Za’faran (Saffron) merupakan rempahan yang paling berharga dan termahal di dalam dunia. Khasiat utama Za’faran ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia. Menguatkan ingatan. Amat baik jika dimakan bersama madu asli.
Mungkin sebelum ini kita kurang pendedahan tentang kebaikan Saffron untuk kesihatan otak dan bagaimana cara untuk digunakan dalam minuman. Dr Mazliana Mazlan berkongsi kebaikannya dan bagaimana cara untuk anda amalkan seisi keluarga. Ikuti perkongsian ini.
Jom lah kita ganti air saffron untuk otak setiap pagi sebelum anak pergi sekolah. Kalau sebelum ni kita bagi air coklat tinggi gula sebelum anak mula belajar, sekarang kita start bagi air saffron pulak.
Tak perlu dah vitamin IQ tinggi gula, saffron je kita guna sekarang ok.
Saffron bagus untuk otak anak:
Antara cara yang saya buat untuk anak minum air saffron;
1. Terus minum air rendaman saffron
2. Campur madu dalam air saffron
3. Letak 1 helai safrron dalam susu
4. Masuk 1 helai saffron dalam botol air anak ke sekolah
Boleh je try yang mana korang suka.
Bila kita mula buat perubahan, anak mungkin susah nak terima pada awalnya.
Sama anak saya pun, air kuning dia kata, dalam botol air ada ikan kawan dia kata. Tapi kalau setiap hari kita tak putus asa cuba, minum jugak akhirnya anak insyaAllah.
Kita cuba sama-sama ya, biasakan minuman yang asli pada anak, berbanding minuman tinggi gula dan perasa.
Kredit: Dr Mazliana Mazlan
Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!