Disangkakan dua, rupanya tiga! Siapa sangka selepas hampir tiga tahun menanti kehadiran cahaya mata, doa ejen hartanah, Mohamad Safwan Abd Rahim dan pasangannya, Nurul Farhana Fatin Salim akhirnya termakbul apabila dikurniakan bayi lelaki kembar tiga.
Kisah kembar tiga diberi nama Idlan, Izhan, dan Ilhan atau gelarannya ‘The Antriplets’ itu mendapat perhatian ramai selepas Mohamad Safwan, 31 memuat naik video bayinya di TikTok dengan rata-rata netizen memuji kecomelan mereka.
BACA JUGA [Dalam Sehari 100 Keping Lampin, Sediakan 6 Liter Susu, Kembar 9 Pecah Rekod Dunia]
Bercerita lanjut, Mohamad Safwan yang menetap di Bandar Baru Uda, di sini, berkata, dia dan Nurul Farhana, 29, mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 selepas dua tahun berkenalan.
“Selepas bergelar suami isteri, kami menjalani kehidupan rumah tangga seperti biasa, sama seperti pasangan lain.
“Setiap pasangan tentu mahukan anak tetapi kami tidak tertekan malah sering luangkan masa bersama termasuk pergi bercuti kerana percaya dengan rezeki yang sudah ditetapkan, cuma cepat atau lambat saja.
“Masuk tahun kedua perkahwinan, sudah ad a orang sekeliling bertanya soal zuriat tetapi kami tidak kecil hati kerana anggap pertanyaan itu perkara biasa. Lagipun, kami tidak hanya berdiam sebaliknya ada berikhtiar termasuk ke Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi memeriksa tahap kesuburan,” katanya.
Mohamad Safwan berkata, hasil pemeriksaan dilakukan, doktor mengesyorkannya dan pasangan mengambil ubat, mengubah cara pemakanan dan tabiat gaya hidup.
“Saya juga cuba dengar nasibat doktor untuk berhenti merokok walaupun hakikatnya seorang perokok tegar. Usaha itu membuahkan hasil kerana tiga bulan kemudian, isteri disahkan hamil.
“Awalnya, hanya ada dua janin dikenal pasti dalam kandungan isteri namun ada keajaiban berlaku kerana seminggu sebelum isteri bersalin iaitu ketika pemeriksaan terakhir, doktor dapati ada lagi satu janin.
“Ia satu kejutan juga kerana saya dan isteri sudah buat persiapan beli pakaian serta kelengkapan untuk kembar dua.
“Alhamdulilah, mereka dilahirkan sihat walaupun secara pra matang iaitu pada usia kandungan isteri tujuh bulan. Disebabkan itu, Idlan dan Izhan ditempatkan 82 hari di unit rawatan intensif neonatal (NICU) manakala Ilhan selama 62 hari,” katanya yang turut menjalankan perniagaan pakaian terpakai di Pandan Uptown, Pasar Borong Pandan, di sini.
Menurutnya, dia dan menganggap kehadiran kembar tiga mereka sebagai penyeri selepas hampir tiga tahun rumah mereka ‘sepi’.
“Bukan hanya kami malah saya percaya ramai lagi pasangan di luar sana menginginkan zuriat malah ada yang lebih lama berumah tangga tetapi belum ada rezeki.
“Saya harap pasangan lain tidak berputus asa dan terus berusaha termasuk ke LPPKN, dapatkan rawatan perubatan dengan pakar, terus berdoa kepada Allah serta bersangka baik dengan-Nya,” katanya.
Kredit: Metro Online
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)