Bila dah ada anak, nak bergambar dengan suami bukanlah senang. Anak cemburu dan ingin turut serta dalam foto bersama ibu ayah, itulah cabarannya.
Hanya ibu ayah yang tahu betapa susahnya nak bergambar berdua bila sudah memiliki cahaya mata. Apa yang dimuatnaik Ramona Zam Zam ini comel sangat. Reaksi bayinya, Ivanna Alashkar, 9 bulan yang sedang tertidur tapi boleh terjaga daripada tidurnya bila Ramona dan suami cuba bergambar bersama.
Ibaratnya anak ada deria keenam untuk mengesan apa yang dilakukan mommy dan daddy. Jom tengok gambar ini mengikut urutan, lucu sangat!
Para peminat Ramona memberikan komen yang sangat terhibur dengan aksi Ivanna.
Sumber: Instagram Ramona Zam Zam
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Perlu Bagi Bayi Bawah 6 Bulan Air Masak! Doktor Ini Beritahu Apa Sebab-Sebabnya
“Bagilah anak tu air masak sikit. Dia dahaga,” kata Makcik Senah pada anaknya yang baru bersalin.
“Mana boleh bagi baby minum air masak mak!”
Mungkin anda yang baru melahirkan anak jadi keliru mana satu nak ikut. Cakap ibu atau pesanan yang diberikan oleh doktor. Bukan hendak menderhaka pada ibu yang telah menjaga dan membesarkan kita tapi mungkin waktu itu tiada info diperolehi mengenai tidak boleh bagi bayi bawah 6 bulan minum air masak.
Jadi di zaman yang sudah serba moden dan pelbagai info boleh dapat tanpa sempadan, maka tak salah kalau kita tidak mengikut amalan yang dipraktiskan oleh orang tua zaman dahulu. Apatah lagi kalau ia boleh membawa keburukan pada kesihatan si kecil. Di harap semua ibu yang ada bayi baru lahir berlapang dada menerima ilmu yang dikongsikan oleh Dr.Erna Nadia ini.
KENAPA TAK BOLEH BAGI AIR MASAK UNTUK BAYI BAWAH 6 BULAN?
Soalan paling famous lah di kalangan ibu-ibu.
Dan yang paling biasa jawapan yang depa bagi adalah:
1. Mak sayalah yang suruh. Dia kata takut baby tu panas dalam sebab kurang air.
2. Alah, orang dulu dulu bagi elok saja. Doktor la ni saja kalut lebih.
3. Oloh! Bagi sikit saja pun. Saja nak bagi tekak depa tak kering.
Cliche kan jawapan ni semua?
Ok.
Meh nak habaq pasaipa tak boleh bagi air masak apatah lagi air oren pada bayi bawah 6 bulan.
1. Susu badan kita mengandungi 80% air.
-Tak perlu topup air masak dah sebab dah banyak dak kandungan air dalam susu badan yang Allah kurniakan percuma untuk semua ibu ibu di dunia.
2. Susu badan mengandungi nutrisi nutrisi yang cukup dan bagus untuk bayi anda.
-Tidak ada makanan, tidak ada susu formula, tidak ada vitamin tambahan yang boleh menggantikan atau meniru khasiat susu badan.
Subhanallah. Hebat ciptaan Allah.
3. Air masak tidak mempunya nutrisi.
Sebaliknya boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman atau intoksikasi kerana air mudah tercemar.
Bila anak anda merengek kerana lapar, beri dia susu badan. Jangan beri air masak kerana tidak ada nutrisi dan dia akan kenyang dengan air yang tiada zat. Kesian kan?
Perut bayi ni sangat kecil. Sebesar saiz telur sahaja. Jadi, bila dia minum sikit, dia jadi kenyang. Bila kita bagi air masak, dia akan kenyang dengan air masak sajalah. Tak ada nutrisi.
Bayi memerlukan nutrisi yang cukup untuk dia membesar dengan bijak dan sihat.
Jangan bagi air masak.
Jangan bagi puting.
Bila dia merengek, kita bagi puting. Apa yang dia dapat? Angin kosong saja.
Bila anak merengak, bagilah susu badan. Memang dia akan minum.
Ada setengah kata, dia minum sikit dan sekejap saja lepas tu dia lepas. Setengah jam mintak lagi.
Puan puan, saya dah kata perut bayi ni kecil. Dia minum sikit pun dah kenyang.
Susu badan adalah mudah hadam.
Selepas masuk ke dalam badan, susu badan itu akan digunakan sebagai tenaga dan nutrisi untuk dia membesar. Sebab tu dia mudah lapar.
4. Jika anda bagi bayi anda susu formula, tolong jangan ubah sukatan air ikut suka anda.
– Susu yang cair, bayi minum tak habis, nutrisi tak cukup untuk bayi.
5. Ada yang tanya tentang tahnik bayi.
– Kalau ikut sunnah, hanya secalis kurma dan air masak sahaja bukan sebiji kurma dan secawan air masak. Dan hanya perlu buat sekali sahaja semasa dia baru lahir.
Jadi,
Kalau air masak pun tak boleh, tentu tentulah air lain atau makanan lain lagi tak boleh.
Kesianlah bayi anda.
Baru beberapa hari menghirup udara dunia, kita dah sumbat macam macam.
Sabar.
Nanti bila dah besar, bagilah dia makan dan minum.
Untuk 6 bulan pertama, susu badan sudah mencukupi.
Bayi biasanya menangis sebab:
1. Lapar
2. Tak selesa perut/kembung
3. Berak/kencing
4. Terlalu panas atau sejuk
5. Tak sihat seperti demam atau batuk
Periksalah bayi anda selalu.
Janganlah asyik salahkan jin jika anak anda asyik menangis tanpa henti.
Bawa bayi ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan.
Jika ibu bapa anda menyuruh juga memberi air masak, terangkan dengan elok kepada mereka kenapa tak boleh bagi air masak. Insha Allah mereka faham.
Ingat ok, big NO NO to air masak untuk bayi bawah 6 bulan.
Saya sertakan link WHO untuk artikel ini sebab takmau ada orang kata saya ini suka gebang dan temberang
http://www.who.int/features/qa/breastfeeding/en/
Nota kaki : Allah kurniakan nikmat percuma untuk kita, kenapa kita masih suka membazir?
Selain dapat mengeratkan hubungan ibu dan anak, menyusukan anak boleh buatkan ibu menjadi slim semula insha Allah
Sumber: Erna Nadia
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak 7-12 Bulan Banyakkan Aktiviti ‘Floor Time’. Bagus Untuk Motor Kasar Bayi!
Umur 7-12 bulan adalah usia penting perkembangan motor kasar bayi. Jadi, waktu ini selalulah bagi anak floor time. Floor time ni sangat penting untuk perkembangan anak-anak.
Menerusi perkongsian Puan Wan Nur Syakira, bayi akan belajar untuk meneroka dan gunakan anggota badannya untuk berkembang dengan baik dan cergas!
Tapi kenalah pastikan floor time itu selamat, letakkan baby mat, tiada benda kecil yang boleh dibawa masuk mulut. Usia ini memang usia yang anak akan mula menggerakkan badannya. Memang aktif.
Ha, kalau tak diletak penghadang, boleh sampai dapur tau. Jadi, apa manfaat floor time ni? Saya pun dapat tahu kelebihan floor time dari sebuah ebook perkembangan bayi yang saya rujuk untuk perkembangan baby saya dari newborn lagi, ‘Ebook Baby Step.’
Memang follow rapat content ebook ini.
Apa yang akan baby belajar bila floor time ni?
✅ Kawal kesimbangan ketika duduk di lantai
✅ Belajar kawal pergerakan kaki dan tangannya serentak untuk belajar merayap dari satu tempat ke satu tempat.
✅ Belajar untuk menahan berat tubuhnya ( terapis panggil weight bearing ) semasa bayi belajar merangkak dan seterusnya akan belajar mengawal tubuh semasa berpaut di perabot.
Bila baby tu ada kawalan tubuh yang baik, dah mahir kata orang tu guna tangan dan kaki serta imbangkan badan sebab selalu ada floor time ni,
Bayi akan mudah relatekan diri dia dengan persekitaran dan perkembangan sosial komunikasi dia akan berkembang dengan pesatnya!
Bayi akan rasa familiar dengan anggota dia sendiri dan seronok dengan persekitaran dia.
Kalau asyik baring aje atau letak dalam baby cot sahaja, memang susah anak nak meneroka,
Bila kita biasakan anak floor time dan letakkan beberapa mainan yang boleh anak main,
Bayi akan lebih mudah entertain diri sendiri. Main sendiri.
Nak bagi anak tahan lama ketika floor time?
Letakkan mainan yang selamat untuk diterokai. Cloth book, rattle, blok , bola yang boleh dipicit. Pada mulanya kita teman dan stimulate, communicate, dan kita boleh biarkan dia main sendiri sebentar.
Ha, anak yang boleh entertain diri sendiri ni akan mempunyai kawalan emosi yang baik tau.
Eh baby pun boleh main sendiri jugak ke? Boleh, pada sesetengah waktu. Kalau kita bagi suasana dan stimulasi yang betul untuk develop skill tu.
Taklah nak berkepit dengan kita 24 jam kan. Kecuali keadaan tertentu ( contohnya baby high demand ).
Melatih anak untuk “entertain ” diri sendiri pun sangat bagus untuk kesihatan emosi ibu ayah tau. Ni semua saya belajar dari terapis perkembangan kanak-kanak. Seronok betul tahu fakta tentang bayi ni. 😍
Kita tahu apa yang exactly bayi perlukan dari segi aktiviti dan ransangan. Jadi, tiap kali check up alhamdulillah, Sofiyyah dah penuhi setiap milestone umurnya. Ummi pun lega dan gembira dalam parenting journey sebab kita tahu apa yang kita tengah dealing with.
Kita tahu apa red flag dalam perkembangan kanak-kanak dan apa milestone perkembangan mereka. Jadi, tidaklah gelabah nak bandingkan anak sendiri dengan anak orang lain.
InsyaAllah, ilmu akan bantu anak kita membesar dengan baik! Itulah ajaibnya ilmu. Apa milestone perkembangan fizikal untuk anak 6 bulan ?
6 bulan :
✅ Duduk dengan sokongan
✅ Boleh tahan berat badan menggunakan kaki bila didirikan.
✅ Mencapai kaki dengan tangan bila dibaringkan.
Milestone perkembangan komunikasi untuk bayi umur 6 bulan
✅ Berhenti bergerak dan kelihatan fokus mendengar sesuatu bunyi
✅ Mula gunakan bunyi konsonan semasa mengeluarkan bunyi ” dada” , ” mamama,” ” baba”.
✅ Mengeluarkan bunyi ” babbling” untuk mendapatkan perhatian ibu ayah
✅ ” Eye contact ” lebih konsisten.
Saya rujuk ebook modul Baby Step Go Cilik untuk milestone ini semua. Cukup lengkap sehingga anak umur 18 bulan.
Apa red flag untuk bayi 6 bulan ?
❗ Tiada eye contact
❗ Tidak ketawa atau hasilkan bunyi.
❗ Tidak mencari sumber bunyi apabila dipanggil.
Jom berikan floor time kepada anak dengan pantauan dan selamat!
Featuring gambar Sofiyyah, 6 bulan 11 hari yang dah nak belajar duduk sendiri. Saya bagi dia teroka lantai tanpa baby mat dalam pantauan. 😊
Kredit: Wan Nur Syakira
#catatanparentingsyakira
Ketahui fungsi carseat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rawatan Awal Ketika Anak Demam Panas Di Rumah Penting. Doktor Kongsikan 7 Cara Ini Mesti Buat!
Bila anak demam, ibu memang susah hati. Boleh dikatakan semua kerja terbelangkai. Lagi perit bila kena berjaga malam semata-mata nak pastikan anak ok.
Perkongsian dari Dr Ezairy M Sallih mengenai cara yang perlu ibu bapa buat bila anak demam panas boleh membantu. Rawatan awal sangat penting untuk mengelakkan anak mengalami sawan dan kekurangan air dalam badan.
Ikuti 7 langkah yang boleh di buat ketika di rumah:
1.Periksa suhu anak
Jangan biarkan anak anda demam terlalu lama. Pastikan anda mempunyai termometer di rumah. Periksa suhu anak anda jika ada tanda-tanda panas tubuh
2.Banyakan beri air suam
Banyakan air suam ketika demam. Ini bagi memastikan anak anda tidak mengalami dehidrasi dan kekurangan air dalam tubuh.
3.Jangan cuba-cuba rawatan tradisional
Ia tidak akan berguna bahkan boleh mendatangkan mudarat jika melewatkan rawatan sepatutnya di hospital.
4.Pastikan anak tidak mengalami sawan
Suhu terlalu tinggi tanpa rawatan awal boleh mengakibatkan serangan sawan berlaku. Perhatikan tanda-tanda seperti kekejangan, mata, dan anggota lain pada anak.
5.Basahkan kepala atau mandikan
Basahkan kepala, badan dan jika perlu mandikan anak anda dengan air. Tak perlu air sejuk. Cukup air suam untuk merendahkan suhu tubuh.
6.Ubat demam
Pastikan anda ada simpan syrup atau supp paraceramol di rumah. Pastikan anda tahu dos sepatutnya melalui ahli farmasi dan doktor. Sekiranya anak demam, berikan mengikut dos sepatutnya. Pastikan atas nasihat mereka yang ahli, bukan sendiri.
7.Bawa jumpa doktor
Jika langkah di atas gagal menurunkan suhu anak anda. Bawa segera ke klinik atau hospital.
Sumber: Dr. Ezairy M.Sallih
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI