Pelawak dan pelakon, Achey atau nama sebenarnya Nor Nasir Hamzah berkongsi perkembangan terkini mengenai proses rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) yang sedang dijalani oleh isterinya, Nor Hasanah Yahaya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Achey di laman instagramnya, dia berkongsi isterinya telah menjalani proses memasukkan embrio matang ke dalam sistem peranakannya.
“Bismillah bermula dari Ogos dan kini, proses penting telah tiba… memasukkan embrio matang ke tubuh ibunya.
“Mudah-mudahan berjaya, doakan proses ini berjalan dengan baik. Tak mudah proses ini, positif kita jalani, positif la kita dapat. Usaha sebaik yang boleh, Allah juga yang menentukan berjaya atau tidak, doakan kami terus kuat.
“Allahuakhbar, bismillah, tiada daya dan usaha hambaMu ini tanpa keizinanMu Ya Allah. Doakan Anne kuat dan hari ini bermula fasa penting,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Semoga semua berjalan lancar
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa keterujaan mereka untuk menantikan berita gembira hasiI daripada keputusan IVF tersebut.
Bukan itu sahaja, netizen turut mendoakan agar urusan Achey dan isteri sentiasa dipermudahkan selepas 11 tahun menanti kehadiran zuriat dan berharap pasangan itu akan kuat dalam menempuh segala dugaan.
Terdahulu, Nor Hasanah Yahaya telah menjalani pembedahan untuk membuang tiub fallopian yang tersekat bagi membolehkan dia hamil di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru.
Kredit: Instagram @acheykintangkintung / ohmymedia
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/