Keibubapaan

“Beritahu Haris Suka Nama Bilal” Rupanya Ni Sebab Nama Bilal Jadi Pilihan Neelofa & Haris!

Share

Memilih nama anak bukan mudah, namun bagi usahawan dan pengacara Neelofa, dia dan suami sepakat memilih nama Muhammad Bilal buat anak sulungnya kerana begitu sukakan nama Bilal.

Malah kata Neelofa lagi, selain amat menyukai nama tersebut, suaminya, Haris juga mahu anak mereka mempunyai nama dengan makna yang baik serta dapat diceritakan kepada Bilal nanti apabila dia besar.

Mengenai nama anak ini, kita banyak berbincang. Misalnya mahu nama itu dan ini. Kami ada cadangkan beberapa nama. Haris berikan saya senarai nama anak yang sudah disenarai pendekkan.

“Kemudian saya beritahu suka nama Bilal. Cuma waktu itu, Haris ada sebut, kalau boleh biarlah pemilihan nama itu boleh diceritakan kepada anak nanti,” kongsinya.

Malah kongsinya lagi, Haris pada masa yang sama sebolehnya mahu nama anak tidak dipanggil dengan panggilan ringkas. Malah kata PU Riz sendiri, nama Bilal begitu terkesan dihati.

“Saya pun kalau boleh biarlah nama itu dipanggil penuh. Bilal ni, jarang orang panggil ‘Lal’ sahaja,” kongsinya lagi.

Rupanya nama Bilal yang menjadi pilihan Neelofa dan Haris ini punya makna yang cukup indah. Malah cukup dekat di hati.

“Cerita mengenai nama Bilal (Bilal Bin Rabah) ini memang betul-betul terkesan dekat hati.

“Pertama dia orang yang kuat berpegang pada prinsip. Kalimah Allah SWT tidak dibuat main sehingga dia sakit dan hampir mati, tak buat main.

“Kedua, dalam sebuah hais meski ia ada sedikit keraguan, siapa yang menjadi bilal untuk beberapa tahun, dia akan masuk syurga tanpa dihisab. Sebab dia seru orang sembahyang hari-hari.

“Ketiga, Bilal ini juga seorang insan yang mana dia berjalan di dunia, Nabi kata aku dah dengar tapak kaki kau di syurga. Subhanallah.

“Jadi semperna dengan berkat nama Bilal ini, kita berdoa malah kepada semua orang juga. Semoga anak ini dapat ambil berkat namanya. Insyallah,” kongsi Haris lagi.

Terdahulu, anak pasangan ini, Muhammad Bilal dilahirkan pada 29 Januari lalu dan kini berusia hampir tiga bulan.

Menarik: Aduhai Berketak-Ketak, Usia Nak Masuk 3 Bulan, Anak Neelofa Dah Nak Pandai Meniarap!

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM