Tugas sebagai ibu tetap dilakukan walau pun kini sedang sibuk dengan tour konsertnya. Pengorbanannya Datuk Sri Siti Nurhaliza ini didedahkan oleh pengurusnya.
Menurut Rozi Abdul Razak yang menguruskan ratu pop negara ini sejak dulu, kini dia perlu mengambil kira pelbagai faktor dalam menjalankan tugas.
DS Siti sudah berkeluarga dan mempunyai cahaya mata, Siti Aafiyah yang kini berusia 11 bulan dan masih menyusu susu ibu. Maka dengan faktor-faktor ini pengurusan masa perlu seimbang.
Ads
MASA BERKUALITI
BERKORBAN MASA SEBAGAI IBU & KOMITMEN SEBAGAI PENGHIBUR
Tidak dapat dipastikan sebab dan musababnya, seorang ibu tergamak mengelar leher anak lelakinya sendiri sehingga maut dalam satu kejadian di kawasan perumahan dekat Pasir Gudang, Johor pada tengahari Sabtu lalu.
Memetik laporan Harian Metro, wanita itu bukan sahaja tergamak mengelar leher anaknya bahkan turut menghantar gambar mangsa yang berlumuran dengan darah kepada suaminya menerusi aplikasi WhatsApp.
Menurut Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, pihak mereka berjaya melakukan tangkapan ke atas suspek yang berusia 32 tahun selepas mendapat laporan mengenai kejadian pada kira-kira jam 1.30 tengahari Sabtu.
“Kita turut merampas sebilah pisau di lokasi kejadian yang dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa.
“Permohonan reman terhadap suspek telah pun dibuat,” ujarnya.
Tambahnya lagi, motif serta punca kematian mangsa masih lagi dalam siasatan pihak polis.
Mayat mangsa telah pun dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi proses bedah siasat dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ibu bapa perlu memastikan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) dalam kenderaan yang dibeli mempunyai label kod QR kerana ia mengandungi maklumat terperinci mengenai garis panduan keselamatannya.
Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Nasri Ishak berkata, ketika ini pengeluar CRS sudah dimaklumkan mengenai label kod QR daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan hanya kerusi yang mempunyai label itu saja dibenarkan dijual di negara ini.
Menurutnya, maklumat yang terdapat dalam garis panduan CRS itu termasuk kelulusan pensijilan, kaedah pemasangan dalam kenderaan dan kesesuaian pemakaian mengikut kategori berat serta tinggi.
“CRS yang mempunyai label kod QR menunjukkan ia mengikut piawaian United Nation (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) Regulation (Peraturan) 44 dan 129.
“Oleh itu, ibu bapa perlu pastikan label itu ada pada CRS sebelum beli. Bagi pembelian dalam talian juga perlu pastikan label ini ada jika tidak mereka boleh pulangkan semula kepada penjual.
“Pembelian CRS tanpa label ini jelas menunjukkan ia tidak mengikut piawaian dan boleh memberi risiko nyawa anak jika menggunakannya,” katanya.
Mengulas lanjut, Nasri berkata, ibu bapa juga boleh melayari laman web JKJR untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai garis panduan CRS.
Beliau berkata, CRS sudah lama dijual dan digunakan di negara ini tetapi setakat ini tiada pemantauan sama ada terdapat kerusi yang tidak berkualiti digunakan.
Mulai 1 Januari tahun depan, kerajaan mewajibkan penggunaan CRS di dalam kenderaan bagi menyelamatkan nyawa bayi daripada mengalami kecederaan serius atau kematian sekiranya berlaku kemalangan.
MIROS turut menetapkan tiga kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli kerusi itu iaitu jenis kereta, kerusi dan saiz kanak-kanak.
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Kisah ayah kepada lima orang cahaya mata yang masih kecil dan kehilangan isteri selepas dijemput Allah kerana penyakit kanser benar-benar buat ramai yang sebak.
Di saat anak masih nak bermanja dan memerlukan kasih seorang ibu, ternyata takdir Allah lebih dari segalanya.
Walaupun diri dah reda tetapi hari-hari yang dilalui tanpa insan bergelar isteri dan ibu pasti cukup dirasai. Sudah pasti perasaan rindu mula menerpa dalam diri suami dan anak-anak yang masih dahagakan kasih seorang ibu.
Menangis panggil mama…
Menjengah ke laman Facebook ayah berjiwa kental ini dengan nama akaun Zhafri Nabilah, tiba-tiba hati menjadi sayu apabila melihat salah satu posting mengenai anak ketiganya, Aisya, yang tidak mampu menahan rindu kepada arwah ibunya.
Menurut Zhafri, anak ketiganya itu pandai berdikari walaupun baru berusia 4 tahun. Nampak ceria, namun siapa sangka disebalik keceriaan itu anak kecil ini sudah mula mengerti apa itu kehilangan.
Sabarlah anak, aku juga merindui mama mu
Aisya anak ke-3 ku seorang yg pandai berdikari.. baru berusia 4 tahun, namun boleh menjaga adiknya yg berusia 3 tahun. Bagi mandi, cari baju adik, kdg2 utamakan adiknya makan..
Pagi tadi, dia ke sekolah dgn riang dan ceria. Namun ku diberitahu oleh ibu pengasuhnya
“Cikgu hantar aisya balik awal td sebab dia menangis kat sekolah”
lalu ku tanya “Kenapa menangis?”
“Dia panggil mama! mama!” di sekolah.. Allahu.. rupanya ia mengerti apa yg berlaku..
Perit hati melihat anak-anak menanggung rindu kepada ibu, begitu juga dengan jiwa sang suami yang juga terpaksa menempuh hari-hari mendatang tanpa seorang isteri disisi, yang dulu menjadi tulang belakangnya.
Arwah yang disahkan menghidap kanser telah menghembuskan nafas yang terakhir pada 17 Ogos lalu, meninggalkan lima cahaya mata perempuan.
Tiada kata yang dapat mengungkap kesedihan yang sedang menusuk sanubari keluarga ini, biarlah waktu mengubat kerinduan mereka terhadap insan yang mereka sayangi ini. Semoga, bertemu kembali di akhirat kelak.
Akan jaga amanah dan beri pendidikan terbaik
Terima kasih kerana menghadiahkan seorang lagi puteri buatku. Pesan terakhirmu akan ku jaga iaitu supaya menjaga anak-anak dengan baik dan memberi pendidikan agama kepada mereka. Kamu juga meminta supaya mereka titipkan al-fatihah kpd ibu mereka setelah selesai solat setiap waktu.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.