Berikan perhatian kepada batuk anak berpanjangan tak sembuh-sembuh, dada berombak dan mencungap. Bimbang ia batuk serius dan kronik. Periksa 8 tanda ini!

Bila anak batuk, ibu bapa tentu susah hati. Apatah lagi jika batuk yang berpanjangan. Menurut Dr Mohamad Nazir Abu Bakar, Pakar Pediatrik SALAM Shah Alam Specialist Hospital mengenai keadaan ini.

Beri Perhatian Bila Batuk Anak Berpanjangan, Dada Berombak & Mencungap? Periksa 8 Tanda Batuk Serius Ini

Batuk ialah keadaan yang berlaku apabila terdapat masalah atau gangguan pernafasan. Demam selesema adalah antara punca utama batuk berlaku di kalangan kanak-kanak. Batuk juga boleh disebabkan oleh punca lain seperti jangkitan pada bahagian pernafasan atas atau kerongkong, alahan, asma, batuk kokol, jangkitan sinus dan batuk kering.

Namun, batuk yang tidak kronik akan sembuh. Anda perlu tahu bahawa batuk adalah satu refleksi sihat yang membantu mengeluarkan lendir daripada saluran pernafasan. Ia dapat menghindarkan jangkitan kuman kepada tekak dan paru-paru.

Pada masa yang sama, batuk juga merupakan refleksi pertahanan tubuh manusia apabila berlaku ketidakseimbangan sistem badan. Adalah normal jika anak anda mengalami batuk sebanyak enam hingga tujuh kali setahun.

Apabila anak anda batuk, apa yang akan disoal doktor ialah sejarah keluarga kepada penyakit asma, pertusis dan sebagainya. Doktor juga akan bertanya mengenai persekitaran yang didedahkan kepada si manja setiap hari seperti taska, pusat penjagaan harian atau kediaman pengasuh.

Beri Perhatian Bila Batuk Anak Berpanjangan, Dada Berombak & Mencungap? Periksa 8 Tanda Batuk Serius Ini

CIRI BATUK SERIUS

Terdapat beberapa situasi ibu bapa perlu segera membawa anak menerima rawatan iaitu jika mempunyai anak berusia satu tahun ke bawah, demam, batuk dan selesema.

  1. Batuk yang menyebabkan anak sering tercungap-cungap.
  2. Nafas anak yang bergelora dan dadanya berombak.
  3. Mengalami kesukaran untuk bernafas.
  4. Susah untuk mendapatkan tidur yang lena kerana kerap batuk/
  5. Nafas berdehit/ berbunyi
  6. Batuk dan demam/ selesema teruk yang tidak sembuh selepas lima hari.
  7. Batuk dan demam/ selesema sehingga menyebabkan anak tidak aktif dan mengalami kesukaran bernafas.
  8. Batuk,selesema disertai demam berpanjangan melebihi 38° Celsius bagi berumur 6 bulan ke bawah dan melebihi 39° Celsius bagi bayi berumur bawah setahun.

Beri Perhatian Bila Batuk Anak Berpanjangan, Dada Berombak & Mencungap? Periksa 8 Tanda Batuk Serius Ini

IKLAN

BEZA JENIS BATUK

1.ASMA

Batuk yang dialami disebabkan oleh serangan asma selalunya berlaku semasa demam. Batuk kerana asma akan berlarutan dan seringkali berulang. Pesakit akan mengalami batuk apabila terdedah kepada suhu sejuk, pada waktu malam, emosi menangis dan ketika melakukan aktiviti lasak.

IKLAN

2.JANGKITAN KUMAN

Sekiranya anak yang batuk mengalami nafas berdehit atau berbunyi, batuk tersebut berkemungkinan disebabkan oleh jangkitan kuman pada organ pernafasan bawah (lower respiratory infection) seperti pneumonia, bronkitis dan broncholitis.

3. PERTUSIS

Pertusis atau whooping cough juga dikenali dengan nama batuk kokol. Ia dinamakan sempena bunyi batuk yang kuat “kong, kong, kong”. Batuk kerana pertusis ini tidak mengeluarkan kahak dan ia kering sehingga menyakitkan tekak.

Beri Perhatian Bila Batuk Anak Berpanjangan, Dada Berombak & Mencungap? Periksa 8 Tanda Batuk Serius Ini

Ujian darah akan dilakukan ke atas si manja untuk menentukan infeksi yang kronik. Jika ibu bapa menghadapi kemusykilan dan buntu anak mengalami batukterlalu lama dan tidak kunjung reda, bawa mereka mendapatkan pemeriksaan pakar pediatrik dengan segera.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI