otaknya, berkaitan emosi. Ia jadi ‘matched’, emosi real dan positif dipenuhi untuk dirembeskan, dan ia memang semulajadi, genuin, dan layak diraih untuk peringkat perkembangan mereka saat itu.

Dan, sebenarnya ia jadi satu memori kekal dalam badan dia untuk dia tidak kekok lakukannya bila dia sudah besar nanti.

Saya saksikan anak sekolah rendah, dan orang dewasa yang yakin diri dan helpfull, tidak kekok buat, atau sebaliknya kekok dan self esteem rendah, kurang proaktif, banyak berpunca dari ketiadaan peluang atau disokong sewaktu perkembangan peringkat autonomi dan inisiatif nya…

Anda pun tak naklah anak remaja atau anak dewasa anda tidak reti basuh pinggan makan sendiri, masak nasi sendiri, telur goreng sendiri, lipat baju sendiri, or jadi menantu orang yang kekok buat kerja rumah, tak reti main peranan bantu isterinya kelak.. kan? Hanya sebab kecil, masa dia usia awal ini anda halau dia dari duduk di dapur ‘kacau anda memasak’ atau di bilik kacau anda lipat baju. Hmm..

Anak usia 3-6 pula sudah pandai dalam bab penjagaan kepada orang lain, contoh jaga adik baby, nak dukung adik baby, nak pakaikan pampers adiknya.

Ini peringkat inisiatif (3-6 tahun dalam Erikson Psikososial) dan peringkat peranan gender lelaki/perempuan (dalam Psikoseksual 3-5/6 tahun). Maka sokonglah peringkat keperluan perkembangan mereka, dan tugas perkembangan mereka, demi melahirkan generasi yang proaktif, dan caring, punyai hati… InsyaAllah…

Raikan keinginan mereka, beri ruang dan peluang mereka cuba buat,

Lepas puas dalam beberapa saat, mereka akan lepaskan kepada anda, masa dia buat pantau 100%, katakan “hati-hati” sahaja. Anak akan kenal lebih baik banyak benda, nama benda, rasa, panas, bahaya dan berat.

Sumber: Maznah Ibrahim

Published by
Wan Amy