Saya mempunyai seorang anak perempuan yang berusia 11 bulan. Sekarang saya memberi bubur nasi kepadanya, dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Pada waktu yang lain, saya beri dia minum susu.
Masalahnya, anak saya seolah-olah tidak cukup makan dua kali sehari. Dia akan menangis dan mengganggu saya ketika makan. Apabila saya menyuap makanan kepadanya, dia berhenti menangis. Mungkin dia lapar.
Ads
Saya ingin tahu, apakah makanan sampingan yang sesuai untuk bayi berusia 11 bulan seperti anak saya?
Jawapan:
Ads
Pada usia begini, anda boleh memberinya makanan pejal atau separa pejal sebanyak tiga kali sehari. Buah-buahan yang bersesuaian pun boleh diberikan.
Jus juga merupakan alternatif lazim, namun harus diberikan menggunakan cawan dan bukannya melalui botol susu. Jus boleh diberikan dengan kuantiti terhad.
Ads
Terlalu banyak jus boleh menjejaskan selera makan dan makanan berkhasiat lain serta memungkinkan terjadinya cirit-birit, kembung dan kemerosotan gigi. Dalam masa yang sama, jus yang diberikan hendaklah yang dipasteur untuk mengelakkan kewujudan bakteria serta bebas daripada gula tambahan.
Anda juga boleh memperkenalkan makanan lain seperti biskut, sayur mahupun makanan yang dipotong. Bayi yang berusia antara lapan atau sembilan bulan sudah boleh memegang dan memasukkan makanan ke dalam mulut. Walau bagaimanapun, jenis makanan dan saiz makanan tersebut perlu sesuai untuk membolehkan anak kecil anda memperoleh pengalaman baru.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah terfikir apa yang berlaku bila kita guna minyak masak berulang kali? Walaupun nampak seperti langkah berjimat, tindakan ini sebenarnya mengundang bahaya besar kepada kesihatan kita.
Kenyataan mengenai bahaya minyak masak terpakai yang diguhakan lebih tiga kali ini dihuraikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad dan Public Health Malaysia ini dengan fakta mengejutkan tentang risiko penggunaan minyak masak terpakai.
Jom kita fahami lebih lanjut untuk elakkan ancaman kesihatan kepada diri dan keluarga!
Apa sebenarnya yang berlaku apabila minyak masak digunakan berulang kali?
Setiap kali minyak dipanaskan, ia melalui proses kimia yang berbahaya: Penguraian Lemak
Lemak dalam minyak mula terurai apabila dipanaskan terlalu lama atau berulang kali, menghasilkan lemak-trans.
Lemak-trans ini sangat berbahaya kerana ia menyumbang kepada kolesterol tinggi dan penyumbatan salur darah (atherosclerosis).
Pembentukan Radikal Bebas
Suhu tinggi menyebabkan minyak menghasilkan radikal bebas, iaitu molekul tidak stabil yang boleh merosakkan sel-sel badan kita. Radikal bebas ini berkait rapat dengan radang kronik, kanser, dan juga penuaan pramatang.
Aldehid dan Bahan Toksik
Minyak yang digunakan berulang kali juga menghasilkan aldehid, bahan toksik yang merosakkan organ dalaman seperti hati, jantung, dan otak.
Pengambilan bahan ini secara berterusan meningkatkan risiko penyakit seperti Alzheimer, Parkinson, dan kanser.
Warna dan Bau Minyak Berubah
Semakin lama minyak digunakan, warnanya menjadi gelap dan bau tengik muncul.
Ini petanda bahan kimia berbahaya telah terkumpul di dalam minyak tersebut.
Penggunaan Maksimum: 3 Kali Sahaja!
Untuk keselamatan keluarga, elakkan makanan yang dimasak dengan minyak terpakai. Pilihan anda hari ini menentukan kesihatan mereka di masa hadapan.
Sebagaimana perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad, menjelaskan minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.
Katanya minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari dua atau tiga kali untuk menggoreng.Yang terbaik menggunakannya hanya sekali.
“Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.”
Dia juga memberi nasihat supaya berhati-hati membeli minyak paket yang murah supaya tidak menjejaskan kesihatan. Dia menegaskan bahawa pastikan minyak berkenaan mendapat pengesahan daripada SIRIM.
“Kajian yang pernah dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, ke atas 19 jenama minyak masak mendapati bahawa kebanyakan minyak dalam peket 1 kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
“Oleh itu masyarakat diingatkan agar berhati-hati menggunakan minyak masak dalam peket 1kg. Sebagai langkah selamat, gunakan minyak yang mendapat pengesahan dari SIRIM sahaja.”
“Selain daripada itu, elakkan dari membeli minyak yang tidak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah,” jelasnya menerusi coretannya di facebook miliknya.
Kesihatan adalah aset paling berharga, dan semuanya bermula dari pilihan kecil kita sehari-hari. Elakkan penggunaan minyak masak berulang kali kerana kesannya bukan saja merosakkan tubuh, malah boleh membawa kepada penyakit serius seperti kanser dan penyakit kronik lain. Sayangi diri dan keluarga, dan jadikan ini peringatan untuk gaya hidup yang lebih sihat. Pilihan anda hari ini adalah penentu masa depan mereka!
Menyedari tentang kebaikan susu ibu, semakin ramai ibu-ibu pada masa kini memilih untuk memberikan penyusuan semula jadi kepada anak.
Susu ibu mengandungi semua nutrien yang diperlukan bayi untuk membesar dengan sihat dan kuat, seperti lemak, gula, protein, dan air. Ia juga membantu meningkatkan sistem imunisasi bayi termasuk mengurangkan risiko asma, diabetes jenis 2, leukemia kanak-kanak, obesiti dan sebagainya.
Jika anda sedang memikirkan cara yang kreatif untuk memberikan susu ibu kepada anak anda terutama untuk yang berusia 6 bulan ke atas dan sudah mula mengambil makanan pejal, berikut beberapa resepi yang boleh digunakan.
Ais krim susu pisang
Bayi yang sedang dalam proses tumbuh gigi memerlukan sesuatu yang sejuk untuk melegakan gusi mereka. Amat mudah untuk menyediakannya, sediakan pisang yang dibekukan bersama susu ibu dan kisarkan mengikut kesesuaian, boleh dicampurkan kayu manis sebagai tambahan (pastikan anak anda tidak alahan kepadanya). Sedia untuk di makan terus atau boleh disimpan dalam peti sejuk.
Ais krim susu
Ia sesuai untuk menyejukkan dan menenangkan bayi yang sedang tumbuh gigi. Prosesnya mudah, cuma bekukan susu ke dalam bekas ais, dan masukkan ke dalam mesh feeder baby.
Nasi atau bijirin
Jika anda ingin memberikan bayi anak makan pejal seperti nasi atau bijirin seperti oat, anda boleh campurkannya dengan susu. Ia pastinya akan membuatkan bayi anda lebih kenyang dan sihat.
Puri avokado
Resepi makanan pejal yang mudah dan cepat untuk disediakan. Hanya perlu campurkan avokado yang dilenyekkan bersama susu dan ia telah tersedia untuk diberikan kepada anak anda. Anda juga boleh campurkan sedikit air jika campuran agak pekat.
Ais krim susu buah-buahan
Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menyediakan ais krim susu. Anda boleh campurkan susu dengan jus, buahan atau sayuran. Jika menggunakan jus, anda boleh gaul rata susu dan jus sebelum dimasukkan ke dalam bekas ais krim (popsicle). Untuk buahan atau sayuran pula, kisarkannya bersama susu sebelum dibekukan.
Lempeng susu ibu
Sesuai untuk anak yang tidak lagi minum susu botol, tetapi stok susu simpanan masih banyak. Ia boleh dimasak sebagai sarapan pagi. Walaupun ketika memasaknya, ia akan mengurangkan beberapa nutrisi, namun, ia masih cara yang baik untuk memberikan khasiat susu kepada anak. Anda boleh mencampurkan beberapa bahan lain seperti pisang, kismis, kayu manis dan ekstrak vanila jika perlu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pemakanan anak-anak sebenarnya bergantung pada ibu bapa itu sendiri. Dari anak kecil sepatutnya ibu bapa perlu menjaga pemakanan anak-anak. Pemilihan makanan akan membentuk corak pemakanan anak sehinggalah mereka dewasa.
Banyak kesan pemakanan yang tidak baik boleh berlaku kepada kesihatan anak-anak terutamanya pertumbuhan anak itu sendiri. Ikuti perkongsian penuh daripada Dr. Rizal Abu Bakar.
GULA PUTIH MENGGANGGU PEMBELAJARAN ANAK – DR RIZAL ABU BAKAR
Kesian pun ada. Sedih pun ada bila dengar bualan mak dengan anak ni.
Saya bukan nak pasang telinga. Tapi bila si mak jerit jadi terpandang secara otomatik. Bila tengok si ak siap tunjal tunjal kepala si anak.
“Bila makan semua nak sedap sedap. Bila belajar bodoh. Sifir pun tak boleh ingat. Kau ni dah Tahun 3” kata si mak. Suara bak guruh di langit.
Jari telunjuk si mak dah melekat kat kepala anak dia tu. Sekali tengok macam ada spring. Tolak kepala, kepala tu bounce back. Kena tolak lagi.
Bila tengok kat tangan kiri ada Bubble tea. Ada satu kotak donut. Tangan kanan ada donut sprinkle dengan macam macam benda.
Kesian tu kesian. Tapi boleh tengok saja.
Saya cuma terkesan sikit dengan kata si mak kat anak dia. Bila dia sebut bodoh tu. Bukan si anak pilih nak jadi bodoh. Tapi otak dia dah di’racuni’.
Banyak parents tak sedar yang mereka sabotaj otak anak anak mereka. Terutama bila beri makan benda yang ada gula putih. Inilah yang dimaksudkan dengan sabotaj otak.
Kenapa pula?
Kajian dari Universitiy of California Los Angeles atau UCLA Mei 2017. Kajian ni sahkan gula putih ganggu proses belajar. Gula putih gugat memori.
Gula putih adalah toksid kepada otak.
Tiga tempat di otak diserang. Hippocampus tempat memori dirobek. Prefrontal cortex, pusat berfikir diganyang. Temporal lobe, pusat belajar dihiris hiris.
Bahasa kasarnya begini. Ambil gula putih tingkatkan tahap kebodohan. Gandakan tahap bangang. Bagi bengong datang bersarang.
Tuisyen pula tidak membantu. Mentoring akan gagal. Coaching tidak akan membawa ke mana.
Hantarlah ke program motivasi apapun, anak tu akan kekal sama. Prestasi si anak mendatar. Sebab?
Dia jadi sukar nak ingat. Susah nak menghafal. Lambat nak berfikir. Tak laju macam orang lain.
Jadi untuk parents berhati hati sikit pada benda manis. Semak dulu bahan. Ada gula putih atau tidak. Kalau ditulis sugar, biasanya gula putihlah tu.
Jom bantu anak-anak. Elakkan dari jadi tukang sabotaj otak anak sendiri. Biar mereka sihat. Biar mereka hebat.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
MARA anak angkat Amirul Hafiz menjadi simbol keprihatinan apabila dua anak mangsa nahas dilanggar pemandu mabuk dibantu secara berterusan demi masa depan mereka.