Za’faran (Saffron) merupakan rempahan yang paling berharga dan termahal di dalam dunia. Khasiat utama Za’faran ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia. Menguatkan ingatan. Amat baik jika dimakan bersama madu asli.
Mungkin sebelum ini kita kurang pendedahan tentang kebaikan Saffron untuk kesihatan otak dan bagaimana cara untuk digunakan dalam minuman. Dr Mazliana Mazlan berkongsi kebaikannya dan bagaimana cara untuk anda amalkan seisi keluarga. Ikuti perkongsian ini.
Jom lah kita ganti air saffron untuk otak setiap pagi sebelum anak pergi sekolah. Kalau sebelum ni kita bagi air coklat tinggi gula sebelum anak mula belajar, sekarang kita start bagi air saffron pulak.
Tak perlu dah vitamin IQ tinggi gula, saffron je kita guna sekarang ok.
Ads
Saffron bagus untuk otak anak:
Bantu untuk kuatkan memori anak
Mudahkan proses faham ilmu baru
Bantu anak lebih fokus masa belajar Banyak dah kajian tentang saffron, cuma kita je jarang ambil tahu tentang herba paling mahal di dunia ni.
Antara cara yang saya buat untuk anak minum air saffron;
1. Terus minum air rendaman saffron
2. Campur madu dalam air saffron
3. Letak 1 helai safrron dalam susu
Ads
4. Masuk 1 helai saffron dalam botol air anak ke sekolah
Boleh je try yang mana korang suka.
Bila kita mula buat perubahan, anak mungkin susah nak terima pada awalnya. Sama anak saya pun, air kuning dia kata, dalam botol air ada ikan kawan dia kata. Tapi kalau setiap hari kita tak putus asa cuba, minum jugak akhirnya anak insyaAllah.
Kita cuba sama-sama ya, biasakan minuman yang asli pada anak, berbanding minuman tinggi gula dan perasa.
Jerit perih membesarkan anak sememangnya tidak mudah. Boleh dikatakan sebaik mata celik hingga ke malam hari, semuanya diperuntukkan waktu untuk si kecil. Ini juga yang dilalui oleh Maryam You Narae, anak kelahiran Korea Selatan yang ini menetap di negara kita.
Menurut perkongsian pasangan ini di Instagram mereka, Durian Kimchi, inilah rutin tanpa henti Maryam setiap masa. Semuanya demi memastikan anak sulung mereka, Rina terjaga dengan baik sepanjang masa.
Malah menurut Ryzal Ibrahim, suami kepada Maryam, isteri tersayangnya itu akan memasak makanan anak mereka setiap malam. Tidak kenal erti penat namun inilah kegigihan Maryam demi memastikan Rina cukup khasiat dan membesar dengan sihat.
“Beberapa hari lepas Maryam datang tunjukkan saya mesej seorang ni yang gelakkan Maryam bagi anak makanan frozen? Saya tengok setiap story Maryam dia reply seperti tiada sijil UPSR.
“Saya dah malas nak layan sebenarnya tapi tengok riak muka Maryam macam terasa seperti dia ibu yang tidak sayangkan anak bagi makanan frozen.
“Saya bagitahu Maryam orang macam ni dia nak perhatian saja, sebab Maryam tak pernah reply mesej dia rasanya. Saya minta Maryam block dia. Kalau dia disini, minta ‘unfollow’ kami.
“Maryam dari awal pagi sampai sebelum tidur, hampir semuanya dia buat untuk Rina sehinggakan diri sendiri tak terjaga,” tulis Ryzal berkongsi selepas kritikan wargamaya selepas dikatakan memberikan anaknya makanan sejuk beku.
Sanggup angkut balik kampung barang anak
Bahkan kata Ryzal lagi, betapa gigihnya Maryam, dia akan memasak setiap malam dan kemudiannya barulah disimpan ke dalam peti sejuk untuk memudahkan kerjanya pada keesokkan hari. Semuanya dilakukan sendiri dari pagi hingga ke malam.
“Makanan ‘baby’ tu Maryam buat tiap malam untuk makan esok pagi sampai makan malam.
“Sehingga sekarang, Maryam tak pernah beli makanan ‘baby’ di luar, semuanya dia buat sendiri. Malah, ketika balik Kelantan, kami sanggup bawa Sterilizer, Baby Mattress, Food Processor dan barang lain hantar dengan kereta ke Kelantan khas untuk Rina. Kami balik naik flight sebab risaukan jarak perjalanan yang jauh kerana Rina.
“Seorang ibu akan faham Maryam dan apa kami buat demi anak,” tulisnya berkongsi.
Dalam pada itu, usaha Maryam yang menyediakan sendiri makanan anaknya setiap malam dipuji malah konsep sejuk beku tidak dirasakan salah kerana itulah cara yang dilakukan oleh ibu bekerjaya lain. Terbaik Maryam!
Amalan pemakanan yang tidak sihat boleh menyebabkan anak susah makan. Jom ketahui cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah tabiat makanan anak ini!
Tabiat pengambilan makanan anak
Memastikan anak mendapat makanan berkhasiat dan seimbang sudah menjadi 1 kemestian buat mereka yang bergelar ibu bapa. Dalam masa yang sama, sebagai ibu bapa, amat penting untuk anda memahami tabiat pengambilan makanan anak.
Ini kerana apabila anda mengetahui isyarat bahawa mereka sudah kenyang, ini sekali gus dapat mengelakkan amalan pemakanan yang tidak sihat seperti makan secara paksa.
Sebaiknya, biarkan anak makan mengikut selera mereka. Mulakan dengan menawarkan makanan dalam saiz hidangan yang lebih kecil dan menambahnya jika mereka meminta. Namun tidak dinafikan ada parents yang mungkin berdepan beberapa isu berkaitan amalan pemakanan yang tidak sihat.
Jangan bimbang, ada cara untuk mengatasinya.
Amalan pemakanan yang tidak sihat & cara mengatasinya
Bercakap mengenai tabiat pemakanan tidak sihat, ia boleh melibatkan tabiat makanan anak yang cerewet makan. Pastinya ibu susah hati apabila anak sering menolak semasa diberikan makanan yang bukan menjadi kegemaran mereka.
#1. Makan makanan tertentu
Untuk mengatasi amalan pemakanan yang tidak sihat ini, antara cara boleh dicuba adalah:
Tawarkan finger food
Sediakan makanan dalam potongan kecil yang memudahkan mereka untuk makan dengan sendiri.
Menjadi contoh
Sebagai ibu bapa berikan contoh terbaik dengan memakan pelbagai jenis makanan. Anda juga harus elak daripada memberikan komen mengenai makanan yang disukai atau tidak.
Saiz hidangan
Untuk makanan anak yang digemari, letakkan dalam jumlah kecil. Jangan lupa untuk turut menyertakan sekali makanan lain yang anda mahu perkenalkan kepada si kecil.
Terus tawarkan makanan baharu tetapi jangan memaksa
Dengan pendedahan berulang, kebanyakan anak dipercayai akan mencuba makanan baharu. Jika tidak, jangan terus memaksa. Percayalah lama kelamaan seiring dengan peningkatan usia, akan berlaku perubahan dalam tabiat pemakanan anak.
#2. Tidak makan sayur-sayuran
Anak tidak mahu makan sayur-sayuran adalah masalah yang paling biasa untuk terjadi. Apa kata ibu cuba strategi ini:
Pelbagai warna
Siapa kata sayuran hanya perlu berwarna hijau dan berdaun? Ibu, jadilah kreatif dengan menyediakan pelbagai sayuran berwarna dan bentuk seperti jagung, labu, lobak merah, bunga kubis, tomato dan cendawan butang.
Tambahkan dalam sos atau makanan
Anda juga boleh mencampurkan sayuran dalam sos atau makanan yang akan disediakan kepada anak. Sebagai contoh, kisar lobak merah dan cincang cendawan butang untuk dimasukkan ke dalam sos spageti bersama campuran ayam atau daging.
#3. Enggan mengunyah
Mungkin kedengaran agak pelik. Tetapi ia antara amalan pemakanan yang tidak sihat boleh terjadi pada si kecil. Untuk mengatasi keadaan ini:
Pantau keadaan anak
Ini untuk memastikan mereka mempunyai kemahiran motor yang diperlukan untuk mengunyah.
Perubahan tekstur
Adakalanya anak mungkin sudah terbiasa untuk terus menelan apabila sering diberikan makanan seperti bubur. Jadi secara beransur-ansur, lakukan perubahan pada tekstur makanan mereka.
#4. Mengambil masa lama untuk makan dan menyimpan makanan dalam mulut (rumination)
Kaedah yang boleh dicuba untuk mengatasi keadaan ini:
Tiada kemahiran
Si kecil mungkin tidak mempunyai kemahiran motor untuk mengendalikan makanan yang diberi. Jadi ibu boleh cuba untuk membantu dengan menyediakan makanan dalam saiz dan potongan yang kecil.
Kurangkan gangguan
Kadang-kala tabiat makanan anak berlaku apabila terdapat banyak gangguan persekitaran. Jadi sebaiknya, apabila tiba waktu makan, minimumkan segala gangguan daripada televisyen, barang permainan dan pastikan anak duduk dengan sebaiknya.
#5. Memilih makanan sendiri
Ia satu keadaan biasa apabila anak kecil yang berusia 18 bulan ke atas ingin lebih berdikari, termasuklah dalam aspek pemilihan makanan. Atasinya dengan:
Berikan pilihan kepada anak
Contohnya sama ada ingin makan nasi atau pasta. Elakkan daripada memberikan soalan terbuka, seperti, “Apa yang awak ingin makan?”
Tegas dalam membuat keputusan
Dalam mengatasi isu berkaitan tabiat pemakanan yang tidak sihat ini, anda perlu tegas dalam setiap perkara. Pastikan setiap ahli keluarga lain seperti pasangan mahupun datuk atau nenek turut melakukan perkara yang sama. Ini kerana jika anda tidak konsisten mungkin sukar untuk mengatasi masalah ini.
Berdepan keadaan anak sukar makan atau memilih dalam aspek pemakanan adalah satu cabaran buat ibu bapa. Walaupun ia boleh menimbulkan kerisauan, namun percayalah ia adalah keadaan normal yang dialami oleh kebanyakan ibu bapa lain dan seiring peredaran masa, ia akan selesai dengan sendiri.
Tetapi jika tabiat makanan anak mendatangkan kebimbangan, berbincanglah dengan pakar pediatrik untuk penyelesaian yang lebih baik.
_
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perkhabaran yang begitu menggembirakan pastinya bagi penyanyi legenda tanah air, Datuk Jamal Abdillah selepas mendedahkan kehamilan ketiga isterinya.
Kata Datuk Jamal, dia bakal menimang cahaya mata kelima selepas isterinya, Datin Zai Izzati, 26, kini hamil 12 minggu.
Siapa yang tidak teruja dan gembira. Datuk Jamal meluahkan rasa syukurnya apabila sekali lagi diberikan rezeki untuk menambah zuriat pada usia 62 tahun.
Mempunyai tiga cahaya mata lelaki dan seorang anak perempuan, kata Datuk Jamal, dia menginginkan seorang lagi anak perempuan jika diizinkan Allah.
“Alhamdulillah, syukur dengan rezeki yang Allah bagi. Kalau boleh, saya nak anak perempuan lagi kerana dah ada tiga anak lelaki sebelum ini,” katanya berkongsi.
Dalam pada itu, isteri kesayangan Datuk Jamal, Izzati juga turut meluahkan rasa gembiranya apabila disahkan hamil sekali lagi.
Selepas melahirkan cahaya mata keduanya, El Issac Yamani pada 11 November tahun lalu, dia bersyukur apabila bakal menimang anak ketiga.
“Alhamdulillah saya kini hamil 12 minggu. Lepas ini bertambah lagilah kerja,” kongsinya.
Jamal dan Izzati mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017. Pasangan ini dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, Nur Azura Yamani, 1 dan El Issac Yamani, 9 bulan.
Menerusi perkahwinan terdahulunya, Datuk Jamal turut dikurniakan dengan dua cahaya mata lelaki iaitu Osama Yamani, 20, dan Ahmad Zaki Yamani, 15.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Sertai Pa&Ma E-Workshop, Lindungi Ibu, Lindungi Penyusuan yang dianjurkan Pa&Ma. Perkongsian ilmu mengenai penyusuan yang begitu bermanfaat untuk semua. Jom cepat-cepat sertai kami di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)