Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ternyata tersembunyi hikmahnya buat sesetengah insan. Seperti pelakon jelita Nora Danish yang berkongsi tentang kejayaannya khatam Al-Quran sepanjang tempoh PKP dijalankan.
Dalam laman Instagram miliknya, Nora memuat naik sekeping gambar memeluk Kitab Suci Al Quran untuk tatapan umum.
Dalam posting tersebut, Nora mengucapkan rasa syukur hinggakan mengalir air mata kegembiraan kerana dapat khatam Al-Quran pada 9 malam terakhir Ramadan.
Jelasnya ia mungkin mudah buat sesetengah orang tapi tidak untuk dirinya yang sentiasa padat dengan jadual kerja.
Malah Nora turut menzahirkan ucapan terima kasih buat semua pengikutnya di Instagram yang mendoakannya setiap kali dia memuat naik tentang hal tersebut selain doa dari suami dan ibu tercinta.
Artikel menarik: Sebutlah Subahanallah, Alhamdullilah & Allahuakbar Untuk ‘Recharge’ Tenaga Ibu Setiap Hari
Dalam posting tersebut juga Nora turut mengucapkan terima kasih kepada PU Hafiz untuk Quran Digital Pen yang digunakan untuk proses khatam tersebut. Selain itu dia juga turut mengucapkan rasa terima kasihnya puan rakan artis Elizad yang menjadi pendorong buatnya teruskan niat khatam apabila melihat Elizad juga sudah khatam ketika PKP dilaksanakan.
Nora akui bukan mudah untuk dia habiskan bacaan tersebut, namun dengan tekad dan semangat akhirnya dia berjaya juga habiskan. Tambahnya bila semangat hadir, perasaan tak sabar untuk mula mengaji setiap hari hadir.
Apa yang lebih istimewa apabila momen berharga ini Nora Danish niatkan untuk sedekah kepada arwah papanya yang telah tiada. Nora berharap dengan posting yang dikongsikan ini dapat membuka niat kepada orang lain untuk sama-sama mengaji dan khatam Quran sempena bulan Ramadan yang mulia ini.
Ya Allah , Syukur Alhamdullilah.
Mengalir air mata kegembiraan.
Mcm tak percaya dapat Khatam pada
9 malam terakhir Ramadhan
SubhanAllah. Allah Maha Mengetahui.
Khatam Quran ini Nora ingin sedekahkan Pada Arwah Papa.
Semoga rohnya dicucuri rahmat, dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Ampunilah dosa dosa nya Ya Allah. Sesungguhnya Engkau lah Maha Mengasihani , Maha Penyayang Dan Maha Pengampun Terima lah ya Allah bacaan hamba Mu yg tidak sempurna ini SesungguhNya Allah Maha Penerima.
InsyaAllah Nora akan Khatam pula bersama ustazah / ustaz pabila semua dah ok.
Nampak mudah Khatam ni bagi sesetengah orang , tetapi tidak bagi Nora.
Dengan jadual Nora Yg padat, niat Nak Khatam bertahun tahun tersekat.
Sampailah masa MCO tergerak hati Nak cari balik @pu_hafiz ada hadiahkan digital pen
Al-Quran untuk Rayqal , so nak ajar Rayqal mengaji sebab MCO kan , takut lama berhenti mengaji dia lupa. Jadi nya , saya pula berminat dengan pen digital itu ,
Jadi saya pula start mengaji
Aturan Allah
Dan ditambahkan pula , bila lihat Instagram @elizadsharifuddin dah Khatam during MCO , lagi berkobar jiwa raga ini. Thank u babe, u pendorong semangat I.
Harap post nora ini , akan pula membuka niat pada mereka Yg lain. InsyaAllah. Sama sama kita share benda yang baik.
Pada mula nya. Satu muka surat nak habiskan rasa susahhhhh nyaaaa. Lama lama 5 muka surat, jadi 10 , jadi 20 , jadi 30 dan seterusnya sampai mencecah 150 muka surat satu hari. Sampai Rasa tak sabar Nak bgn tido n start mengaji. MasyaAllah. Berkat Doa lepas solat bersungguh2 sampai menangis minta Allah berikan jalan mudah untuk mengaji. Nak sangat hadiah pada arwah papa dalam bulan penuh keberkatan ini.
Allah Maha Mendengar.
Terima kasih kepada PU Hafiz untuk Quran digital pen ini.
Juga Terima kasih pada followers Yg Mendoakan Setiap kali nora share perjalanan Khatam ini.
Dan perjalanan Khatam ini tidak akan sempurna tanpa Doa Suami & Ibu tercinta Terima kasih , love u both. Suami Yg byk bersabar mendengar suara sumbang Setiap hari Ada hikmah MCO ini Bagi saya. Boleh focus 110 percent. Kalau tidak ada je dugaan. Next , terjemahan
Tahniah Nora, moga apa yang dikongsikan menjadi asbab untuk orang lain juga turut serta. Kita kan memang digalakkan untuk terus membuat amal ibadat sepanjang berpuasa. Jadi bagi yang ada masa gunakan sebaiknya untuk aktiviti-aktiviti yang bermanfaat dunia dan akhirat.
Sumber: Gempak & Nora Danish
Artikel menarik: Tukar Cara Berdoa, Mintalah Sungguh-sungguh. Besar Nikmatnya Yang Kita Tak Sangka