Nak elakkan anak minum minuman bergas, kebanyakan daripada ibu bapa akan memilih jus kotak. Alasannya lebih baik dan mempunyai vitamin dari buah tersebut.
Sebenarnya tanggapan itu juga salah kerana jus kotak juga dikategorikan sebagai makanan ringan kerana kandungan gulanya sangat tinggi seperti yang dikongsikan oleh Dr Hafiz Sulaiman.
Tapi tahukah anda, jika anda memilih jus kotak berbanding air soda bergas supaya lebih selamat, ketahuilah bahawa jus kotak ialah JUNKFOOD.
Jika masih ada sisa buah-buahan di dalamnya, ia biasanya mengandungi pengawet, perisa dan pewarna tambahan.
Sudahlah sangat tinggi kandungan gulanya lebih teruk, disebabkan serat yang kebanyakannya dibuang, anda menyerap hampir kebanyakan kandungan gula didalamnya!
Bayangkan, 200ml jus kotak mengandungi hampir 20g kandungan gula ataupun 5 sudu gula. Gula yang paling TOKSIK iaitu FRUKTOSA (HFCS).
Gula fruktosa mudah:
1) Menyebabkan ketagihan gula!
2) Membebankan dan merosakkan organ hati.
3) Meningkatkan asid urik penyebab gout.
4) Meningkatkan kolesterol benar-benar jahat.
5) Meningkatkan stres dan kerosakan organ terutama otak dan saraf.
6) Meningkatkan risiko diabetes, masalah hormon seperti PCOS dan masalah rintangan insulin yang lain.
7) Mengurangkan kesan hormon kekenyangan (leptin) dan meningkatkan hormon sangap (ghrelin).
“Seriously” menggemukkan..itu dalam susu pekat teh tarik tu, fruktosa la tu.
Gula yang digelar “alkohol tanpa mabuk” oleh pakar obesiti terkenal yang juga pakar hormon kanak-kanak Dr Robert Lustig.
Sila periksa label jumlah gula di belakang jus kotak, anda akan dapati rata-ratanya mengandungi jumlah kandungan gula 15-35gram sekotak.
Maka elakkan jus kotak, usah selalu disuakan racun gula ini kepada anak-anak anda sehingga mereka ketagihan.
Selamatkan otak, saraf dan penglihatan mereka daripada bahaya kerosakan “glikasi” kesan pengambilan gula.
Allah selamatkan kamu..
Sumber: Dr Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan-
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sekali Sekala Cuba Buat Ujian Mata Untuk Anak Di Rumah Dengan Cara Ini
Jika anak mengadu penglihatan kabur sewaktu menonton televisyen, anda boleh melakukan ujian mata sendiri di rumah.
Bagaimana caranya? Ketahuinya dalam perkongsian artikel ini.
Anak mengadu penglihatan kabur?
Sekiranya si kecil mengadu mereka tidak dapat melihat dengan jelas atau penglihatan kabur sewaktu membaca buku, anda sebenarnya boleh melakukan beberapa ujian mata asas di rumah.
Eh, biar betul boleh dibuat di rumah?
Ya, tiada masalah untuk melakukan ujian penglihatan di rumah.
Cuma perlu diingatkan bahawa ujian mata tersebut bukanlah pengganti pemeriksaan perubatan mata lengkap oleh pakar oftalmologi.
Ini kerana menguji kadar penglihatan di rumah tidak akan setepat ujian yang dilakukan oleh pakar mata.
Pun begitu, ujian di rumah dapat membantu mengetahui masalah mata yang memerlukan perhatian pakar.
Banyak masalah berkaitan mata boleh dirawat dan dipulihkan jika dikesan dan diubati pada peringkat awal. Sebab itu, pemeriksaan mata secara perubatan adalah penting untuk dilakukan, okay?
Persiapan untuk ujian mata anak di rumah
Ini bermakna, kalau anda mahu, pemeriksaan mata boleh dilakukan di rumah. Tetapi sudah tentu terdapat persediaan yang perlu anda lakukan terlebih dahulu.
Barang yang diperlukan untuk ujian penglihatan:
- Sesuatu untuk menutup mata, seperti cawan kertas atau tisu muka
- Pita pelekat atau pin untuk menggantungkan carta ujian di dinding
- Pen atau pensil untuk mencatatkan hasil ujian
- Pita ukuran atau pembaris
- Lampu suluh
- Bilik berlampu dengan kepanjangan sekurang-kurangnya 10 kaki
- Carta ujian yang betul (anda boleh memuat turun carta daripada laman web tertentu)
Menyediakan tempat ujian penglihatan
Semasa memuat turun carta untuk dicetak, pastikan carta yang dipilih adalah untuk kanak-kanak
Untuk mencetak, pastikan huruf terbesar pada bahagian atas carta dengan saiz ketinggian lebih kurang 1 inci (23 milimeter)
Ukur jarak 10 kaki daripada dinding tanpa tingkap dan letakkan kerusi pada jarak ini
Lekatkan atau pinkan carta pada dinding kosong, separas dengan mata anak semasa mereka duduk di atas kerusi
Melakukan ujian mata anak
Umumnya, ujian penglihatan yang dilakukan ini sesuai untuk anak berusia 3 tahun dan ke atas kerana mereka sudah boleh memahami arahan yang diberikan.
Pada permulaannya, jelaskan kepada anak bahawa kalian akan bermain ‘permainan menunjuk’ (pointing game). Dengan menggunakan kad latihan huruf E, ajar anak untuk fokus pada huruf E yang ditunjukkan.
Gerakan kad tersebut kepada 4 arah berbeza, iaitu atas, bawah, kanan dan kiri.
Jarak kad latihan yang dipegang boleh berada sedekat yang dimahukan anak sehingga mereka dapat menunjukkan keempat arah tanpa bantuan.
Kemudian persiapkan anak untuk menjalani ujian mata dengan cara di bawah:
- Dudukkan anak di atas kerusi yang diletakkan pada jarak 10 kaki daripada dinding yang ditampal dengan carta
- Tutupkan sebelah mata anak dengan penutup tanpa memberikan tekanan. Anda mungkin memerlukan bantuan individu lain untuk membantu memegang penutup mata pada anak
- Sekiranya anak memakai cermin mata, biarkan mereka memakainya semasa ujian
- Jika carta kelihatan terlalu gelap untuk dilihat dengan jelas, gunakan lampu suluh untuk menerangi huruf ketika penglihatan berlangsung
- Halakan lampu suluh pada setiap huruf bermula dengan huruf terbesar. Minta anak sebutkan huruf yang ditunjukkan itu
- Catatkan bilangan garis terkecil huruf yang dapat dibaca dan dilihat oleh anak dengan betul
- Ulang ujian mata ini pada mata sebelah lagi untuk mengenal pasti masalah penglihatan kabur anak
- Seandainya anak letih, mungkin ujian ini boleh dilakukan pada masa yang lain
Ujian kepada anak yang lebih besar
- Minta anak yang akan diuji untuk duduk di atas kerusi yang jaraknya 10 kaki dari carta.
- Pastikan carta selaras dengan matanya
- Pastikan anak menutup sebelah mata tanpa memberikan tekanan. Sekiranya mereka menggunakan cermin mata untuk penglihatan jarak jauh, ia harus dipakai semasa ujian mata
- Halakan lampu suluh pada setiap baris carta, sementara anak yang diuji membaca huruf dengan kuat. Terus ke baris bawah atau sehingga hurufnya terlalu sukar untuk dilihat oleh anak
- Tuliskan bilangan garis terkecil yang dilihat dan dibaca dengan betul
- Sekarang ulangi ujian dengan mata sebelah yang ditutup dan catat hasilnya
Memahami hasil keputusan
Menurut American Academy of Ophthalmology, makna kepada hasil keputusan ujian akan berbeza-beza mengikut usia anak anda.
- Kanak-kanak di bawah umur 3 tahun harus dapat melihat garis carta 20/40
- Kanak-kanak berumur 3 dan 4 tahun harus melihat garis 20/30
- Kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas seharusnya dapat membaca baris 20/20 carta
Anda boleh mengetahui baris mana yang dapat dibaca oleh anak anda menggunakan label di sisi carta ujian.
Sekiranya anda mendapati bahawa keputusan anak anda tidak normal untuk usianya, buat janji temu dengan doktor mata pediatrik, atau pakar oftalmologi.
Menguji mata anak anda di rumah adalah cara yang baik untuk mengukur penglihatannya, tetapi ia tidak boleh menggantikan pemeriksaan oleh pakar oftalmologi.
Pakar oftalmologi pediatrik bukan sahaja akan menguji penglihatan anak anda, tetapi juga kesihatan mata si kecil.
Ini terutamanya jika mereka mengadu penglihatan kabur ketika belajar atau menonton televisyen.
Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elak Tekap Tapak Kasut Ke Kaki Untuk Anggar Saiz Kaki Anak, Bahaya Kalau Pakai Saiz Tak Betul
Adakah anda jenis yang memakaikan anak kasut mengikut saiz betul atau ‘main sarung sahaja’ asalkan muat? Tahukah anda, terdapat bahaya jika si kecil tidak dipakaikan ukuran saiz kasut budak yang betul?
Ayuh teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk penjelasan lebih lanjut.
Kepentingan ukuran saiz kasut budak yang betul
Kaki kanak-kanak, terutamanya bayi dan anak kecil sangat halus dan amat penting untuk menjaganya daripada awal.
Pemilihan kasut sesuai untuk anak adalah keputusan penting yang tidak boleh dipandang remeh.
Mempertimbangkan untuk membeli kasut dengan saiz yang betul berbanding fesyen adalah penting kerana ia memberi kesan kepada perkembangan kaki anak.
Kasut yang dapat dipakai dengan muat membolehkan perkembangan tanpa halangan serta membenarkan jumlah ruang dan sokongan sesuai untuk membantu kaki berkembang secara semula jadi.
Ramai kanak-kanak mengalami masalah kaki di kemudian hari kesan memakai kasut yang tidak betul saiznya! Kita semua hanya memilih sepasang kaki, jadi amat penting untuk menjaganya dengan baik.
Kasut yang tidak sesuai boleh menyebabkan hallux valgus – kecacatan kaki yang berlaku apabila ibu jari kaki mula condong ke dalam. Keadaan itu boleh menyebabkan ketulan bengkak betul-betul di bawah ibu jari kaki.
Oleh sebab itu, mendapatkan anak saiz kasut yang betul adalah penting ya wahai ibu bapa sekalian.
Cara membeli mengikut ukuran saiz kasut budak yang tepat
Berikut adalah tip membeli kasut yang boleh anda praktikkan:
#Beli kasut mengikut kaki yang lebih panjang
Kaki kanan dan kiri biasa mempunyai kepanjangan yang berbeza. Perbezaan sehingga ½ inci itu adalah perkara biasa.
#Jangan bergantung kepada label saiz pada kasut
Untuk pengetahuan anda, menjadi perkara biasa untuk pengeluar melabelkan kasut dengan saiz standard yang kita semua ketahui. Tetapi sebenarnya tiada standard wajib saiz kasut, maka setiap jenama akan berbeza-beza. Jadi pastikan anak mencuba setiap kasut untuk mendapatkan saiz yang bersesuaian.
#Ada ruang untuk kaki
Kebanyakan ibu bapa sedar kaki memerlukan ruang, tetapi kurang mengetahui jumlah sebenar yang diperlukan. Ruang tambahan optimum yang disarankan adalah lebih kurang ½ inci.
#Beli kasut pada penghujung hari
Kaki anak biasanya akan berada pada tahap paling besar (baca: membengkak) pada penghujung hari atau selepas acara sukan – waktu paling sesuai untuk mencuba dan membeli kasut.
#Pakai stoking sesuai
Semasa anak mencuba kasut, pastikan mereka memakai stoking yang sesuai. Sebagai contoh, jika ingin membelikan anak kasut bola sepak, pastikan mereka memakai stoking bola sepak.
#Ukuran saiz kasut budak secara berkala
Deria sentuhan bagi kanak-kanak biasanya belum berkembang sepenuhnya, jadi mereka mempunyai kecenderungan untuk ‘memaksa’ kaki masuk ke dalam kasut yang ketat. Oleh itu, ibu bapa disarankan untuk mengukur kaki anak setiap 2 bulan sekali.
Perkara perlu dielakkan semasa mendapatkan ukuran saiz kasut budak
Malangnya, terdapat juga ibu bapa yang masih menggunakan trick berikut untuk menilai kesesuaian kasut untuk anak:
Pegang kasut ke kaki
Caranya dengan menekap tapak kasut ke kaki untuk menganggarkan saiz kaki anak. Tetapi panjang di bahagian dalam kasut tidak boleh dianggarkan dari luar dan selalunya adalah lebih pendek daripada yang dijangkakan.
Ujian ibu jari
Biasanya ibu jari akan menekan hujung kasut untuk melihat berapa banyak ruang yang ada. Masalahnya anak secara refleks akan menarik jari kaki – seperti tergulung di bawah.
Kesannya anda akan menyangkakan terdapat ruang yang mencukupi walaupun hakikatnya kasut itu terlalu kecil.
Menggunakan ujian tumit untuk menilai ruang kosong pada bahagian belakang juga adalah serupa seperti ujian ibu jari. Ini kerana ramai kanak-kanak akan menolak kaki mereka ke depan.
Bertanyakan anak
Biasanya apabila anak mencuba kasut, sebagai ibu bapa pastinya anda akan bertanyakan, “Okay tak kasut ini?”. Walaupun pertanyaan itu menunjukkan anda prihatin dengan anak, namun malangnya jawapan yang diberikan mungkin salah.
Keadaan ini kerana biasanya saraf di kaki anak belum berkembang sepenuhnya dan kesedaran mereka tentang kesakitan tidak begitu jelas seperti individu dewasa. Jadi anak mungkin tidak pasti sama ada kasut itu sesuai atau tidak.
Ketepatan dalam mendapatkan ukuran yang betul adalah penting untuk mendapatkan saiz kasut budak yang bersesuaian bagi anak.
Pemilihan kasut budak
Kasut yang bersesuaian adalah penting untuk anak, bukan sahaja untuk kesihatan kaki tetapi juga perkembangan mereka secara keseluruhan.
Jika si manja sedang belajar berjalan dan bergerak, mereka sedang mengembangkan otot dan kekuatan di belakang badan dan kaki, sekali gus amat penting untuk melindungi kaki mereka.
Pastikan juga stoking dipakai anak juga adalah saiz yang sesuai mengikut kakinya. Ini kerana stoking yang terlalu ketat boleh menyebabkan masalah pada jari kaki mereka.
Kaki si kecil akan membesar dengan cepat pada tahun pertama kehidupan mereka. Jadi pastikan anda sentiasa memeriksa kasut mereka agar selesa untuk dipakai.
Justeru, adalah amat penting untuk mendapatkan bukan sahaja ukuran saiz kasut budak tepat tetapi juga sepasang kasut yang selesa untuk mereka pakai.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Yang Bagi Anak Pegang Gunting Bukan Sengaja Nak Suruh Terluka Tapi Untuk Bagi Pandai
“Apesal lah bagi anak pegang gunting. Nak suruh budak tu luka ke kalau tergunting jari?”
Itu mungkin tanggapan tipikal ramai orang bila nampak ada ibu yang membiarkan anak berusia dua tahun ke atas menggunting kertas.
Memang ibu bapa zaman dulu tak bagi pun anak main gunting tapi anak-anak tetap membesar bijak dan pandai.
Tapi apa salahnya kalau kita sebagai ibu bapa yang dah tahu ilmu baharu untuk membantu merangsang otak anak lebih bijak mengaplikasikannya pada anak sendiri kan?
Bukankah ilmu keibubapaan itu sangat luas dan sentiasa berubah mengikut peredaran semasa.
Semoga penjelasan Puan Mahfuzah Zainol, Occupational Therapist berpengalaman dalam bidang pendidikan kanak-kanak ini membantu ibu bapa menjadi orang yang lebih berilmu dalam membesarkan anak-anak.
Ramai ibu bapa dan guru yang risau dengan gunting untuk diberi kepada anak-anak untuk bermain.
Gunting bukan alat untuk bermain, tetapi untuk ibu bapa dan guru melatih kemahiran bilateral integration, fine motor skills, hand-eye coordination and motor control.
Kemahiran menggunting boleh menjadi satu item dalam Rancangan Pendidikan Individu (RPI).
Tahukah anda?
Kemahiran menggunting adalah salah satu kemahiran dalam ‘school readiness’.
Kemahiran ini nampak remeh tapi jika ditanya kepada saya, daripada penilaian tidak bersandarkan kajian, boleh dikatakan 75% kanak-kanak berumur 7 tahun tidak mempunyai kemahiran menggunting mengikut umurnya.
I expect kanak-kanak berumur 7 tahun (biologically) boleh menggunting bentuk kompleks seperti gambar haiwan dengan ‘ridges’ tidak melebihi setengah inci daripada ‘border’ gambar (sama ada ke dalam atau ke luar garisan).
Semasa awal memperkenalkan gunting, boleh guna kaedah tunjuk cara atau role modelling kepada anak-anak bagaimana untuk memegang gunting.
Dan langkah seterusnya boleh ikut step-by-step seperti dalam gambar.
11 fasa untuk mengajar kemahiran menggunting, bukan terus suruh kanak-kanak gunting gambar itik ye. Hehe. Ada muqaddimah dan sodaqollah nya.
Boleh cuba ya.
Saya ada kongsikan dalam buku Panduan Pengajaran Kemahiran Menggunting tetapi buku telah sold out, namun ada dalam bentuk CD yang boleh ‘print’ banyak kali.
Boleh dapatkan CD tersebut.
Boleh lihat juga di www.mahfuzahzainol.com
Tambahan soalan.
Bila boleh perkenalkan gunting kepada anak?
Seawal umur 2 tahun setengah. Atau 30 bulan. Boleh guna gunting yang plastik dan tidak berbahaya untuk demostrate pergerakan jari menggunakan gunting.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI