Pelakon Ummi Nazeera yang sedang hamil lima bulan pun tak terkecuali kena minum air gula juga sebagai salah satu ujian yang diwajibkan ke atas ibu hamil.
Semua ibu mengandung memang diwajibkan minum air gula sebagai ujian saringan untuk memeriksa sama ada ibu ada kencing manis atau tidak semasa hamil.
Baru-baru ini pelakon cantik ini ada memuat naik gambarnya dengan kapsyen meminta pengikut dan peminatnya yang berpengalaman minum air gula ketika mengandung berkongsi tips dan pengalaman masing-masing.
Selepas berjaya melalui ujian tersebut pelakon drama Patahnya Sebelah Sayap ini telah memuat naik video minum air gula di Instagramnya.
Ummi mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan peminat yang sudi berkongsi pengalaman dan tips masing-masing untuk melalui ujian minum air gula.
Hello ! Thanks to my dearest friends and fans for sharing your experience yesterday about drinking glucose water ..
Feedback ummi tentang minum air gula ? Not bad … ?? Original flavor dikacau dengan air suam… ummi berjaya habis kan dengan 4 kali teguk… alhamdulillah .
Kalau ummi boleh ! Mesti u guys boleh ! Sebab Ummi memang anti apa apa berkenaan dgan ubat dari kecil lagi .. hah hah hah ! Menangis setiap kali kena makan ubat.. yg pelik nya . Suami pula doctor ?
Pagi semalam saya siap buat buat tak boleh bangun tidur sebab takut nak pergi clinic minum air gula ?? . Sian @izzar layankan saja lah yaaa
All the best to mommies out there ! Bismillah ! Sure boleh buat … tukar mindset cakap senang sajaaa … ??? #mummyummi
Walaupun sebelum ini Ummi yang sememangnya anti makan ubat sejak kecil nervous untuk melalui ujian tersebut namun selepas berjaya minum air gula, dia pula memberi kata-kata semangat kepada peminatnya yang mengandung dan bakal melalui pengalaman yang sama.
Guna Taktik Tak Boleh Bangun Tidur
Lucunya bila Ummi turut berkongsi bagaimana takutnya dia untuk minum air gula sampaikan terpaksa guna taktik buat-buat tak boleh bangun tidur semata-mata untuk mengelakkan diri daripada ke klinik.
Mujur suaminya yang juga seorang doktor sabar melayan kerenah si isterinya ketika mengandung dan akhirnya berjaya juga Ummi minum air gula dengan empat kali teguk sahaja.
Bakal ibu yang gemar berkongsi atau bertanya tips kehamilan dengan pengikutnya di Instagram ini memberitahu sebenarnya ujian minum air gula tidaklah seteruk yang dia bayangkan.
Dia meminta ibu-ibu lain sentiasa berfikiran positif dan jangan fikir yang ujian itu adalah sukar.
Tips minum air gula yang dikongsi oleh Dr Muhammad Izzat Abdul Razak
1. Kosongkan perut sebelum minum air gula. Waktu sesuai kosongkan perut ialah jam 10 malam.
2. Tarik nafas dan minum sekali teguk. Jangan minum slow-slow kerana ia hanya akan buat ibu rasa loya.
3. Minum sambil tahan nafas supaya tidak terhidu bau air gula.
4. Minum semasa air gula masih suam sebab air gula ketika itu masih tidak terlalu likat.
Sumber: Instagram umminazeera