Proses kehamilan boleh menyebabkan kenaikan berat badan bagi sesetengah. Tapi perkongsian ibu muda kepada 3 anak ini menginspirasikan bila berjaya menurunkan 16kg dalam masa 7 bulan hanya dengan kawal makan dan bersenam.
Dari 66kg kepada 49-50kg, Puan Ayu Zule berkongsi tip mengenai perjalanannya menurunkan berat badan dengan menjaga pemakanan dan bersenam. Berikut ialah perkongsiannya;
16KG DALAM MASA 7 BULAN
Fighting for my “anak dara” weight was achieved, 16kg lost. From 66kg to 49-50kg.
Journey ni mengambil masa lebih kurang 7 bulan.
80% JAGA PEMAKANAN DAN 20% DARI SENAMAN
Saya start September 2017 (lepas raya) sehingga Mac 2018.
Alhamdulillah. Jaga pemakanan dgn eat clean menu dan exercise.
80% jg pemakanan dan 20% dari exercise.
KAWAL SAIZ HIDANGAN & PILIH MAKANAN YANG BETUL
Bila sebut diet je mesti orang ingat tahan lapar, kena berlapar, makan sikit je.
Diet bukan bermaksud berlapar cuma kena kawal portion dan pilih makanan yg diambil dengan betul dan melatih diri dan badan kita utk amalkan pemakanan yg sihat. Diet yang bagus yang menurunkan berat badan secara perlahan- lahan
Disini saya share sebahagian daripada menu yang saya mkn sepanjang weight loss journey ini. Tak semua menu sempat saya ambil gambar, yg mana sempat saje..huhu
BAWA BEKAL KE PEJABAT
90% menu semua saya masak, gi keje bawa bekal..
Saya share serba sedikit pengalaman yg tidak seberapa ini, Sesungguhnya yang baik itu dr Allah SWT dan yang kurang itu daripada kelemahan saya sendiri..
Yang baik boleh amik ye untuk kawan-kawan yang tgh fighting utk turunkan berat badan. Yang ingin menukar corak pemakanan yg lebih sihat dan menukar gaya hidup kearah healthy lifestyle. Lain org, lain cara, lain pendapat, dan lain pendirian kan, so kita hormati setiap dari mereka…
MASAKAN RINGKAS
Masakan yang saya masak simple-simple je memandangkan sy mama beranak 3 faham-faham la yer kesibukannya macamane kan..hihihi
Ads
Saya biasa masak menu yang senang & seperti grill, rebus, singgang, dan bakar2 , (kadang-kadang makan jugak ikan goreng jika tiada pilihan)
Kalau perlu guna 1sudu kecil olive oil sahaja,
Tapi kalau takde guna je ape yang ada janji portion kena jaga, bersederhana org kata..
Tanpa gula putih, saay pakai garam himalayan rock salt. Tanpa ajinomoto atau ape-apa kiub.
SARAPAN
Biasa sy amik smoothie (blend fresh milk 100ml,air masak 300ml ,rolled oat 3 sudu kecil & buah-buahan pilihan) ATAU telur separuh masak ATAU roti wholemeal bakar
Letak cheese ke tuna ke bergantung pd bahan yang ada dan selera pada hair tu.
MAKAN TENGAH HARI
Biasa saya ambil brown rice (beras perang) segenggam kita ye, bukan segenggam hulk..hihi
Kadang-kadang makan jgk nasi putih, 1× sehari je pakai formula suku suku separuh,
Suku karbo,suku protein dan separuh serat (sayur@buah).
Biasa saya ambil nasi waktu lunch atau dinner tukar-tukar.
Kalau lunch dah amik nasi, untuk dinner saya cuma amik protein,sayur-sayuran & buah-buahan & gitula sebaliknya.
Ads
TUKAR SUMBER KARBOHIDRAT
Kalau pada hari yang sy tak boleh control nasi, masak plak lauk yg sedap-sedap untuk suami n anak-anak, saya tukar dengan sumber karbo lain macam ubi manis, ubi kentang ke, roti wholemeal ke..
Boleh tukar2 ikut selera kiita.
Sebabnya, bila tgk lauk sedap, nasi tak cukup segenggam ni ha, segenggam hulk juga sis mkn nanti..
Sama jugak time ada jamuan dekat opis, kenduri ke, sy cuma mkn lauk2 shja sbb dia pnya lauk tu kan dah banyak kalori
Makan pulak dengan nasi confirm la bertambah itu yang saya risau, hahaha. Terbabas ke laut dalam tu mesti ada nya, tipula klu sy kata xpenah terbabas ye dok..hahaha
Menu saya ni pn ada jgk yang xberapa nk clean, tak ada la strict sangat, tapi bolehlah ikut badan & tekak masing-masing dan yang paling penting ikut keperluan kalori badan masing-masing. Berapa kalori yang patut kita mkn sehari utk turunkan berat badan, untuk maintain dan sebagainya.
MAKAN MALAM
Biasa saya dinner sebelum pukul 8 wajib tiap malam. Ambil sup sayur bersama protein, buah-buahan. Kadang-kadang nasi macam biasa pakai formula #sukusukuseparuh.
SNEK/ SNACKING ANTARA WAKTU MAKAN UTAMA
Snacking adalah wajib di antara main meal. Contoh biasa saya ambil snacking pukul 10 pagi dan 3 petang. Contoh snacking sy amik ialah buah2an, kekacang,plain yogurt.
Ads
PENCUCI MULUT/ DESSERT
Untuk dessert tak wajib amik pon, tapi bila saya craving nak makan aiskrim ke, benda-benda manis saya makan plain yogurt dengan buah-buahan. Perghhh, sedap weh..hahaha, tapi bukan hari-hari ye.
Craving nak minum minuman manis biasa saya buat honey lemon ais juga bukan hari-hari.
PILIH UNTUK JOGGING & ZUMBA SEBAGAI SENAMAN
Saya buat jogging 3 kali seminggu sebelum masuk kerja pagi dan zumba, kalau saya tak jog, saya akan zumba pada weekend.
Waktu malam sy tak gunakan untuk exercise, malam sy rehat, buat kerja rumah, ajar anak-anak kerja sekolah and meal prep. Waktu bersama keluarga ..hihi
CHEAT DAY
Hari yang saya cheat day baru saya amik menu yang saya craving tu. Saya diet tanpa apa-apa supplement. Bukan anti supplement, cuma sy nk ajar diri saya untuk diet secara sihat, jaga pemakanan. Control portion dan exercise.
Bukan utk sementara, tapi kalau boleh sampai bila-bila. Diet yang sihat sepatutnya buat kita bertenaga, happy, dan kenyang. Yang penting tanpa perlu berlapar. Tak semua org sama, saya buat apa yang sesuai untuk badan saya..dan saya enjoy ..hihihi
Menu-menu ni mungkin sesuai dengan saya, mungkin tidak untuk orang lain, Lain orang, lain badan dan kemampuan, ikut kemampuan diri masing-masing.
Kenali tubuh badan anda, saya hanya share ape yg menjadi untuk saya.
Jika ia mendatangkan manfaat blh amik dan korang blh alter, boleh tambah mengikut keperluan badan masing-masing.
KALAU DAH CAPAI BERAT YANG IDEAL, TERUSKAN JAGA PEMAKANAN & SENAMAN
Teruskan jaga pemakanan, exercise walaupun kita dh kurus & dah capai berat ideal.
BMI pon dah normal, boroi dah tak ada, lutut dh tak sakit, peha dh tak bergesel, naik tangga tak mengah. Bangun tidur senang dan awal, sembelit pun dh tak ada, rasa lebih segar, muda dan happy.
Senang untuk menguruskan aktiviti seharian, termasuk beribadat, rumahtangga, anak-anak dan kerjaya. Jaga pemakanan ke arah yang lebih sihat sangat byk manfaat, saya pun masih belajar untuk konsisten jaga pemakanan.
Untuk lebih sihat, fit dan yang paling win kurus itu BONUS.
Selepas berita mengenai adik Ainul Mardhiah dimasukkan ke hospital dan terpaksa menggunakan bantuan ventilator disebabkan kuman merebak ke beberapa bahagian badan, kedua ibu bapa Ainul mohon untuk terus doakan anak sulung mereka.
Di media sosial walid dan mama Ainul, dari semasa ke semasa perkembangan Ainul dikongsikan untuk pengetahuan ramai. Terbaru di Facebook walid Ainul, Ahmad Safiuddin, dia memberitahu mengenai keadaan Ainul selepas berjumpa dengan doktor.
Update Ainul terkini selepas berjumpa dengan doktor yang merawatnya, apa yang saya boleh simpulkan:
Ainul lebih baik sedikit dari semalam. Tapi masih dalam keadaan kritikal. Doktor dan team masih perlu berjaga-jaga dan bersedia jika serangan bertambah buruk (nauzubillahiminzalik).
Untuk masa sekarang, usaha doktor dan team yang merawatnya semalam dapat turunkan beberapa bacaan yang kritikal semalam. Alhamdulillah syukur. Terima kasih doktor dan jururawat.
Sekarang Ainul masih direhatkan, masih perlu bantuan ventilator dan dia masih dirawat di unit jagaan rapi.
Terima kasih tak terhingga buat semua yang sentiasa mendoakan. Kami sekeluarga sangat menghargainya.
Tadi nampak Ainul buka mata sekejap. Ainul ni kuat betul. Dalam keadaan separa sedar, dia masih ada tenaga melawan.
Ainul memang seorang fighter. Semangat juangnya tinggi. Walau apa pun yang berlaku, semua dengan izinNya.
Doakan ye supaya Ainul dapat keluar dari zon kritikal dan sembuh dari jangkitan ini tanpa ada sebarang komplikasi. Amin.
Ovarian cyst adalah ketumbuhan berisi cecair yang terbentuk di dalam atau pada permukaan ovari. Ramai wanita yang mengalaminya tanpa sebarang gejala, namun ada juga yang mengalami kesakitan atau gangguan kitaran haid.
Persoalannya, adakah semua ovarian cyst perlu dibuang melalui pembedahan? Tidak semestinya. Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad , pembedahan hanya perlu dilakukan dalam keadaan tertentu, bergantung kepada saiz, jenis cyst, serta kesan yang dialami oleh pesakit.
Jom ketahui lebih lanjut tentang bila pembedahan ovarian cyst menjadi satu keperluan dan faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan
BILAKAH PEMBEDAHAN OVARIAN CYST ITU PERLU? Pembedahan bukanlah cara rawatan yang mesti dilakukan ke atas setiap pesakit. Jadi setiap ovarian cyst tidak semestinya dibuang melalui pembedahan. Pembedahan hanya dilakukan dengan tiga tujuan: PERTAMA untuk melakukan biopsy. Jika doktor mengesyaki ianya mungkin kanser, maka sedikit contoh tisu diambil bagi menentukan sama ada ianya kanser atau bukan. KEDUA untuk membuang ovarian cyst itu jika ianya mendatangkan masalah yang teruk kepada pesakit (eg sakit perut, ketidakteraturan kitaran haid etc) atau saiz diameternya melebihi 5 cm kerana bimbang akan pecah dan kesan-kesan lain. KETIGA untuk melakukan pembuangan ovari jika ketumbuhan ovari (yang disangka ovarian cyst biasa) telah disahkan sebagai ovarian cancer. Walau tidak semua ovarian cyst mesti dibuang, namun semua kes kanser ovari mestilah menjalani pembedahan pembuangan ovari. Bagi ovarian cyst yang bukan kanser, dan tidak mendatangkan masalah pada pesakit, doktor akan menimbangkan antara risiko dan kebaikan pembedahan itu. Pembedahan akan dipertimbangkan jika : 1. Ovarian cyst itu berlaku di kedua-dua belah ovari. 2. Ovarian cyst itu melebihi saiz 5cm (3inci). 3. Ovarian cyst itu masih kekal (tidak berkurang saiznya) selepas 2-3 kitaran haid. 4. Pemeriksaan ultrasound menunjukkan ovarian cyst itu bukan jenis yang biasa, (functional ovarian cyst) 5. Pesakit mempunyai ketumbuhan ovarian dan disamping itu: • Pesakit tidak pernah mengalami kitaran haid langsung atau • Pesakit adalah gadis remaja. • Pesakit telah menopause. • Menggunakan pil perancang kehamilan. Walaupun saya menuliskan beberapa kriteria di atas, namun tidak bermakna jika anda mempunyai ovarian cyst dan menepati kriteria di atas, anda harus dibedah. Ianya bergantung kepada pertimbangan doktor yang merawat anda. Dia akan menimbangkan kebaikan atau keburukan pembedahan itu. Jadi berbincanglah dengan beliau. Sebelum membuat keputusan untuk melakukan pembedahan, doktor selalunya akan membuat pemeriksaan CT scan abdomen supaya dapat melihat dengan lebih jelas imej bagi ovarian cyst itu. Doktor akan mengesyaki pesakit mengalami ovarian cancer berdasarkan : 1. Imej CT scan abdomen, dan 2. Laporan pathology tisu yang diambil, atau 3. Jika salah seorang anggota keluarga pernah mengalami penyakit kanser ovari, atau 4. Wanita itu sudah mengalami menopause atau 5. Saiz ovarian cyst itu tidak menjadi kecil walaupan setelah 2-3 kitaran haid. Pemeriksaan darah CA-125 juga membantu mendiagnosa sama ada pesakit menghidap penyakit ovarian kanser atau tidak. Ovarian cyst boleh dikeluarkan tanpa mencederakan organ ovari. Teknik ini dinamakan sebagai (cystectomy), ini bermakna hanya ketumbuhan cyst saja yang dipisahkan dari ovari. Kesuburan wanita itu akan kekal. Namun begitu ketumbuhan ovarian cyst yang baru boleh muncul. Ia boleh terjadi di ovari yang sama atau ovari di sebelah satu lagi ataupun selepas pembedahan cyctectomy. Jika wanita itu sudah ‘lengkap keluarga’nya dan telah menopause, kadang kala doktor mencadangkan keseluruhan ovari dibuang (oophorectomy).
Anak selalu mengadu sakit belakang pada waktu malam. Kadang-kadang dia tak mahu menggalas beg sekolahnya. Mungkin disebabkan begnya? Apa yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah sakit belakang anak? Ikuti perkongsian ini
Kanak-kanak yang berumur 5 tahun dan mengalami sakit belakang pada waktu malam bukanlah perkara biasa dan memerlukan pemeriksaan segera. Doktor Hairin Anisa, Pakar Kank-Kanak, Pakar Laktasi di Pusat Rawatan Kanak-kanak ADDA menjelaskan ada pelbagai organ yang berkaitan dengan sakit belakang iaitu, tulang belakang (verterbrae), otot tulang selangka, tulang rawan, sistem aliran darah dan paling penting sistem saraf.
Perkara yang perlu diberikan perhatian ialah:
Adakah anak anda mempunyai tulang belakang yang kelihatan bengkok yang tidak normal?
Jika didapati tulangnya bengkok berbentuk S atau C (kyphoscoliosis), boleh mengakibatkan sakit belakang yang kronik dan tidak spesifik.
Adakah anak pernah terjatuh dan terhentak punggungnya/belakang?
Jika pernah, ini berisiko kepada ceper rawan antara tulang verterbra (interverterbral disc) beralih sedikit daripada kedudukan normalnya (Slipped Disc) atau keretakan tulang?
Sakit belakang akan lebih teruk apabila anak bergerak. Jika disebabkan oleh slipped disc, sakitnya boleh menjalar hingga ke dua belah kakinya dan anak boleh berasa kakinya kejang (stiffness).
Adakah anak anda mengalami demam, sakit belakang yang lebih teruk pada waktu malam?
Jika ada, dia mungkin mengalami keradangan kepada ototnya (myositis) dan tulang belakang (osteomyelitis/diskitis) yang disebabkan oleh jangkitan kuman, trauma / kecederaan atau penyakit ketumbuhan (tumor/kanser). Selalunya jika ada jangkitan, sakit belakang berlaku lebih teruk pada waktu malam sehingga mengganggu tidurnya. Sekiranya jangkitan kepada saraf, pesakit boleh mengalami kebas, sakit kaki yang tajam dan mengalami gejala kelumpuhan. Ada pelbagai gejala lain yang mungkin dialami oleh anak seperti kurang selera makan, kelesuan serta kehilangan berat badan. Penyakit yang jarang berlaku yang mempunyai gejala hampir sama seperti di atas, ialah keradangan kepada saraf tunjang (spondylo myelitis / transverse myelitis) akibat jangkitan kuman atau penyakit auto-imun yang perlukan pemeriksaan lanjut.
Secara realistik, kanak-kanak prasekolah tidak mempunyai bebanan buku yang berat seperti pelajar sekolah rendah atau menengah. Maka, bebanan beg sehingga sakit belakang amat jarang berlaku. Sekiranya anak pernah menjalani latihan fizikal yang berat seperti bersukan sebelum gejala ini dialaminya, kemungkinan sakitnya disebabkan oleh kekejangan otot belakang (muscle strain). Anak akan menunjukkan gejala sakit di bahagian yang spesifik dan lebih teruk dengan pergerakan belakang, berkurangan apabila dia kurang bergerak (berehat).
Sakit belakang dikalangan kanak-kanak perlu dirujuk kepada doktor dan sebaiknya kepada pakar tulang (Orthopedic) supaya pemeriksaan, ujian seperti radiologi, ujikaji darah dapat dilakukan secara teliti. Rawatan yang anak perlukan bergantung kepada diagnosis punca sakit belakang antaranya seperti fisioterapi, ubat penahan sakit, antibiotik / antivirus atau pembedahan. Sila berbincang dengan doktor yang merawat anak anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bacaan surah Al-Fatihah oleh anak usahawan Neelofa dan PU Riz, Muhammad Bilal dipuji wargamaya malah memuji cara didikan pasangan ini dalam mendidik anak mereka.