Penyusuan susu ibu sahaja sememangnya tidak mampu mengelakkan daripada terkena sebarang penyakit. Memang susu ibu menguatkan antibodi tubuh badan anak tetapi ia tetap tak sama seperti pengambilan vaksin.
Dr Aimi Jaafar menjelaskan hal ini. Jangan ada ibu-ibu yang pandang mudah dengan hal ini. Susu ibu sahaja tak mencukupi buat anak kita!
VAKSIN UNTUK UP KAN IMMUNE?
Ada salah faham mengenai vaksin yang saya rasa saya kena cerita sikit.
Vaksin adalah sangat spesifik di mana strain virus / bakteria akan dimasukkan ke dalam badan, dan badan akan menjana antibody yang spesifik terhadap virus / bakteria tersebut.
Jadi kalau ada virus / bakteria yang divaksin itu datang menyerang badan, badan dah kenal virus / bakteria itu dan boleh melawannya. Sama ada badan akan boleh lawan secara total, ataupun dapat juga symptom tapi tak seteruk biasa.
Itulah konsep vaksin.
Menyusu badan, makanan sihat, prebiotic semua pula, memang lah sangat penting untuk menguatkan system pertahanan badan secara umum.
Penting untuk badan kuat dan melawan kuman virus dan bakteria yang biasa-biasa, yang tidak ada vaksin, yang jauh lebih banyak dan sering jangkit berjangkit. Tetapi ia tidak spesifik seperti vaksin.
Harap faham ya.
Kredit: Aimi Jaafar