Pastinya ibu yang sedang hamil dan menunggu hari bersalin bersyukur, kerajaan telah membenarkan suami atau waris terdekat menemani ketika proses kelahiran.
Menerusi perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, keputusan yang dibuat oleh kerajaan ini kerana memahami ramai ibu yang bakal bersalin memerlukan sokongan dan kes Covid-19 dalam negara sekarang dilihat terkawal.
KEMUDAHAN SUAMI ATAU WARIS KELUARGA TERDEKAT MENEMANI ISTERI SEMASA PROSES KELAHIRAN DI WAD BERSALIN HOSPITAL KKM
Untuk makluman, semua hospital KKM merupakan Hospital Rakan Bayi (Baby Friendly Hospital). Melalui inisiatif ini, hospital menggalakkan sama ada suami ataupun ahli keluarga terdekat untuk menemani isteri semasa proses kelahiran.
Ini adalah kerana proses kelahiran memerlukan sokongan yang kuat dari aspek emosi dan fizikal. Inisiatif ini juga bergantung kepada polisi di setiap hospital dengan mengambil kira aspek keselamatan, privasi pesakit serta situasi semasa di dalam bilik bersalin.
Semasa peningkatan jangkitan COVID-19, pihak hospital berusaha untuk mengurangkan kesesakan di premis-premis kesihatan KKM. Salah satu daripada langkah yang diambil adalah dengan tidak membenarkan suami masuk ke bilik bersalin. Tujuan utama adalah bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19 khususnya dalam kalangan golongan berisiko tinggi seperti kumpulan ibu hamil dan kanak-kanak.
Berkuatkuasa 4 Oktober
Berikutan situasi semasa pandemik COVID-19 dalam negara yang mula menunjukkan tanda-tanda positif dan peningkatan kadar vaksinasi, sukacita dimaklumkan berkuatkuasa 4 Oktober 2021, KKM membenarkan para suami atau ahli keluarga terdekat keluarga terdekat untuk menemani ibu hamil semasa bersalin dengan mematuhi kriteria yang ditetapkan iaitu;
(i) Suami atau ahli keluarga terdekat telah menerima dos vaksin lengkap COVID-19 iaitu;
• 14 hari selepas dos kedua bagi vaksin jenis dua (2) dos seperti Pfizer, Sinovac, dan Astra Zeneca; atau
• 28 hari selepas menerima vaksin jenis satu (1) dos seperti CanSino dan Johnson & Johnson.
(ii) Suami atau ahli keluarga terdekat perlu menjalani ujian pengesanan COVID-19 (RT-PCR atau RTK-Ag) di mana-mana fasiliti kesihatan atau makmal swasta dalam tempoh 72 jam dan keputusan ujian hendaklah dibawa bersama sebelum menemani ibu hamil di Wad Bersalin. Suami atau ahli keluarga terdekat juga perlu mengehadkan pergerakan mereka selepas menjalani ujian RT-PCR atau RTK-Ag;
ATAU
(iii) Suami atau ahli keluarga terdekat boleh membeli Kit Ujian Kendiri COVID-19 yang telah mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dan membawanya ke hospital bagi menjalani ujian pengesanan kendiri COVID-19 di tempat saringan yang disediakan di hospital dengan dipantau dan disahkan oleh anggota kesihatan yang bertugas.
Selain itu, para suami dan ahli keluarga terdekat yang menemani para ibu hamil ini juga diingatkan untuk sentiasa mengamalkan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang menemani ibu hamil ini. Ini kerana mereka merupakan golongan berisiko tinggi yang perlu sentiasa dilindungi.
KKM berharap masyarakat terutama ibu hamil serta suami dan keluarga dapat mengambil manfaat daripada kemudahan yang telah diberikan ini.
Surat arahan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) bertarikh 28 September 2021 mengenai pelaksanaan inisiatif ini telah diedarkan kepada semua Pengarah Kesihatan Negeri untuk pelaksanaan mulai 4 Oktober 2021. Ini bagi memberi ruang kepada pihak hospital untuk menjalankan persediaan yang diperlukan.
Kredit: DG Noor Hisham Abdullah
Mama jom rileks jap, klik link ni!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI