Siapa yang tidak mahu anak bijak dan pandai. Demi menjadi insan cemerlang, bijak dan pandai, personaliti media sosial, Farah Lee sanggup berhabis untuk memastikan anak kesayangannya, Maream Esabel, 6 tahun mendapat pendidikan yang sempurna.
Akui Farah, dia terpaksa berkorban wang ringgitnya apabila anaknya bakal dimasukkan ke sekolah rendah di Malaysia bagi Tahun 1 untuk kali kedua.
Terdahulu, Maream sebelum ini menjalani pengajian Tahun 1 di sekolah rendah di UK kerana mengikuti ibunya melanjutkan pelajaran. Dua pengalaman berbeza buat anak kecil ini. Namun untungnya kerana Maream boleh merasai pengalaman bagi kedua-dua pembelajaran. Makin bijaklah Maream nanti.
Farah yang juga menjalankan perniagaan busana muslimah ini berkongsi cerita ini di instagram miliknya.
” Next month Maream akan start masuk primary school in Malaysia inshaAllah
” Second time sebab kat UK dia dah masuk year 1 when she was 5″
“Berkorban juga kewangan Omma untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang terbaik untuk dia,” kongsinya.
Doa Maream temui potensi diri
Namun ibu muda ini berharap agar Maream dapat membiasakan diri dengan pembelajaran baru di negara ini. Dalam pada itu, Farah juga berharap Maream perlahan-lahan mencari potensi dan minat dirinya sendiri dan seterusnya cemerlang dalam bidang yang dipilihnya.
Ads
“Sekolah baru dia tiada silibus tetap jadi dia perlu memilih apa yang dia perlukan untuk belajar secara semula jadi.
“Harapnya dia dapat eventually discover potensi dan minatnya, kemudian menjadi pakar dalam bidang tersebut,” katanya lagi.
Bukan itu sahaja malah Farah juga berharap Maream dapat belajar dan mencari hala tuju hidupnya sendiri. Walaupun masih belum menampakkan minatnya pada sesuatu yang disukai, namun Farah mengharapkan yang terbaik buat anaknya.
Ibu cantik ini juga mendoakan yang terbaik untuk sistem pembelajaran di negara ini.
“Habis belajar di sekolah masih blur tentang minatnya apa. Lalu jadilah macam Omma ambil engineering masa degree, balik buat business fashion then sambung masters in education now cita-cita nak jadi suri rumah haha.
Ads
“Tapi Alhamdulilah banyak yang Omma belajar dari perjalanan hidup ni. Tapi bila kita ada peluang dan pengetahuan untuk berubah, kite perlu lakukannya dan berubahlah kan?
“Berdoa yang terbaik untuk sistem pembelajaran di negara kita,” katanya lagi.
Pengalaman dua kali di Tahun 1 diharapkan dapat memberi pengalaman paling bermakna buat Maream. Selamat menempuh sesi pembelajaran baru buat Maream. Semoga sukses!
Semoga Maream teruslah menjadi anak yang cemerlang serta menjadi peneman setia ibunya. Jadilah anak yang sentiasakan membanggakan ibu. Good luck Maream!
EPISOD 3 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : HOME SCHOOLING
Adakah impak pada anak-anak yang belajar dari rumah? Pasti ada diantara ibu dan bapa di luar sana yang mungkin sedang merancang untuk anak-anak belajar dari rumah.
Saksikan Episod ke 3 dengan topik Home Schooling di Journey Bersama Jovianina pada 9 September Ogos 2020, jam 9 malam.
Sikap sesetengah ibu bapa yang suka membuang lampin merata-rata jadi medium HFMD. Sikap ini seolah-olah sukar dibendung. Walaupun kini sudah ramai mempunyai kesedaran, namun masih ada lagi segelintir daripada mereka mengamalkan sikap ini.
Anak buang air besar?
Mudah saja, gulungkan dan lempar sahaja dari tingkap ke celah-celah semak atau di dalam longkang.
Golongan yang membuang najis anak sesuka hati ini, ternyata begitu rendah tahap siviknya. Sedangkan haiwan pun tahu mengkambus najis mereka.
Tahukah anda, “Lampin pakai buang” merupakan antara sampah pepejal yang paling banyak ditemui di bahu jalan, didalam longkang, kawasan rekreasi dan tempat awam.
Sampah yang mengandungi najis ini boleh menjadi sumber jangkitan penyakit. Najis merupakan antara medium jangkitan penyakit merbahaya seperti HFMD, kolera, hepatitis dan Polio.
Virus dari najis ini boleh meresap dan merebak ke sumber air dan menyebabkan lebih banyak penyebaran penyakit.
Kebersihan adalah kunci utama untuk mencegah penyakit berjangkit.
Cara cara membuang lampin pakai buang;
1) Najis perlu dibuang dalam lubang tandas terlebih dahulu dan pam.
2) Gulung lampin pakai buang ke arah dalam (kawasan kotor di sebelah dalam).
3) Tampal semula di sebelah kiri dan kanan dengan menggunakan pelekatnya supaya gulungan tidak terbuka
4) Masukkan dalam plastik dan ikat
5) Sekiranya tiada plastik, gunakan suratkhabar untuk membalutnya
6) Buang dalam tong sampah khas yang biasanya disediakan dalam tandas atau sekiranya tiada, sila isikan dalam beg plastik atau beg khas dan bawa pulang untuk dibuang di rumah dalam tong sampah khas atau plastik khas.
Sehingga 5 keturunan anda berakhir, lampin pakai buang masih belum terurai sepenuhnya. Ia mengambil tempoh 500 tahun untuk terurai!
Jadilah ibu bapa yang bertanggungjawab. Bukan kena basuh, cuma mohon buang lampin pakai buang di tempat yang betul.
Orang kata kehilangan insan tersayang sangat perit lagi-lagi pergi secara mengejut. Sejak hari pertama pemergian arwahSyed Umar Mokhtar atau Abam pada Isnin lalu, kelibat isterinya seakan tidak kelihatan. Menghormati kesedihan yang dialami, pihak media juga dilihat tidak menemu ramah isterinya yang dalam keadaaan duka.
Isterinya, Siti Nurhidayah Mohd Ali, adalah insan pertama menyedari bahawa Abam Bocey telah pergi menghadap Illahi. Ketika itu dia telah mengejutkan Abam untuk menunaikan solat Subuh namun suaminya hanya diam tak berganjak.
Sahabat handai & keluarga tak putus ziarah pusara Abam
Sejak dua hari pemergian Abam, tiada langsung gambar isterinya terlihat di kubur dan juga temu bual bersama media. Hal-hal berkaitan ulasan pemergian Abam lebih banyak diceritakan oleh ibu, adik-beradik serta sahabat handai.
Namun, menerusi muat naik daripada Shahrol Shiro, dapat dilihat wajah isteri Abam yang seakan tenang dan redha dengan ketentuan.
Dukung anak yang belum tahu apa-apa
Sambil mendukung anaknya Syed Uthman Hamzah, Hidayah terlihat sangat tabah dan masih mampu tersenyum disamping sahabat-sahabat serta ahli keluarga suaminya.
Masih boleh tersenyum
Isteri mana tidak berduka atas pemergian suami tercinta. Sudah tentu ia menjadi satu kenangan paling pahit untuk ditelan oleh Hidayah.
Walau bagaimanapun, dengan sokongan orang sekeliling serta anak yang masih memerlukan perhatian, Hidayah boleh disifatkan sebagai insan hebat kerana kehilangan suami ketika anak mereka baru berusia 8 bulan.
Kuatnya hati seorang isteri
Sehubungan dengan perkongsian Shahrol itu, semua mendoakan agar isteri arwah Abam itu terus cekal menempuh hari mendatang selepas ketiadaan Abam.
Mereka juga berdoa agar Abam ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan ahli keluarganya reda dengan perginya insan mulia ini.
Anak daddy 4 orang sekarang
Sementara itu, menerusi perkongsian Fad di instagramnya, dia ada memuat naik satu status dengan menyatakan bahawa anak arwah Abam akan dijaga seperti anaknya sendiri. Kasih sayang akan diberikan sebaiknya.
“Daddy jaga Hamzah ye nak, anak daddy 4 orang sekarang”..
Jelas nampak kesayuan di mata Syed Uthman Hamzah yang kini berusia 8 bulan. Dia yang belum mengerti apa-apa terlihat manja dengan sesiapa sahaja yang mendakapnya sambil memberi renungan sayu.
Sebelum ini, Fad dan keluarga berada di Jepun semasa menerima perkhabaran Abam meninggal dunia. Oleh sebab itu, dia agak terkilan kerana tidak dapat bersama yang lain mengebumikan sahabat akrabnya pada petang Isnin.
“Nak putus nyawa mama, nak tercabut jantung. (Bantal tungku moden) meletup dekat dengan baby. Nasib baik Tuhan nak tolong lagi,” demikian luah seorang ibu yang terkejut dengan kejadian yang berlaku baru-baru ini dan nyaris mencederakan bayinya.
Menurut Farah Iqlima bantal tungku elektrik itu sedang dicas tak sampai lima minit, secara tiba-tiba ia meletup dan mengeluarkan cecair lalu terpercik pada dinding dan juga anaknya yang berada berhampiran dengan bantal tersebut.
“Baby menangis-nangis, tokwannya bangun dari sofa. Jarak bantal itu dengan baby tak sampai sejengkal. Terpercik jugalah kat baby tapi tak teruk. Cepat-cepat basuh dengan air.
“Nak moden sangat la guna bantal tungku moden. Tengah-tengah cas nak bagi panas, sekali meletup. Nak kata lama, baru on plug tak sampai lima minit pun.
“Cecair apa dalam bantal ini, nak basuh pun tak tanggal, bahaya. Sesiapa yang ada bantal ini, jangan guna dah. Buang je,” katanya.
Farah menjelaskan, dia berpantang seorang diri dan dalam masa yang sama perlu menjaga anak kecil dan anaknya yang lain. Sebelum ini dia sudah pernah menggunakan bantal tungku elektrik itu dan tidak pernah mengalami kejadian seumpama itu.
“Guna bantal tungku moden bukan bermaksud membelakangkan cara tradisional. Memang batu tungku itu elok tetapi batu renyah sikit. Nak dipanaskan, kena ambil masa. Itu yang pilih guna bantal tungku moden. Plug in tak sampai lima minit, siap.
“Saya berpantang sendiri saja. Manalah tahu benda ini nak terjadi. Lagipun memang dah biasa guna. Tiga empat kali dah beli dan tak pernah meletup lagi. Tak sangka benda nak terjadi,” jelasnya.
Farah reda dengan apa yang berlaku dan bersyukur anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan. Justeru, beliau menasihatkan mereka yang lain mengambil langkah berhati-hati.
Pernah tak terfikir, kenapa doktor jarang ambil MC walaupun dah nampak jelas tak sihat? Kalau orang biasa, demam sikit terus pergi klinik, dapat ubat,...