Bagi mereka yang belum dikurniakan rezeki memiliki cahaya mata sendiri, mengambil seorang anak angkat mungkin dilihat perkara biasa.
Bagaimanapun, agak jarang kedengaran mereka yang mampu memberikan belaian dan kasih sayang sehingga lima anak angkat.
Bagi usahawan kek, Ziq Bakery & Cake, Suzana Salleh, usahanya memelihara lima anak angkat menjadikan rezekinya semakin luas dan perniagaan bertambah maju.
Usahawan wanita berusia 45 tahun itu berkata, dia berbangga kerana menjadi ibu kepada enam cahaya mata termasuk seorang anak kandung.
Ambil anak angkat sebab tak boleh hamil
Menurutnya, dia mula mengambil anak angkat ketika berusia 23 tahun selepas doktor mengesahkan dia tidak boleh hamil seperti wanita normal yang lain.
“Sedihnya hati hanya ALLAH SWT yang tahu kerana naluri menjadi ibu meluap-luap ketika itu. Mujurlah suami saya amat memahami dan banyak memberi sokongan.
Ads
“Suami juga bersetuju untuk kami mengambil anak sepupu sebagai anak angkat kerana ibu bapanya berpisah ketika itu. Alhamdulillah, sejak itu rumahtangga kami semakin bahagia dengan kehadiran dia,” katanya.
Suzana berkata, dia mula menjual pelbagai jenis kek dan roti dari rumah pada tahun 1997.
“Berkat memelihara anak angkat saya mula membuka kedai di Gong Kapas pada 2006,” katanya yang mempunyai anak angkat berusia 2, 7, 9, 11 dan 24 tahun.
Lepas jaga anak angkat, disahkan hamil
Ads
Katanya, selepas memelihara anak angkat pertama, dia menerima khabar gembira apabila hamil dan kini satu-satunya anak kandungnya, Ahmad Haziq Badrol Hisham telah berusia 17 tahun dan baru pulang dari pengajian agama di Turki.
“Saya terharu dengan hubungan erat antara anak kandung dan anak angkat. Tiada beza, kasih sayang yang dicurahkan sama rata dan tidak berbelah bahagi.
“Setiap kali saya nak ambil anak angkat, saya akan minta kebenaran kepada anak kandung saya. Alhamdulillah, dia menerima dan bersetuju dengan keputusan saya,” katanya.
Setiap anak angkat bawa rezeki berbeza
Suzana berkata, setiap anak angkat pasti membawa rezeki dalam hidupnya sehingga perniagaan bakerinya mampu merekodkan jualan jutaan ringgit setiap tahun.
Ads
“Setiap kali ambil anak angkat, pasti ada rezeki baharu untuk kami sekeluarga misalnya diberi kepercayaan oleh kerajaan negeri untuk membekalkan roti kepada mangsa banjir, dapat membuka lebih banyak rangkaian bakeri di daerah lain dan paling penting kehidupan kami sangat bahagia dengan gelak tawa mereka,” katanya.
Didik anak lelaki dan perempuan seimbang
Katanya, selain sukar mendapatkan cahaya mata, peningkatan kes buang bayi turut menyentuh hatinya.
“Antara faktor saya memelihara anak angkat kerana tidak tahan dengan kes buang bayi yang dilaporkan media. Saya rasa terpanggil untuk memelihara mereka, beri didikan agama sebaiknya agar dapat menyumbang kepada agama, bangsa dan negara apabila mereka dewasa.
“Saya hantar anak perempuan ke sekolah aliran Cina dan banyak ajar selok-belok perniagaan sejak kecil manakala yang lelaki pula saya akan hantar ke madrasah agar mereka dapat mendalami ilmu agama dengan lebih sempurna,” katanya.
Bayi yang baru lahir ada lebih 200 Billion Cell tapi sangatlah sedikit connection atau jaringan antara sel. Jadi ibu ayah ada potensi besar untuk melengkapkan jaringan itu kepada yang positif atau negatif.
Perkembangan memang bermula dari alam rahim tapi banyak juga perkembangan terjadi dalam tempoh 0 hingga 7 tahun pertama anak yang sangat Fragile.
Menurut Terapis Cara Kerja, Nurul Sheriena Musa, dalam setiap pengalaman anak kan ada yang akan simpan as long term memory yang indah.
Bila pengalaman ini terjadi dia akan disimpan di bahagian dikenali sebagai Hippocampus.
Lebih banyak Jaringan Neuron yang simpan memori indah ini lebih tenang anak. Sebab dia telah ditunjukkan memori betapa tenangnya ibu ayah memberi tunjuk ajar pada dia especially dalam kawalan emosi.
Maka memori itulah dia guna untuk teruskan kehidupan dia untuk handle situasi mencabar juga.
Tapi kan, bayangkan lah kita ini ibu ayah asyik guna perkataan negatif. Jaringan tetap terbentuk.
Tapi itulah jaringan tak berapa best pula dibentuk. Maka bila ada situasi mencabar anak teringat memori ini dan dia buat benda yang sama. Sebab itu yang ditunjuk.
Nak buang memori kata-kata yang tak best dengan anak?
Agak sukar kerana telah terbenam dalam Otak Hippocampus itu. Proses deletion bukan mudah. Boleh buat tapi kenapa nak buat kalau boleh cegah kan?
Kita boleh bantu untuk banyakkan memori kata-kata indah yang beri jalan penyelesaian untuk waktu mencabar anak. Mari saya kongsikan
1️⃣ Kata-kata adalah Doa
Ibu ayah hati-hati dengan setiap perkataan takut itulah yang terjadi pada anak.
‘Ha jatuh nanti’ tukar kepada ‘Hati-hati abang boleh cuma perlu tunggu ayah bantu dulu’
Katakan bila kita risau sangat anak terjatuh kan. Tapi kita keep cool, susah memang lah sebab dalam neuron kita pun memori yang sama.
Jadi Stop The Cycle ya?
2️⃣ Beri Kata Solusi
Anak kalau sedang leka bermain ibu ayah beri ayat panjang tak pula dia dengar semuanya.
Dia akan lebih fokus ayat hujung tu. Jadi ayat hujung kena terus beritahu apa nak dibuat.
‘Jangan jeritlah’ tukar kepada ‘Mama tak faham’, cakap perlahan-lahan’
Dapat Sesuatu? In sha Allah. Saya juga sama-sama belajar.
Lampin pakai buang sememangnya menjadi pilihan utama ibu bapa pada hari ini, terutamanya ibu yang berkerjaya. Rata-rata ibu bapa menggunakan lampin pakai buang untuk bayi mereka bagi memudahkan tugas mencuci. Tambahan pula, penggunaan lampin pakai buang adalah lebih mudah dan praktikal untuk bayi serta ibu bapa terutama ketika di luar rumah.
Walau bagaimanapun, bukan semua lampin pakai buang sesuai dengan bayi anda. Jika bayi A sesuai memakai lampin jenama A, tidak semestinya bayi B juga sesuai dengan lampin jenama A. Perlu ada ‘try and error’ dalam memilih lampin pakai buang. Jadi, di sini, tidak semestinya sesuatu jenis lampin itu sesuai dengan setiap bayi.
Bagi membantu ibu bapa memilih lampin yang betul, anda disarankan untuk melakukan perbandingan antara jenama yang ingin dicuba dahulu. Salah satu caranya adalah dengan mencuba pek percubaan lampin atau membeli lampin dalam pek kecil. Pek percubaan lampin selalunya boleh didapati secara percuma jika ada pengeluaran suatu produk baru oleh sesetengah syarikat lampin pakai buang.
Apa yang perlu dicari dalam memilih lampin pakai buang?
Ciri-ciri yang perlu ada dalam memilih lampin pakai buang terbaik untuk bayi adalah:
Pilih saiz yang betul
Jangan memilih lampin yang terlalu ketat atau terlalu besar dengan tubuh bayi anda. Pilih lampin mengikut saiz dan kebesaran bayi. Lampin pakai buang kini tersedia dalam pelbagai saiz dari saiz newborn, saiz kecil hingga saiz besar. Terdapat dua jenis lampin pakai buang iaitu lampin yang berpelekat dan lampin seluar. Lazimnya, lampin seluar diberikan kepada bayi yang sedang aktif, supaya mudah untuknya bergerak dan meneroka persekitaran.
Kering
Kriteria utama dalam memilih lampin pakai buang. Penting bagi anda untuk mencari lampin yang mempunyai lapisan cepat kering dan mempunyai ciri-ciri perlindungan untuk mengelakkan kebocoran. Lazimnya, anak kecil yang aktif akan mengalami masalah kebocoran di celah paha jika lampin yang digunakan tidak sesuai. Justeru itu, ibu bapa perlu mencari lampin yang mempunyai lapisan dalaman yang dapat menyerap dan mengunci cecair supaya kulit bayi kekal kering. Cari juga lampin yang mempunyai lapisan luar beraliran udara bagi membolehkan kulit bayi bernafas. Lampin yang cepat basah boleh menyebabkan bayi mengalami ruam lampin.
Mudah dipakai
Ada ibu bapa yang mengambil masa yang lama bagi memakaikan anak mereka lampin. Justeru itu, pilihlah lampin yang senang dipakai mengikut keaktifan bayi anda. Jika si manja anda masih kecil, adalah lebih sesuai jika dipakaikan lampin berpelekat namun jika si manja sudah mula aktif, carilah lampin seluar yang mudah disarungkan. Namun, jangan cari yang mudah tertanggal.
Harga
Tidak semua lampin yang mahal sesuai untuk setiap bayi. Oleh itu, cubalah teknik ‘try and error’ bagi mengetahui kesesuaian lampin dengan bayi anda. Baca dahulu ciri-ciri yang ada pada lampin sebelum anda memilih lampin terbaik untuk si manja.
Troli beroda antara salah satu kegunaan yang boleh memudahkan kerja ibu di rumah. Ia boleh berfungsi sebagai tempat penyimpanan barang-barang dapur, tempat letak baju dan juga tempat untuk menyimpan buku. Hal ini kerana troli ini memiliki roda dan senang untuk bertukar tempat.
Menerusi perkongsian daripada Puan Maria Ariana ini, dia memberi langkah demi langkah untuk menyiapkan troli beroda.
DIY Troli Dapur Reka bentuk Ala-Ala IKEA Dengan Hanya 6 Langkah Mudah Sahaja
Assalamualaikum..hai semua.
Disebabkan ramai yang pm dan wasap tanya pasai troli ala-ala ikeaaa ni, nah kat sini saya post hasil kerja suami. Step by stepnya.
Dengan izin dari suami, dia sudi kongsikan sedikit ilmu yang tak seberapa ni. Diharap dapat mebantu korang untuk berjimat sebab dia kata “benda boleh diy, buat apa beli”
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
3 Buah bakul
4 roda
Cable tie
1 Batang paip pvc 15mm
1 tin PVC Solvent Cement
16 kepingan PVC Pipe Fitting (T joint) 15 mm
8 kepingan PVC Pipe Fitting (L joint) 15 mm
CARA UNTUK DIY TROLI DAPUR ALA-ALA IKEA
Langkah 1
Gunakan 4 pcs L joint, 4 pcs T joint, 2 pcs paip 2 cm, 2 pcs paip 36 cm, 4 pcs paip 9 cm
Langkah 2
Bagi membuat tiang troli ini pula, anda perlukan 4 pcs paip saiz 7 cm(digunakan untuk kaki di bawah), 8 pcs paip saiz 23cm, 12 pcs T joint, 12 pcs paip saiz 2 cm (digunakan untuk menyambung bahagian T joint). Untuk lebih faham, anda boleh lihat gambar yang tertera di bawah iaitu contoh bagaimana paip itu disambungkan.
Langkah 3
Cantumkan tapak dengan tiang tersebut menggunakan gam pvc solvent cement supaya tiang dan tapak itu tidak mudah tercabut.
Langkah 4
Bagi langkah ini, anda boleh meminta pertolongan daripada encik suami. Hal ini kerana anda diperlukan untuk menebuk lubang seperti gambar yang ditunjuk dibawah dengan menggunakan alatan drill. Lubang itu akan digunakan untuk mengikat roda dan ikat bakul kelak.
Langkah 5
Gunakan nut dan bolt untuk mengikat roda.
Langkah 6
Setiap bakul dipasang dan diikat menggunakan cable tie. Selepas siap mengikat, anda boleh cat menggunakan apa-apa saja warna mengikut minat anda.
Siappp!!! Ini hasil akhir troli “Ikea” ini. Sangat cantik dan mudah dibawa di mana-mana sahaja. Anda juga boleh membuatnya dirumah. Sangat senang dan mudah sahaja. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.
Si manja suka bergambar? Jom, mama papa kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik. Nak hantar gambar anak klik saja link ini: https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/
Menerusi perkongsian di Instagram (IG) terbaru, Tomok atau nama sebenar Shah Indrawan Ismail berkongsi video memaparkan dirinya melangkah hari pertama di Universiti Pendidikan Sultan...