Antara mudahnya berlaku penyebaran virus penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) yang semakin meningkat kebelakangan ini iaitu melalui alat permainan, tandas dan kain lampin.
Ibu bapa dan pengendali tadika perlu membersihkan alat permainan, tandas dan kain lampin yang telah digunakan oleh bayi atau anak-anak mereka bagi mengelak penyakit HFMD dari merebak.
Jumlah kes HFMD meningkat setakat Jun berbanding tempoh yang sama tahun lalu. 12 negeri menunjukkan tanda-tanda HFMD kecuali Johor, Sabah dan Sarawak.
Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Chong Chee Keong berkata kuman penyakit itu mudah berjangkit daripada seorang kanak-kanak kepada kanak-kanak yang lain menerusi alat dan barang permainan yang diguna bersama.
“Sudah tentu mereka perlu menjaga kebersihan di dalam rumah juga. Dengan andaian bahawa kanak-kanak suka bermain bersama-sama, adalah lebih baik jika ibu-ibu mengasingkan anak-anak mereka.
“Saya tahu memang sukar hendak mengasingkan kanak-kanak kerana memang sifat mereka suka bermain bersama-sama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Ketagihan Nikotin 2018 (KLNAC2018) di sini hari ini.
Persidangan dua hari yang bermula hari ini itu juga dihadiri Naib Canselor Universiti Malaya Datuk Ir Dr. Abdul Rahim Hashim.
Semalam, Menteri Kesihatan Dr. Dzulkefly Ahmad berkata jumlah kanak-kanak dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut di Pulau Pinang meningkat kepada 1,616 kes daripada 1,555 kes yang dilaporkan pada Jumaat.
Penyakit tangan, kaki dan mulut adalah sejenis penyakit yang berpunca daripada virus yang mudah berjangkit terutama virus Coxsackie A16 dan Enterovirus 71 (EV71) dan boleh merebak menerusi air liur, cecair luka dan najis.
Tanda-tanda penyakit
Tanda-tanda jangkitan termasuk demam, ruam dan bintik-bintik di tapak tangan dan kaki serta ulser pada mulut dan lidah, selain jangkitan pada saluran pernafasan atas dan sesak nafas.
Chong juga berkata semua negeri mencatat peningkatan dalam jumlah kes tetapi beliau tidak memberikan perinciannya.
Sumber: Bernama
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tidurlah Puas-Puas Sebelum Bersalin, Nanti Dah Ada Baby Memang Tak Cukup Tidur
Menjadi ibu bapa buat pertama kali memang mencabar kerana kita masih kekurangan ilmu tentang keibubapaan. Ibu bersalin memerlukan kekuatan emosi dan fizikal untuk menjaga si kecil ini. Sebab itulah peranan orang sekeliling seperti suami, ibu, ibu mentua dan keluarga amat penting.
Buat Tasha Manshahar, sebagai ibu muda dan pertama kali menjadi ibu dia mula merasai kepenatan tersebut walaupun masih dalam tempoh 17 hari berpantang. Tasha berkongsi perasaan tersebut di laman instagramnya.
Dia yang selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.5kg secara pembedahan. Tasha juga sempat berkongsi pengalam bersalin apabila terpaksa di induce sebanyak 3 kali namun jalan untuk bersalin secara normal tetap tidak terbuka dan akhirnya terpaksa memilih untuk bersalin secara pembedahan.
[Baca: 3 Kali Induce Tapi Tiada Bukaan, Rupanya Ukur Lilit Kepala Bayi Tasha Manshahar “Special” Sikit]
Day 17. Dalam fasa adaptation lagi. Banyak benda baru i belajar, and more to learn day by day. Tapi one thing lah, orang selalu pesan sebelum i bersalin dulu, “tidur la puas-puas sekarang, nanti dah ada anak mmg tak cukup tidur”. Which is…..VERY TRUE!
Sampai kadang-kadang nego dengan anak, “sayang, lepas minum susu ni, kita tidur kejap boleh? Kejap je. Mommy penat sgt harini. Please eh boleh eh eh eh.” Sambil lap airmata guna lengan baju ya nego tu hahahahahhahahahah kejadian ni baru berlaku siang tadi.
Yela, mmg ada hari kita macam extra penat kan. Sbb kalau malam alhamdulillah setakat ini, baby merengek nak susu atau nak tukar pampers je, lepastu dia lena sampai ke pagi. Kita je la kejap2 bangun nak tengok dia okay ke tidak.
Masih adapt. Dalam fasa trial and error. Maklumlah first time. Siapa pernah experience?
Tambahnya lagi, sokongan daripada suami dan keluarga sangat penting untuk memastikan proses penyembuhan itu cepat dan berjalan lancar.
Pagi tadi bawa baby M pergi check up dengan pakar pasal jaundice dia. Alhamdulillah lega bila doktor kata semua okay, cuma kena monitor je seminggu lagi Alhamdulillah ?♥️
Awal-awal baby menangis memang panic
Awal dulu kalau baby M nangis, mommy panic. Apa nak buat niiii, dia nak apa niiii. Tapi slowly mommy belajar, baby kan belum boleh express apa dia nak, jadi salah satu cara untuk dia bagitahu kita adalah melalui tangisan merdu ituhhh! ? Jadi tarik nafas, relax, and start checking. Either baby lapar, pampers dah penuh, atau dia rasa tak selesa (could be kembung, atau panas, atau terlalu sejuk, or apa-apa lah). Kena belajar dengan org2 yg expert jaga baby. Kalau dekat rumah ni, my mom and my sister mmg expert. Tenang je jaga baby. Salute!
Jika anda perlukan pertolongan, minta sahaja
Ada hari kita letih, esp kalau kita breastfeed baby. Bila letih sgt kita jadi stress, ditambah pulak dengan pressure lain. If you need help, pls ask for it. If you think you body can take it, go ahead. Tp kalau ada time, macam you betul-betul need some rest, please say it out. Tell your husband, tell your family members. Fasa berpantang ni mmg mencabar kalau kita tak happy. Dengan badan yang masih weak, dalam nifas lagi kan, macam-macamlah dugaan syaitan duk hasut itu ini. Support daripada family terutama suami, mak ayah, dan orang yang rapat sangat penting utk mempercepatkan healing process tu.
Kena banyak rest
Dr i kata, the faster we get back to our normal healthy lifestyle, the better. Memang kena banyak rest (walaupun sebenarnya bila jaga baby ni takde rest sgt pun haha), tapi elakkan terbaring tak buat apa-apa dalam jangka masa yang terlalu lama. Tapi kena ikut kemampuan badan masing-masing jugak tau. Alhamdulillah, i think my body is recovering well alhamdulillah alhamdulillah. Luka czer pun cantik doktor kata. Less than two weeks, i boleh buat house chores macam biasa. Cuma still kena hati-hati ya, sebab luka di dalam tak siapa yang tahu. Tibehhhhh! ?
Selamat berpantang kepada semua yang sama-sama sedang berpantang. Yang bakal bersalin, all the best! May Allah ease.
Rata-rata mengalami pengalaman yang sama ketika berpantang. Mereka juga berada di dalam situasi yang penat dan tidak dapat tinggalkan baby untuk lakukan urusan lain.
Untuk mama yang sedang berpantang atau bakal berpantang, mintalah pertolongan orang sekeliling jika memerluka. Fasa berpantang adalah fasa untuk mama berehat daripada penat mengandung dan bersalin. Selamat berpantang!
Sumber: Tasha Manshahar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sehari Hampir 300 Soalan Anak 3 Tahun Ke Atas Tanya. Kerap Tanya Otak Lagi Cerdik
Ada kajian yang menunjukkan kanak-kanak pada usia 3-4 tahun bertanya sehingga 288 soalan dalam sehari. Selain buat tak tahu atau jawab ala kadar, ada banyak perkara yang anda perlu beri perhatian dalam memahami psikologi di sebalik setiap pertanyaan mereka.
Menurut Dr Rozanizam Zakaria, bila anak bertanya soalan demi soalan jangan rasa rimas kerana waktu ini adalah masa sel-sel otak anak berhubung dan mereka mahu tahu semua perkara melalui pemerhatian dan persekitaran.
Tip untuk ibu bapa bersedia hadapi persoalan anak
- Setiap persoalan ‘kenapa ayah, kenapa ibu?’ bukan bertujuan menjengkelkan atau mengacau ibu bapa. Namun ia adalah petanda bahawa sel-sel otak mereka berhubung selari dengan perkembangan kognitif mereka pada usia 3 hingga 5 tahun. roses ini dipanggil ‘intuitive thoughts development’ pada fasa pre-operational (3-7 tahun).
- Persoalan bertujuan ‘connecting the dots’ – kanak-kanak hanya belajar tentang kehidupan melalui apa yang mereka lihat, dengar dan rasa. Setiap persoalan bertujuan menghubungkan apa yang deria mereka alami dengan konsep cara kehidupan berjalan. Ini merupakan asas kepada fasa perkembangan kognitif seterusnya dalam hidup mereka – concrete operational stage
- Jawab setiap persoalan anak anda berdasarkan usia mereka. Bukan berdasarkan keperluan soalan. Kalau mereka tanya ‘dari mana baby datang?’ – jawapan anak berusia 3 tahun tidak sama dengan anak 13 tahun. Gunakan setiap persoalan sebagai ‘chapter’ baru dalam ‘buku perkembangan’ mereka.
- Jangan hanya menjawab, tetapi ransang kreativiti mereka dengan sesekali bertanya mereka kembali untuk menggalakkan mereka berfikir.
“ayah kenapa atas ambulans ada lampu lip-lap?”
“adik rasa kenapa ya? Babah pun nak tahu la..”
- sekiranya soalan mereka tidak wajar atau tidak kena caranya, jangan marah atau tempelak mereka. Tetapi berikan alternatif atau jadikan persoalan tersebut sebagai point untuk mereka berfikir.
“kenapa orang tu gemuk abi?
“kalau orang kata macam tu kat ayah atau ibu, macam mana adik nak jawab?” “mesti adik kena kata, tak baik cakap pasal rupa orang, Allah tak suka..”
- Jangan takut untuk katakan tidak tahu. Jujur lebih baik dari anak anda mengetahui hakikat sebenar dari orang lain dan menganggap anda tidak jujur.
“abi pun tak tahu, apa kata nanti kita cari jawapannya sama-sama”
- Terus terang dengan perkara yang perlukan terus terang. Ada kalanya mereka akan ambil masa untuk memahami. Tetapi kejujuran anda menjadi titik tolak untuk mereka mula belajar. Terutama dalam keadaan yang berkait dengan kematian, perceraian dan ahli keluarga yang ditimpa penyakit.
- Galakkan anak anda untuk bertanya pada orang yang lebih tahu. Ia akan meransang mereka menjadi berani, pandai berkomunikasi dan lebih mengujakan. Contohnya anak anda bertanya pada anda di pasar,“ayah, kenapa ayam kat sini semua dah tak ada bulu?”
“apa kata adik tanya pakcik kedai ayam ni, dia mesti tahu rahsia kenapa ayam ni tak ada bulu”.
- Kalau masa dan ketika persoalan mereka tidak kena, terus terang pada mereka. Sentuh mereka, pandang pada mata mereka dan nyatakan kenapa.
“umi tahu kakak ada banyak nak tanya, tapi sekarang umi tengah cakap dengan auntie, apa kata kakak main dulu, bila umi dah habis umi cakap semula dengan kakak, boleh?”
Pastikan anda tepati janji.
- Kalau anak anda bukan jenis yang suka bertanya, cipta situasi yang meransang naluri ingin tahu mereka. Contohnya bila anda bercerita atau bacakan buku cerita, berhenti pada pertengahan cerita dan minta mereka teka apa sambungan/kesudahan cerita. Sekiranya mereka bermain, minta mereka cerita kembali apa mereka main dan tanyakan persoalan untuk mereka ‘expand’ imaginasi mereka.
Contohnya bila nampak mereka bermain jual-jual, tanyakan apa nama kedai mereka, pukul berapa buka, apa warna kedai ini, siapa yang selalu datang dan sebagainya. Ia juga mampu meransang sisi kreativiti mereka.
Sumber: Dr Rozanizam Zakaria
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ibu Terima, Kasih Sayang Tetap Sama” 3 Kali Detail Scan, Semuanya Okay. Hari Ke 5 Kelahiran Baru Tahu Segalanya
Tidak terduga apabila mendapat berita tentang bayi yang baru dilahirkan oleh ibu ini rupanya tiada penglihatan sejak lahir. Malah 3 kali detail scan yang dilakukan ketika kehamilan juga tidak mampu mengesan sebarang masalah pada mata bayi comel ini.
Segalanya baik-baik sahaja sehinggalah masuk hari ke-5 selepas kelahiran bayi ini. Segalanya berubah. Ikuti perkongsian ibu ini
Baca: “Ya Allah Panjangkan Umur Anakku.” Aafiyah Perlukan Rawatan Masalah Jantung Terbalik
Bismillahirrahmanirrahim..
Saya disahkan mengandung pada bulan Januari 2020. Rafeeq Zhakeef anak kedua. Ada sorang anak yang sulung, lelaki juga, Rifdan Zameer. Sepanjang mengandungkan rafeeq, alahan semua macam biasa, sama lebih kurang macam abg dia. kira flownya sama je. Cukup kandungan 26week, saya ada buat details scan. Tidak ada apa yang tak kena yang doctor detect. Semua baik-baik je.
Sepanjang saya pregnant pun, tak ada apa yang luar biasa, semua sama macam mengandungkan anak sulung, Rifdan. Saya tak ada kencing manis masa mengandung, tak ada darah tinggi. semuanya normal dan baik-baik sahaja.
Lilitan Kepala Janin Kecil Dibawah Graf Normal
Cuma masa kandungan masuk 36minggu, doktor ada detect lilitan kepala bayi sedikit kecil dibawah graf bagi ukuran lilitan kepala baby yang normal. Maka dari situ saya perlu refer ke hospital sebanyak 2 kali untuk melakukan details scan. Tapi memang tak ada apa yang perlu dirisaukan kata doktor. Seminggu sebelum tarikh bersalin, doktor sarankan saya untuk warded awal, untuk tempoh pemantauan dan diberi tempoh 4 hari untuk bersalin normal. Jika gagal bersalin normal, doktor akan minta untuk melakukan secara pembedahan Czer.
Dipaksa Bersalin
Rafeeq akhirnya dilahirkan secara Czer kerana percubaan bersalin normal gagal selepas jantung Rafeeq mula ada masalah selepas lebih 8 jam doktor pecahkan air ketuban. Tarikh 7 September 2020 (Isnin) jam lebih kurang 8.50pm, Rafeeq selamat dilahirkan secara Czer.
Bayi Dihantar Ke NICU, Menyusu Tapi Tak Buka Mata
Selepas bersalin, Rafeeq terus dimasukkan ke NICU kerana doktor perlu memantau pernafasan baby. Ketika itu pernafasan Rafeeq laju dan memerlukan bantuan pernafasan. Tapi Alhamdulillah, Rafeeq stabil cuma memang ditahan di NICU dan ketika itu saya diward selepas bersalin. Hari pertama dan hari kedua di ward, saya memang nampak tak ada yang tak normal pada Rafeeq.
Saya melawat Rafeeq sehari 2 kali (Pagi dan petang) itu pun untuk menyusu sahaja dan masanya sangat terhad dengan keadaan Covid-19 ketika itu, masih berjaga-jaga. Sepanjang 2 hari, 4 kali menyusukan Rafeeq, akak tak nampak dan tak teliti apa yang tak kena pada bayi.
Semuanya dalam keadaan baik, masa menyusu bayi tidur dan tak buka mata.
Masa lahir doctor memang check baby macam biasa. Dalam tempoh dua hari, memang doctor kata belum nampak baby bukak mata. Mata belah kiri ada bukak sikit dan mata belah kanan tak bukak langsung. Awal-awal tu doctor memang bagi masa baby bukak mata dengan natural.
Hari ke-3
Masuk Hari ketiga warded, Pagi (10 September 2020) Doktor Pakar Kanak-Kanak, Dr. Goh menghubungi suami saya untuk berjumpa dengan kami berdua pada jam 5 petang. Kami ke NICU seperti yang diminta untuk berjumpa Dr.Goh.
Dr.Goh memberitahu mereka detect abnormal pada baby. Tapi masa tu masih belum jelas lagi yang Dr.Goh ceritakan. Dia banyak bertanyakan latar belakang dan salasilah keluarga kami, kedua-dua belah keluarga saya dan suami. Dalam perbincangan tersebut juga, Doctor ada tanya tentang environment pekerjaan jika ada terlibat dengan environment chemical. Dan awalnya, Doctor hanya minta doa yang baik-baik.
Doctor menjelaskan tentang situasi Rafeeq dimana sesuatu yang abnormal pada bayi iaitu mata, lilitan kepala dan titik lengkuk pada tulang belakang bayi. Ketika itu saya dan suami hanya mampu doa yang baik-baik sahaj. Kami tak terlintas bahawa bayi kami tiada penglihatan mata.
Hari Ke-5
Masuk hari ke-5, Rafeeq masih di NICU dan saya sudah discharge. Doktor Pakar Kanak-Kanak menghubungi sekali lagi untuk membuat conference antara saya dan suami, doktor pakar kanak-kanak dan doktor pakar mata.
Hari kelima, baru lebih details dan terperinci yang doc terangkan tentang Rafeeq. Masa conference dalam bilik meeting dalam ward NICU, doc pakar kanak kanak cerita lebih lanjut tentang Rafeeq. Tentang 2 perkara yang lain yg abnormal. Lilitan kepala dan lengkuk di tulang belakang.
Doktor ada beritahu yang mereka hantar sample darah untuk buat ujian kormosam (ujian genetik) untuk beberapa sindrom yang berkaitan dengan mata, kepala dan tulang belakang. Dan bila doctor alihkan pada penerangan doctor mata.
Doctor mata menerangkan yang pembentukan mata Rafeeq terganggu dan mata sebelah kanan Rafeeq bersaiz kecil (mikro) kemungkinan tanpa bebola mata dan mata sebelah kiri kelihatan ada bebola mata tapi pembentukan anak mata terganggu.
Doctor pakar mata Hospital Taiping memaklumkan pada kami suami isteri, yang Rafeeq memang tiada harapan untuk melihat.
Kami suami isteri tergaman (speechless) saling berpandangan.. dan masa tu cuba ada kekuatan bertanya “tidak ada apa cara ke untuk bantu anak saya”. doctor hanya memberitahu usia Rafeeq lebih 6 bulan boleh/akan refer ke pakar mata Hospital Kuala Lumpur untuk pembedahan kosmetik sahaja. (cantikkan keadaan mata).
Masa tu kami suami isteri maklum, memang penglihatan Rafeeq tak ada. Masa tu memang tak ada kata-kata penyambung.. diam je.. sepi.. saling berpandangan.. keadaan masa tu.. macam tak percaya pun ada kami yang hadapi situasi tersebut.. cuma.. tersentak.. bila salah sorang doctor kanak-kanak mula bersuara dengan nada yang sangat pada kami “bermotivasi”.
Ayatnya “ibu, ayah, satu kekurangan anak, tidak bermakna dia hilang segala fungsi, kita masih perlu ajar dan didik anak, ajar berjalan, ajar memegang, ajar segala tentang kehidupan. Ibu ayah jangan risau, kita sama-sama bantu untuk mengajar dan memantau perkembangan anak”
Dan selepas itu, nurse tolak masuk cot baby, dan tunjuk Rafeeq kepada kami. Dengan kuasa Allah swt, segala perasaan sedih risau semua tadi, hilang. Yang ada dalam diri kami kekuatan, “InShaAllah, kami boleh menjaga mendidik anak ini sedaya kami”.
Penyebab itu doctor tak boleh nak sahihkan, sebab boleh jadi pelbagai sebab. Yang doctor ada terangkan kemungkinan sahaja sebab-sebab terjadinya. Kemungkinan yang doctor ada bincangkan:-
1. Genetik – faktor keturunan, untuk mengesahkan faktor ini yang doctor ambil sample darah baby untuk melalui ujian kormoson.
2. Jangkitan kuman – untuk jangkitan kuman ni, doctor menilai dalam tempoh saya mengandung ada tak terlibat dengan bahan bahan chemical (sebab itu yang doctor tanya environment kerja) – (Suami isteri tak terlibat dengan kerja chemical)
Untuk 2 faktor ini, ikut result yang doctor bagi pada kami, kedua-dua nya negative. Maksudnya, Rafeeq lahir tanpa penglihatan bukan faktor keturunan/sindrom atau jangkitan kuman.
Doctor pun tak boleh nak sahihkan faktor utamanya. Allahu’alam..
Baca: “Damailah Suamiku, Ramai Doakan Awak.” Perginya Wira Negara & Ayah 4 Anak
Kami terima semua ni secara perlahan-lahan dan Alhamdulillah. Kata-kata semangat dari semua orang, mak abah, adik beradik, saudara saudara, kawan kawan.. memberi kami kekuatan dan keyakinan yang Rafeeq akan baik-baik sahaja. Risau akan masa depan itu ada, tapi kami letak terus kepercayaan kepada Allah swt yang mana sehebat hebat perancang.
Rafeeq Zakheef adalah satu bentuk rezeki buat kami yang mana kami sedar, kami perlu jaga dan asuh sama seperti abangnya, Rifdan Zameer. Kami akan sentiasa bagi kata-kata positif bila dia dah besar nanti, beri kasih sayang sama banyak dengan yang lain dan dia perlu yakin dengan diri sendiri kerana masing-masing ada kelebihan masing-masing.
Rafeeq Zakheef, bermaksud “yang baik, yang membanggakan”. InShaALLAH, Rafeeq anak yang baik anak yang akan membanggakan umi abi dan keseluruhannya. Rafeeq anak yang hebat. Ramai yang sayangkan rafeeq. Jadi anak soleh ye, berbakti dan memberi manfaat yg baik untuk semua. Allah SWT ada dengan kita.
Kredit: Rozaila Radzali
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI