Kebanyakan bakal ibu pasti akan berasa teruja apabila perut anda sudah naik baby bump, kan? Saat ini juga merupakan waktu yang paling best untuk anda berkongsi foto atau video perubahan saiz perut anda bulan demi bulan di laman sosial. Pun begitu, ada wanita yang tidak suka dengan bentuk badannya ketika sedang hamil. Nak tahu kenapa? Jom ikuti artikel ini!
Kehamilan & perubahan bentuk badan
Kehamilan sememangnya akan menyebabkan perubahan pada badan anda. Bergantung kepada individu, ia sudah pasti akan menyebabkan rasa yang tidak selesa. Selepas bersalin pula, badan wanita akan mengambil masa yang lama untuk kembali ke keadaan asal, atau tidak langsung boleh kembali langsing bak kerengga seperti zaman muda-muda dulu.
Walaupun perubahan ini semula jadi dan semua wanita yang hamil akan mengalaminya, ada wanita yang tidak dapat menerimanya. Ini kerana mereka berasa insecure dengan diri sendiri terhadap persepsi orang lain. Seharusnya, ini tidak terjadi kepada bakal ibu. Sepatutnya, anda menghargai saat kehamilan anda. Anda perlu tahu bukan semua wanita berpeluang melaluinya.
Jadi, apa yang bakal ibu perlu lakukan untuk lebih menghargai saat-saat bayi anda berada dalam kandungan anda?
Ads
5 cara menghadapi isu bentuk badan semasa hamil
#1. Ingat bahawa pertambahan berat badan adalah normal
Menurut Amanda Butler yang merupakan jurulatih kecergasan Aaptiv, melihat diri anda semakin gemuk atau besar dari ke hari adalah sangat menakutkan walaupun ia adalah satu perubahan yang normal, seperti sedang mengandung.
Manakala menurut Sia Cooper yang merupakan jurulatih peribadi kecergasan wanita, kebanyakan kita memang mempunyai isu bentuk badan sejak awal lagi. Kehamilan pula sudah pasti akan mengeruhkannya lagi!
Disebabkan ini, wanita yang sedang hamil akan lebih tertekan untuk menjaga berat badannya. Ini sepatutnya tidak perlu berlaku kerana pertambahan berat badan wanita semasa hamil adalah sangat normal. Jadi, cuba untuk tidak terlalu bimbang tentangnya, ya?
Ads
#2. Jangan terlalu bergantung kepada skala
Apakah maksudnya? Kebanyakan wanita pasti akan berasa takut akan risau setiap kali melihat nombor pada penimbang berat. Semasa hamil, kebimbangan ini akan menjadi lebih teruk. Sewajarnya, anda tidak perlu bimbang mengenai nombor ini. Anda harus faham bahawa setiap individu adalah berbeza. Jadi tiada istilah berat badan yang normal atau tidak semasa hamil. Untuk lebih kepastian, dapatkan khidmat nasihat daripada doktor.
#3. Jangan membandingkan diri anda dengan bakal ibu yang lain
Ini ada sangat penting. Anda perlu tahu bahawa keadaan kehamilan setiap ibu adalah berbeza. Begitu juga dengan saiz badannya. Mungkin jika dia baru mengandung anak pertama atau dia memang seorang kurus, maka perutnya mungkin tidak terlalu jelas. Lain pula kisahnya jika dia memang seorang yang berbadan besar. Oleh itu, jangan sesekali membanding diri anda dengan bakal ibu yang lain tau!
Ads
#4. Sentiasa kelilingi diri anda dengan orang yang positif
Bukan sahaja anda, orang di sekeliling anda juga perlu sentiasa bersikap positif terutamanya suami anda. Sebagai suami, jangan sesekali mengejek pasangan anda yang semakin meningkat berat badannya kerana hamil. Ingatlah bahawa mereka sudah berkorban masa selama 9 bulan untuk melahirkan zuriat keturunan anda sendiri, ya?
#5. Lakukan senaman untuk kekal kuat fizikal & mental
Paling penting, jangan terlalu pasif semasa kehamilan. Kadangkala, tidak salah jika anda keluar rumah dan lakukan senaman yang ringan, bukan? Ia sudah pasti akan menguatkan lagi fizikal dan mental. Namun, jangan pula sampai bersukan lasak pula! Cukup sekadar mengeluarkan peluh dan membiarkan minda anda lebih tenang dengan melihat persekitaran di luar rumah.
Konklusinya, tiada apa yang perlu anda bimbangkan tentang bentuk badan anda semasa hamil. Tanamkan dalam diri anda bahawa ia adalah perkara yang sangat normal. Anda juga sepatutnya berasa bangga dengan baby bump anda. Pada pendapat penulis, ia sangat comel dan tidak semua wanita berpeluang merasainya. Oleh itu, berbanggalah wahai wanita!
Anda mungkin biasa mendengar istilah ‘makan untuk dua orang’ bagi ibu hamil. Walaupun istilah ini berniat baik untuk menggalakkan ibu hamil makan dengan mencukupi, tetapi makan berlebihan atau untuk dua orang secara literalnya boleh menyebabkan peningkatan berat badan berlebihan yang berbahaya kepada ibu hamil dan bukanlah sesuatu yang disarankan doktor.
Kehamilan dan penyerapan nutrien
Tubuh anda menjadi lebih cekap semasa mengandung dan dapat menyerap lebih banyak nutrien yang anda makan. Oleh itu memakan dua kali ganda tidak menggandakan peluang anda untuk mempunyai bayi yang sihat – sebaliknya, ini boleh menyebabkan berat badan yang berlebihan, yang boleh menyebabkan risiko komplikasi kehamilan.
Peningkatan berat badan dalam kehamilan telah dikaitkan dengan komplikasi kehamilan seperti berikut:
-Kencing manis
-Sakit belakang
-Tekanan darah tinggi
-Keperluan pembedahan Cesarean kerana bayi besar
-Keperluan nutrien ibu hamil
Walaupun terdapat garis panduan yang berbeza, jika anda mempunyai berat badan yang sihat kebiasaannya, anda memerlukan:
Trimester pertama: tiada kalori tambahan diperlukan
Trimester kedua: kira-kira 350 kalori tambahan sehari
Trimester ketiga: kira-kira 450 kalori tambahan sehari
Jika anda mengalami berat badan berlebihan atau kurang berat badan, anda memerlukan lebih atau kurang daripada panduan ini bergantung kepada matlamat berat badan anda.
Pertambahan kalori yang anda perlukan ini hanya memerlukan beberapa gelas susu rendah lemak dan segengam kuaci atau sandwic untuk menambah kalori yang cukup pada trimester terakhir. 300 kalori sebagai contoh bersamaan dengan sepotong roti gandum penuh dan satu sudu jem.
Jika anda hamil dengan kembar, anda memerlukan lebih banyak kalori daripada yang disebutkan. Keperluan kalori anda juga bergantung kepada aktiviti harian anda. Ibu hamil yang sangat aktif iaitu dengan 1-2 jam atau lebih aktiviti seperti berjalan, berenang dan mengayuh basikal memerlukan sehingga 2,565 kalori sehari berbanding ibu hamil biasa hanya 2,180 kalori sehari pada trimester ketiga.
Sementara itu, peningkatan berat badan yang tidak mencukupi boleh menyebabkan kelahiran pramatang dan masalah perkembangan bayi dalam kandungan. Oleh itu, berpada-padalah dalam pemakanan sewaktu hamil. Jangan berlebihan mahupun tidak mencukupi.
Peranan ibubapa mendidik anak-anak dan menerapkan keberanian dan semangan kesukarelaan adalah suatu tugas yang penting. Seorang juara adalah diasuh dengan pemikiran dan minda juara.
Saksikan kisah “Hero Cilik” dalam Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, Rabu ini, 29 Julai, jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124.
#PaMaJourneyBersamaSchAwaLara #AstroRia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kesukaran untuk anak kedua atau seterusnya sering dihadapi sesetengah pasangan. Anak pertama berupaya hamil dengan mudah, tetapi bila anak kedua, ketiga atau seterusnya, mama jadi sukar untuk hamil. Kenapa ye?
Ada yang mengadu kitaran haid tidak menentu walhal sebelum ini tiada masalah. Ada kala tiada haid, haid yang singkat dan ada waktunya haid keluar berketul-ketul. persoalannya adakah masalah kitaran haid ini yang menjadi punca sukar untuk mendapatkan cahaya mata?
“SECONDARY INFERTILITY” ATAU MASALAH KESUBURAN SEKUNDER
Menurut Dr Norintan Zainal Abidin Shah, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Hospital Columbia Asia Seremban, keadaan ini sebagai “secondary infertility” atau masalah kesuburan sekunder. Ia berlaku apabila seseorang wanita mendapati dirinya sukar untuk hamil semula setelah mengalami satu atau lebih kehamilan atau keguguran.
Bagi mengesan punca, pasangan suami isteri perlu hadir sendiri ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan dan penyiasatan yang melibatkan ujian asas sebelum memberi ubat subur kepada pasangan yang bermasalah.
“Saya ingin menekankan bahawa haid yang tidak teratur bukan bermakna seseorang wanita itu tidak menghasilkan telur atau benih. Tetapi haid yang tidak teratur mungkin bererti telur atau benih yang dihasilkan adalah secara rambang sehingga menyebabkan pasangan sukar untuk menentukan bilakah waktu subur untuk mengadakan hubungan intim bersama suami,” kata Dr Norintan.
Sebanyak 33% pasangan lulus ujian kesuburan tetapi masih belum hamil dikenali sebagai unexplained infertility.
GUNAKAN KIT OVULASI
Wanita yang menghadapi masalah untuk mengira atau menentukan hari subur bolehlah menentukan waktu subur menggunakan kit ovulasi yang asli untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat!
Jika kit menunjukkan anda tidak mempunyai ovulasi (waktu subur), doktor boleh melakukan pemeriksaan imbasan atau “transvaginal ultrasound” untuk memeriksa keadaan ovari dan memantau pengeluaran telur (dominant follicle). Pemeriksaan mungkin kerap jika doktor ingin memastikan telur tadi berkembang dan seterusnya matang.
PERLU JALANI PEMERIKSAAN DARAH
Kegagalan untuk menghasilkan sebiji dominant folliclememerlukan pemeriksaan darah yang dikenali sebagai hormonal assay untuk memastikan pesakit sebegini tidak mengalami masalah-masalah seperti;
Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Hyper atau hypo-thyroidism
Hyperprolactinemia.
Doktor akan juga memastikan wanita terbabit tdiak menghidap kencing manis. Jika ada, ia wajib dirawat dan distabilkan sebelum cuba untuk hamil.
FIBROID, CYST & POLYP PENGHALANG HAMIL
Selain itu, masalah fibroid dan ovarian cyst selalunya menjadi penghalang kehamilan. Lebih-lebih lagi jika ovarian cyst tadi merupakan endometrioma atau endometriosis kerana ianya menurunkan kadar kesuburan kepada 20 hingga 30%!
Manakala endometrial polyp pula menyebabkan dinding rahim tidak sesuai untuk kehamilan. Ujian hysterosalphingogram (HSG) untuk memeriksa salur Fallopian.
Jika kedua -dua salur Fallopian didapati tersumbat, pesakit akan dirujuk ke Unit IVF di Hospital yang mempunyai Unit Infertiliti. Namun sekiranya kedua-dua atau salah satu salur Fallopian normal tersumbat, ujian air maninya akan dilakukan kepada suami.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara Mira Filzah mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi foto terkini dengan ‘baby bumpnya’ yang kecil meskipun usia kandungannya sudah mencecah tujuh bulan.
Menerusi instagramnya, Mira atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, memuat naik foto terkini tersebut untuk tatapan umum.
Malah seorang jurusolek selebriti terkenal, Yna Sakinah turut berkongsi foto terkini ketika selesai menyolek wajah pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu di akaun instagram miliknya.
“Alhamdulillah kandungan dah masuk 7 bulan. Sekarang Kina pun dah start borak pasal mak-mak je.
“Semoga mama Mira dan baby sihat walafiat. Dipermudahkan urusan bersalin. Amin,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Sementara itu, diruangan komen foto Mira, ramai yang teruja melihat seri ibu mengandung dan perutnya yang comel itu.
“Cantiknya..berseri preggy mommy..”
“Aaaaa baby bump so cute laaa..”
“Alooo perut cute betul, masyaAllah..”
“Patut la orang tak nampak perutnya..sampai nak beranak dah pun..untunglah perut kecil..”
“Ya Allah 7 bulan dah. Alhamdulillah. Moga sihat sempurna selamat hendaknya, dan dipermudahkan segalanya..”
Tidak kurang juga ramai yang berseloroh membandingkan keadaan mereka sewaktu hamil tujuh bulan dengan keadaan perut Mira sekarang.
Bukan itu saja, walaupun tinggal beberapa bulan je lagi fasa kelahiran bayi, bentuk badan Mira tak banyak berubah. Nampak maintain je dari sebelum hamil hingga dah makin dekat due.
Kredit: IG Mira Filzah & IG Yna Sakinah
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.