Berita Gembira Untuk Ibu Bapa Yang Bekerja. Pusat Jagaan Kanak-Kanak Di Setiap Agensi Kerajaan Menjelang 2019

Share

Rata-rata ibu bapa risau tentang anak-anak yang dihantar kepada pengasuh susulan kematian yang melibatkan bayi 5 bulan, Allahyarham Adam Rayqal yang didera dan disumbat ke dalam peti sejuk di rumah pengasuhnya baru-baru ini.

Ramai ibu bapa yang mempersoalkan tentang undang-undang kanak-kanak dan keselamatan anak mereka yang dihantar ke taska dan pusat asuhan. Susulan kes itu, pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Laman Rasmi telah mengambil langkah proaktif, perkongsian daripada Public Health Malaysia – Laman Rasmi;

Sidang media bersama YB Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh Tseow Suan bersama media di  KPWKM, Putrajaya.

Pusat Jagaan Kanak Kanak Di SEMUA Agensi Kerajaan.

1. Semua agensi kerajaan bakal miliki pusat jagaan kanak kanak menjelang Januari 2019.

2. Audit akan di lakukan untuk memastikan semua agensi kerajaan terutamanya bagi mereka yang bekerja secara syif menyediakan pusat jagaan kanak kanak.

3. Bagi sektor swasta, pengecualian cukai 10% selama 10 tahun akan di berikan kepada majikan yang mewujudkan pusat jagaan kanak kanak.

4. Mengkaji keperluan penubuhan Suruhanjaya Kanak-kanak

5. Cadangan menambahbaik Akta Kanak Kanak suapaya daftar kanak kanak sedia ada dapat di perkasakan.

6. Sistem daftar tersebut akan memastikan individu yang memiliki rekod jenayah seksual, rekod mahkamah dan polis tidak terlibat secara langsung dengan kanak kanak.

Kenyataan Media

Sambungan Kenyataan Media

PUSAT JAGAAN KANAK KANAK DI TEMPAT KERJA MENINGKATKAN PRODUKTIVITI KERJA

Laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri setakat tahun 2013 mendapati, Malaysia kehilangan pendapatan RM13 bilion setahun akibat kurang penyertaan wanita dalam sumber tenaga buruh.

Kekurangan penyertaan wanita juga menjadikan Malaysia ketinggalan jauh dari segi pendapatan berbanding negara jiran seperti Thailand, (70 peratus); Brunei Darussalam (61.2 peratus) dan Singapura (60.2 peratus).

Statistik yang dikeluarkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 2010, mendapati 66.9 peratus wanita meninggalkan sektor pekerjaan atas sebab utama untuk menumpukan perhatian kepada keluarga

Dengan mewujudkan Pusat Jagaan Kanak Kanak di tempat kerja, ia akan memberi peluang kepada lebih ramai wanita meneruskan kerjaya mereka disamping menjamin bahawa wanita akan lebih produktif dalam menjalankan tugas.

Ini juga merupakan satu bentuk kemudahan kepada ibu bapa yang bekerja untuk terlibat sama dalam penjagaan anak mereka disamping mengeratkan hubungan kekeluargaan. Masa untuk berjumpa dengan anak-anak lebih panjang memandangkan anak-anak dekat dengan ibu bapa. Ibu bapa tidak perlu untuk menghabiskan masa menghantar anak-anak ke tempat asuhan.

Di harapkan pihak Kementerian akan terus komited bagi memastikan segala cadangan dan perancangan ini di realisasikan.

Usah biarkan kematian Adam Raykal menjadi sia sia

Sumber:
Kenyataan Media KPWKM 5 Julai 2018
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Laman Rasmi
Public Health Malaysia – Laman Rasmi

Published by
NuFa