
KUALA LUMPUR, 15 Ogos 2018: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa mulai hari ini, pendaftaran untuk Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) boleh dibuat, dan mereka yang layak boleh mendaftar sebagai ahli KWSP untuk menyertai i-Suri dengan mengunjungi mana-mana 67 cawangan KWSP di seluruh negara.
Suri rumah, balu dan ibu tunggal yang profilnya didaftarkan di Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih), boleh menyertai i-Suri dan membuat caruman minimum sebanyak RM5 setiap bulan ke dalam akaun simpanan persaraan mereka bagi melayakkan mereka menerima insentif Kerajaan sebanyak RM40 setiap bulan yang akan dimasukkan ke dalam akaun KWSP mereka.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP (Operasi) Dato’ Mohd Naim Daruwish berkata, “Pembukaan pendaftaran i-Suri hari ini adalah berikutan pelancaran Insentif Suri Rumah oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Persidangan Keselamatan Sosial Antarabangsa KWSP 2018 minggu lepas.
“Individu yang menepati kelayakan dan membuat pendaftaran i-Suri akan menikmati manfaat yang sama seperti ahli KWSP, seperti dividen tahunan ke atas simpanan persaraan, Pengeluaran Umur 50, 55 dan 60, Bantuan Hilang Upaya, dan Bantuan Kematian. Ini adalah sebagai tambahan kepada insentif Kerajaan sebanyak RM40 setiap bulan.”
Menurut statistik eKasih, seramai 221,890 suri rumah, 98,536 balu, dan 28,116 ibu tunggal dari segmen masyarakat miskin tegar layak menerima insentif Kerajaan tersebut setelah mendaftar untuk i-Suri.
Untuk maklumat lanjut mengenai eKasih, sila hubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MGCC) di 03-8000 8000, dan untuk penjelasan mengenai produk dan perkhidmatan KWSP, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di 03-8922 6000 atau rujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau kunjungi mana-mana cawangan KWSP seluruh negara.
Sumber: KWSP
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Kongsi Cara Dilakukannya Ketika Positif Covid, Kuarantin Di Rumah & Kembali Sihat

Kini tak kira sesiapa pun berisiko untuk positif Covid-19. Kadang-kadang kita tak tahu pun siapa pembawa. Bila diri rasa tak sihat jangan bertangguh untuk dapatkan rawatan kerana ia boleh jadi lebih teruk.
Bagaimanapun, perkongsian dari Aini Shafinaz mengenai pengalamannya yang positif Covid boleh dijadikan panduan. Berikut antara cara yang dilakukannya sepanjang kuarantin di rumah untuk memastikan kesihatan bertambah baik.
SAYA POSITIVE COVID-19! Macam mana tau covid-19?
2/8 – Demam, batuk & selsema.
5/8 – Buat PCR test kat klinik.
6/8 – Officially positive Covid-19!
Simptom – demam, batuk, selsema, hilang deria bau & rasa sempit dada. Takde contact rapat. Maybe ada dalam family yang jadi pembawa.
Apa nak buat kalau positive Covid-19?
1. Jangan panik, menangis, meraung segala. Tarik nafas sedalamnya dan bertenang.
2. Update MySejahtera. Pilih Helpdesk. Lepas tu, pilih Option F. Jawab soalan dan upload keputusan swab test. Status dalam MySejahtera akan tukar jadi merah selepas 1-2 hari.
Bila dah merah, kita kena isi health assessment 2 kali sehari sampai habis kuarantin. Dalam health assessment, kita kena jawab soalan dan isi suhu, SPO2, tekanan darah & kadar denyutan nadi.
3. Call atau whatsapp CAC daerah masing-masing. Ada CAC guna landline. Ada yang guna whatsapp sahaja. Lain CAC lain cara ya. Tujuan call CAC untuk dapatkan nasihat sama ada perlu hadir atau pun kuarantin di rumah.
Kalau perlu hadir, kena tanya boleh walk-in ataupun by appointment. Warga emas dan ibu mengandung, wajib ke CAC walaupun gejala ringan. Pengalaman sendiri di CAC Selangor, kena download app Selangkah & isi lagi sekali details kita termasuk berat, tinggi, tarikh vaksinasi (jika ada), tarikh swab test.
4. Nanti ada doktor dari KKM yang akan call untuk tanya keadaan kita. Kena alert dengan panggilan telefon ya.
5. Kalau rasa sesak nafas & oxygen bawah paras normal, terus ke hospital terdekat (Emergency). Jangan tunggu.

Apa yang kita perlu ada semasa kuarantin di rumah?
1. Thermometer
2. Oximeter – alat untuk check tahap oxygen dalam darah
3. Blood pressure monitor – alat untuk check tekanan darah & nadi. Beli yang ada adapter sekali. Kalau tak, jenuh ganti bateri.
4. Panadol
5. Ubat batuk
6. Ubat selsema
7. Cool Fever
8. Disinfectant spray – penting sebab kita nak sanitize ruang & permukaan. Contohnya bilik air, tombol pintu. Boleh beli spray gun ataupun Dettol spray tu.9. Disinfectant wipe – bila rasa malas nak spray, kita boleh guna tissue basah ni.
10. Hand sanitizer – kena rajin sanitize tangan.11. Face mask – kena pakai kalau ada antara ahli keluarga yang negatif covid-19.
12. Supplement – Saya just amik vitamin C(250mg) & habatussauda'(black seed oil). Masa sihat tak makan supplement pun sebab memang sejenis manusia yang payah nak telan ubat.

Alat no 1-3 beli di farmasi ya. Seeloknya semua orang dah ada alat ni. Home essentials.
Apa yang perlu kita makan?
Bila dah sakit ni memang tak ada selera. Tapi kena paksa makan untuk tenaga. Roti, sup, buah atau jus buah sesuai je buat alas perut. Ikut selera masing-masing. Asalkan makan.
Banyak minum air suam. Keep hydrated. Takpela ulang alik toilet pun. Tapi pastikan sanitize toilet lepas tu ya.

Lagi, apa nak buat dalam tempoh kuarantin/recovery?
Be positive dan kuat semangat! Semangat ni datang dari diri kita dan orang sekeliling.
Terima kasih semua yang sentiasa bertanya khabar, share tips2, bagi semangat, hantar makanan dan doakan saya & family. Saya akan ingat setiap orang ni.
Clear your mind. No work related matters. Kena betul-betul focus untuk recovery tanpa stress.
Untuk yang Muslim – solat, doa, baca Yasin, selawat Syifa dan amalan-amalan yang bagus untuk kita spiritually.
Disclaimer: Ni pengalaman saya sendiri. Mungkin tak sama dengan orang lain ya.
Pergi vaksin! Jangan overthinking cakap agenda yahudi la, mikrochip la, jadi zombie la. Kami satu family dah amik vaksin & walaupun ada yg tak complete 2 dos, alhamdulillah masih bergejala ringan.
Take care semua! Mencegah lebih baik dari mengubati. Ha gittew! Still in recovery mode,
Kredit: Aini Shafinaz
#covidfighter
Mama jom rileks jap, klik link ni!
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Semua Isteri Nak Jadi Suri Rumah, Tapi Dia Nak Tolong Suami. Jadi Suami Tolonglah Isteri Kat Rumah

Isteri, insan yang dicipta dengan sifat sangat teliti. Mereka mahukan kesempurnaan, mereka akan berusaha mencapai apa yang diinginkan. Namun kudratnya tak sekuat kudrat lelaki. Selepas medirikan rumah tangga, kehidupanya hanyalah ada suami, anak-anak dan keluarga. Penatnya, kudratnya dikorbankan untuk kebahagiaan keluarga. Mereka tetap memerlukan lelaki untuk membantu dalam urusan seharian.
Suami pula, tanggungjawab seorang lelaki yang bergelar suami bukanlah semudah menyebutnya bagi mereka yang sedar apa yang perlu di pikul di bahu mereka sebagai ketua keluarga. Dalam kehidupan berumah tangga, kunci kebahagian adalah hormat dan saling bekerjasama. Ikuti Perkongsian ini.
Tadi baca tentang pentingnya susu ibu kepada bayi, terus berkobar-kobar Alin nak menyusukan anak. Tak kisahlah kerja ke apa.. selagi boleh BF.. selagi tu aku nak beri pada anak.
Balik je kerja terus dukung anak bagi anak susu. Allahu..bahagianyaa tengok anak walau nak capai setahun dah kemain suka menyusu BF sambil goyang-goyang kaki dia. Allahu.. bestnya kalau dapat duduk rumah. Jaga anak.. hias rumah… Tapi.. gaji sekarang ni… Hmmm
“Penatnya…” Alin baru nak menghela nafas.. dia tengok pinggan tak berbasuh… Kain berbakul tak basuh.. yang dah basuh tak lipat… Lantai berpasir.. teringat pulak nak masuk rumah tadi depan rumah dah macam rumah tinggal kemain tinggi lalang…
Lagi sakit hati… Tengok suami duk goyang-goyang kaki main henpon. Walaupun dia tahu Af, suaminya bukan main game tapi sibuk bisnes online guna Panduan ZTH dan Viral Hero yang dia baru beli tu.. tapi rasa sakit hati tu tetap ada. Eh, aku ni penat tau..nak menyusu anak lagii… Mulalah rasa nak marah. Dengki kot tengok laki relax?
” Abang, kemas rumah sikit boleh tak? Dapur tu.. dah macam 10 orang duduk rumah ni berlumut basah.. kat luar rumah tu lalang panjang macam rumah nenek kebayan! Tu.. stoking tu takkan tak reti masuk bakul?? Bakul tu dah letak kat situ tinggal masukkan aje takkan tu pun nak ajar…pastu….”
“Jap, awak ni nak suruh saya buat yang mana satu?” Af ni pulak jenis straight to the point. Tak paham dia kalau bebel panjang ni.
“Hmm… ARGHHH!!!! STRESLAH!!” jerit Alin. Aduh. Apehallak bini aku ni??
Esok pagi Alin masam je muka.. hempasnya pintu sana..hempasnya pintu sini.
” Awak ni kenapa? Cuba la control sikit marah awak tu??”
Alin diam je.. terus start enjin pergi kerja. Tinggal lah Af dan anak terpinga-pinga.
Sampai ofis lepas hantar anak ke pengasuh..
Kawan Af, Asy tegur…
” Kau dah kenapa monyok je ni?”
Hmm..” Bini aku asyik marah-marah lah.. itu tak kena ini tak kena..”
Asy dengar dengan tekun..
Sebenarnya Af.. bini kau tu penat.
“Kalau penat rehat jelahh.. ni sibukkan situ sepah sini semak aduhh”
Perempuan… Macam mana pun suka rumah kemas.. bila penat..tengok rumah tak terurus.. serabut otak dia..
Maybe sebenarnya dia dah tak nak kerja.. nak duduk rumah..tapi stress sebab kena juga pergi kerja sebab komitmen?
Dalam otak dia tu Af.. dia nak buat macam-macam. Nak jadi yang terbaik. Nak jadi ibu yang terbaik… Pekerja terbaik…isteri terbaik… Tapi sebenarnya..perempuan tak boleh..
Sebab kudratnya tak sama macam kita, lelaki. Yang kuatkan mereka adalah mentaliti mereka saja. Akan ada masa mereka letih.. mereka tak mampu nak kawal emosi. Belum cerita part mood swings bulanan..
Kita ni.. selalu expect perempuan pandai masak..solehah.. pandai kemas..pandai cari duit.. penyabar… semua pandailah…
Padahal semua tu..sepatutnya lelaki yang buat. Isteri ni layan kita dan anak je.. pastu jalankan tanggungjawab wajib kepada Allah. Tu je.
Kita ni jahat Af.. jahat masyarakat ni. Expect macam-macam dari wanita.. tapi lelaki buat apa? Sepatutnya kita ni kena jaga mereka..bahagiakan mereka..didik mereka.. bukan jadikan mereka hamba!
Terdiam Af.. hmmm betul juga. Ada Alin kata dia teringin nak jadi surirumah.. tapi keadaan sekarang macam mana.. takut tak tertanggung dengan komitmen yang ada.
Af diam je bila Alin marah ke.. apa ke..dia buat je kerja rumah mana mampu.. dan dia tekun je dengan bisnes online dia. Takkisahla ZTH ke..Viral Hero ke.. USP Hero semua dia dapatkan dan buat. Satu je objektif dia… Dia taknak isteri dia kerja.
Hujung minggu tu.. Af upah 2 orang bibik untuk kemas rumah.. dia tengok Alin nampak lega dan happy sikit.
Lama-lama.. hasil kerja onlinenya tu.. dia dapat hasil dan simpanan yang jauh lebih baik dari zaman bekerja. Lalu dia suruh isterinya berhenti kerja.
“Eh, takpe ke bang? Macam mana komitmen semua?”
“Jangan risau.. semua tu dah ada backup. Duit bisnes online abang dapat lagi banyak dari dua gaji kita. So, awak tak payah kerja. Simpanan pun ada dah”
” Tugas awak.. jaga saya.. jaga anak.. jaga rumah.. dan doakan keluarga kita.. yang lain..saya setelkan. Awak bukan Superwoman.. saya kahwin dengan awak bukan sebab nak awak jadi Superwoman… Tapi nak awak jadi Pom Pom Girl saya… Supporter tegar saya sudah cukup. Itu lebih power dari Superwoman. Kebaikannya dapat dunia akhirat InsyaAllah.”
Tak terkata Alin. Terharu..
Hujung bulan Alin berhenti kerja.. tak tahu apa yang bakal jadi.. tapi dia gantungkan harapan pada Allah dan dia percaya kata-kata suaminya.
Alhamdulillah..sejak itu.. Alin jadi seorang yang sangat penyabar..selalu senyum dan sangat positif.
Kerja rumah memang panggil bibik. Masak? Af selalu masak bila dia tak sibuk. Kalau Alin penat..dia order je. Hias rumah? Tu semua kalau Alin nak buat.. biar je dia buat. Af bagi je duit. Asal Alin happy.. dapat jalankan tanggungjawabnya..sudahlah..
Sekarang baru Alin faham..
Wanita bukan Superwoman.
Wanita.. lebih dari itu.
Bila penat.. dia takkan mampu kawal emosinya. Tapi bila emosinya stabil.. dia dapat bantu support suaminya.. dapat jaga anaknya dengan baik… Kehidupan sekarang jauh lebih baik dari zaman bekerja..
Kerana dalam hidup.. bukan harta melimpah ruah yang kita kejar… Tapi Sakinah dalam rumah tangga.. dan berkah dalam hidup..
Jika banyak duit.. tapi bergaduh saja pun tak guna. Namun, bila berkah dan sakinah yang kita cari.. kita akan sentiasa ada sebab untuk kita syukurkan.
Firman Allah: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan TAMBAH nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.” (Surah Ibrahim, ayat 7)
Ajar ahli keluarga kita untuk bersyukur..untuk mencari berkah.. bukan cari nama..cari siapa lagi hebat..bini siapa paling cekap..
Kerana wanita bukan Superwoman..
wanita adalah Bidadari.
Sumber: Ticer Lin Talib
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sebenarnya Anak Tak Dengar Kata Sebab Salah Doa. Ini Nasihat Ustazah Siti Nor Bahyah

Wahai ibu sebenarnya bila anak tak dengar kata sebab salah doa dan ikuti nasihat Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood sebagai panduan dalam mendidik anak.
Mendidik anak-anak dalam dunia teknologi ini semestinya menjadi semakin mencabar. Banyak perkara yang seharusnya anak belum di dedahkan tetapi telah di dedahkan. Anak-anak jadi lebih ke depan tanpa mampu kita sebagai ibu bapa mengawalnya.
Namun sebagai ibu kita perlu ingat, anak-anak adalah amanah Tuhan kepada kita untuk dijaga dan diasuh dengan baik. Bagaimana sukar sekalipun atau besar cabarannya namun kita harus pikul tanggungjawab ini dengan baik. Perlu prihatin dan sedari setiap sudut agar kita tidak menyesal di kemudian hari.
Justeru, Dato’Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood ada menyentuh mengenai kesilapan setengah ibu-ibu dalam berdoa.
“Sebenarnya Ustazah tak nak sentuh mengenai kesilapan ibu-ibu kerana jasa ibu-ibu ini besar pengorbanannya. Namun semoga kesilapan ini kita diberi peluang oleh Allah SWT untuk terus perbaiki diri dalam mendidik anak-anak”.

Kurang berdoa
Ustazah Siti Noor Bahyah memberitahu bahawa, “adakah kita sebagai ibu ini berdoa sepenuh hati dan kasih sayang. Ini kerana kasih sayang seorang ibu tiada sempadan dan tiada noktah.
“Dalam hal ini, adakah kita berdoa kepada Allah dengan sepenuh jiwa kita dan membayangkan muka anak kala berdoa”, jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN [Jaga Anak Perempuan Tak Semudah Jaga Anak Lelaki. Tanggungjawabnya Besar!]
Beliau turut berkongsi pengalaman cara terbaik mendoakan untuk anak-anaknya, “Ya Allah jadikan anak ku Wan Muhammd Saifullah, seorang anak yang mudah mendengar, anak yang baik, anak daripada kecil tidak meninggalkan solat”.
“Apabila menyebut nama anak secara khusus kita boleh bayangkan muka anak dan fokus untuk anak itu sahaja.
“Begitu juga dengan anak seterusnya. Seperti mana kita sedia ketahui bahawasanya doa ibu ini ajaib. Perkataan ibu adalah merupakan doa. Doa ibu tiada hijabnya di sisi Allah.”
Moga cara doa yang khusus ini kepada anak, menjadi panduan buat kita semua untuk memperolehi anak yang mendengar kata, soleh solehah dan anak-anak cemerlang dunia akhirat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI