Kesihatan

“Berkeras Tolak Suntikan Vaksin, Anak Kita Jadi Mangsa” Cara Difteria Menular Wajib Tahu!

Share

Difteria ternyata semakin membimbangkan kita. Mama papa kena buka mata dan elakkan risiko pada anak kita. Hanya kerana sikap kita yang berkeras menolak suntikan vaksin, anak kita jadi mangsa.

Perkongsian Dr Ezairy M Sallih, Doktor Otorinolaringologi Telinga, Hidung & Tekak ini mama papa perlu baca.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa satu kejadian kes kematian disyaki akibat jangkitan difteria di daerah Johor Bahru pada 21 Februari 2019.

Ia melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun 1 bulan. Kanak-kanak ini tidak pernah menerima sebarang imunisasi sejak lahir!

Kanak-kanak tersebut mula mengalami demam, batuk dan bengkak tonsil pada 16 Februari 2019. Kes telah dibawa ke unit kecemasan hospital pada 18 Februari 2019 dalam keadaan yang lemah dan dimasukkan ke unit rawatan rapi pediatrik untuk bantuan pernafasan serta rawatan antitoksin difteria.

Malangnya, kanak-kanak tersebut tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia pada 21 Februari 2019 dengan sebab kematian Severe Diphtheria with multiorgan failure.

Ujian pengesanan ke atas sampel calitan tekak kes menunjukkan kehadiran bakteria Corynebacterium diphtheriae dan pihak kementerian kini menunggu keputusan makmal untuk pengesahan toksin difteria.

Tuan-tuan, jika ini berlaku kepada anak-anak kita bagaimana? Lebih membimbangkan jika jangkitan ini menular dan berjangkit kepada anak-anak lain yang tidak berdosa. Hanya kerana sikap kita yang berkeras menolak suntikan vaksin ini.

Mengapa Difteria Amat Berbahaya!


Malah Dr Ezairy M Sallih juga turut berkongsi betapa bahayanya difteria ini. Mama papa perlu tahu ni. Tambahkan ilmu dan jangan sekali-kali elakkan vaksin pada anak. 

 

❗️Penyakit berjangkit yang serius dan boleh mengancam nyawa.

❗️Sangat mudah menular dan boleh disebarkan dengan mudah antara orang.

❗️Walaupun dengan rawatan perubatan penuh, ia boleh sebabkan kematian sehingga 1 dalam 10 orang!

❗️Berbahaya kerana bakteria yang menyebabkan penyakit ini menghasilkan toksin yang kuat (racun).

❗️Toksin ini akan membunuh sel-sel di dalam mulut, hidung dan tekak.

❗️Sel-sel mati dengan cepat terbina, terkumpul dan membentuk membran yang boleh melekat pada tekak dan menyebabkan kematian akibat tersedak ‘chocking’!

❗️Difteria boleh menjejaskan jantung (menyebabkan kegagalan jantung dan kematian) dan saraf (menyebabkan kerosakan neurologi termasuk kelemahan dan kebas kelamin anggota).

Jangkitan disebarkan oleh titisan air yang terbatuk atau bersin ke udara oleh orang yang dijangkiti.

Ia juga boleh diperoleh dari barang-barang seperti pakaian, tempat tidur atau mainan yang bersentuhan dengan seseorang yang mempunyai difteria. Orang yang mempunyai difteria boleh berjangkit sehingga 4 minggu atau kadang-kadang lebih lama.

 

 

IKLAN