Setiap kali tibanya hari minggu ataupun musim cuti, ramai ibu bapa yang mengambil peluang ke pusat membeli belah untuk membawa anak-anak bermain di taman permainan tertutup(Indoor Playground). Mungkin lebih selesa kerana mempunyai penyaman udara dan tidak panas. Dalam masa yang sama memudahkan ibu bapa untuk membeli barang keperluan yang diperlukan. 

Lain pula kisahnya bagi Puan Nazirah, beliau telah berkongsi pengalaman dimana kebersihan tidak diutamakan oleh pihak tertentu ditempat tersebut dan boleh membahayakan kesihatan anak-anak lain.

Beringat Sebelum Terkena! Ibu Ini Kongsi Kisah Indoor Playground Dalam Pusat Beli-Belah

Kenapa Saya Sudah Tidak Memilih Tempat Ini Sebagai Lapangan Mainan Anak.

Ads

Hujung-hujung minggu macam ni, saya tengok ada mak ayah yang bawak anak-anak pergi main di mall-mall. Pesanan saya, tengoklah tempat tersebut. Takut-takut ada najis dan tak bersih.

Dulu kami suami isteri kerap bawak anak-anak pergi ke tempat-tempat mainan macam ni. Sebabnya? Anak-anak suka (budak-budak memanglah suka kan), Tempat macam ni ada dalam mall, jadi tak panas, senang kami nak tunggu, agak-agak lapar boleh terus makan di kedai-kedai berdekatan.

Tapi sejak tahun lepas kami dah tak bawak lagi. Sebabnya?

Ads

1) Kami tengok sendiri seorang kanak-kanak kencing dalam lautan bola ni. Lepas tu dia lap-lap saja telor dengan bola. Alamak, agaknya dia tak tahan kot. Suami saya bagitau ayah budak tu dia marah-marah saja anak dia. Tapi tak bagitau pekerja. Kami panggil pekerja, rupanya dia hanya mop saja kawasan yang kena kencing dan masih lagi bukak area tu. Sedangkan bola-bola banyak dah yang terkena. Walaupun kita dah cakap najis tapi tetap dibukak, jadi kami ambik keputusan keluar terus. Kami serik!

2) Ada anak yang selsema, “seh” hingus (seh ni bahasa KL hembuih kot) dan tenyeh saja hingus tu di dinding gelongsor. Which is tak bagus la. Boleh berjangkit kot.

Ads

Atas sebab tu kami dah jarang sangat bawak ke playground dalam mall. Nak main bawak ke taman. Bawak gerek. Main la puas-puas kot tepi tasik ka, mana-manalah.

Saya takmau sebut nama tempat tu, cuma hati-hatilah. Beringat sebelum kena. Kalau anak tak sihat tak payahlah bagi campur dengan orang lain. “Peduli apa anak orang, bukan anak aku, yang penting anak aku seronok” Kalau ada yang pikir macam ni, jangan marah kalau penyakit anak orang berjangkit kat anak kita satu hari nanti. Zaman sekarang Allah uji cash. Allahul musta’an. Selamat berhujung minggu.

Sumber: Nazirah Nur Mukmin

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI