Adakah kita berlaku adil pada anak sulung? Ini antara yang ibu bapa terlepas pandang. Sedarkah kita anak sulung sering kita aniayai secara sedar atau pun tidak?
Anak sulung adalah anak yang lahir dari semangat cinta dan kasih yang mendalam. Semangat seorang ibu yang mendapat anak sulungnya tentu sangat berbeza.
Perasaan dan sifat keibuan yang ada padanya dicurah sebanyak dan sedapat mungkin pada si anak sulung. Anak sulung diberikan apa saja yang baik-baik, ditatang bagaikan minyak yang penuh..tapi sebelum datangnya anak yang kedua.
Apabila mengandungkan anak yang kedua, perhatian si ibu kepada anak sulung sedikit kurang. Anak yang sulung menyedarinya seawal kandungan si ibu 4 bulan lagi. Apatah lagi jika si ibu tadi bekerja dan dalam masa yang sama menguruskan keperluan rumahtangga selepas waktu bekerja.
Dalam konteks ibu bekerja, mengandung dan memberikan perhatian kepada si sulung, tentunya akan ada perkara yang akan terlepas pandang. Ada keperluan dan rutinnya yang akan berubah …dan si sulung akan menyedarinya dan menguatkan diri sebagai satu pengalaman baru menjadi yang sulung.
Matang Dengan Sendiri
Ads
Apabila si adik muncul di sisi, walau apa cara sekalipun si sulung perlu menyesuaikan diri pada yang mungkin dianggap pesaing, atau teman atau apa-apa lagi dengan naluri diri menyayangi si adik ini. Cuba anda membayangkan keadaan si sulung.
Percayalah, ada yang dapat menyesuaikan diri menyayangi adik tetapi ada juga yang sering merenggek, cuba memberitahu perasaan diri tentulah kepada si ibu yang selalunya tak mengerti.
Waktu terus berlaku, diri si sulung semakin membesar, tugas si ibu semakin bertambah. Jangan nafikan…mesti pada masa ini, tangan si sulung sangat bernilai. Si sulung mula mengambil alih sedikit tugas-tugas membantu, juga pada masa yang sama si ibu yang kepenatan mula bertukar laku. Nak garang masa inilah kan.
Ads
Di minta diambilkan cawan dan si sulung pun terpinga-pinga, banyak betul kosa kata ibu ni yang aku tak tahu rupanya. Hah! singa, naga, harimau tetapi selalunya tarzan mula hidup bersama-sama, mula memainkan peranan. Kesian si sulung…selalunya tidak faham kehendak si ibu. Bahasa sayang mula bertukar menjadi ayat-ayat suruhan yang banyak.
Si sulung mesti tahu…kau yang sulung mesti tahu! Sedarkah kita akan kosa kata anak sulung kita pada masa ini… Betulkah mereka faham akan apa yang kita sampaikan, yang selalunya kesalahan mereka membuahkan kemarahan kita. Harapan si ibu terlalu tinggi. Pukul….siapa tidak pernah memukul anak sulung mereka. Suruh…Marah…Pukul….rutin baru dalam hidup si sulung itu.
Apa jadi kepada anak kedua???????? Play save mak! I always do….
Ads
Anak kedua di mata kebanyakan ibu adalah anak yang selalu lebih baik dari yang sulung. Lebih mendengar kata, lebih alert, lebih faham, lebih segala-galanya. Kalau disuruh anak yang sulung mandi, anak kedua akan buat dulu. Di suruh membuat kerja rumah…anak kedua akan berkata dia dah siap pun. Si sulung..tahan untuk dimarah bahkan tahan juga untuk dipukul. Itu bahasa biasa ibu kepada saya, yang sulung.
Anak kedua lebih memerhati lebih melihat penderitaan yang sulung apabila dimarah dan dipukul. Tentu pendekatannya adalah untuk menyelamatkan diri agar tidak kena seperti yang sulung. Berikanlah harapan baru kepada si sulung. Fahamilah mereka. Ceriakanlah hidup mereka.
Kaulah cinta ibu dan ayah, yang sulung…
Sumber: Ibu Bapa Mithali
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap anak mempunyai keunikan. Tak boleh nak samakan anak sulung dengan anak kedua atau seterusnya. Mungkin yang sulung jenis pendiam tapi kedua pulak banyak cakap. Tak mustahil juga si bongsu agak garang dan mudah mengamuk.
Walau apa pun perangai anak-anak, ibu bapa kena sentiasa sabar dan sama-sama membentuk keperibadian mereka untuk menjadi seorang yang berjaya dunia akhirat.
Ibu bapa juga perlu tahu ada waktu tertentu-tentu yang sesuai dan mungkin berkesan di hati anak. Memberi nasihat pada anak tak perlu lama sebenarnya tetapi hanya 30 hingga 60 saat pun dah cukup.
Sebelum anak tidur
Semasa anak sedang tidur (nasihati anak dengan bercakap dalam hati atau bisik di telinga)
Waktu anak bangun tidur, peluk anak dan beri nasihat
Selepas anak mandi
Selepas anak solat. Sekali sekala jika ayah jadi imam solat di rumah, nasihati anak semasa atas sejadah.
Selepas anak mengaji. Hati anak jadi murni lepas mengaji
Selepas anak beriadah atau bermain
Selepas anak didoakan di kepalanya
Bila anak terangsang emosi (seperti lepas kena marah)
Selain itu, pastikan anak-anak makan malam sebelum waktu maghrib (ikut sunnah) untuk mudah belajar waktu malam. Jika anak tak habis makan, tak salah untuk ibu bapa menghabiskan lebihan makanan anak, daripada membazirkan makanan tersebut. Adat orang Melayu sahaja yang menegah amalan tersebut.
Tapi jika anak-anak nak makan dulu sebab ayah balik lewat atau solat berjemaah di masjid, elok asingkan makanan untuk ayah.
Janganlah suruh ayah makan lauk pauk lebihan anak-anak. Kalau ada pembantu rumah pun asingkan siap-siap untuk menghargainya. Inilah adab untuk mendidik anak berakhlak baik.
Sumber: rahsiarumahtangga/Dato Fadzilah Kamsah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masalah gigi rongak, gigi hitam dan gigi berlubang bukan lagi perkara asing untuk kita lihat berlaku pada kanak-kanak. Gigi yang dahulunya putih dan tersusun rapi kini sudah menghilang.
Masalah kerosakan gigi pada kanak-kanak ini berlaku disebabkan banyak faktor seperti pemakanan dan cara menggosok gigi yang salah. Bagi mengelakkan masalah kerosakan gigi, ibu bapa mesti memastikan penjagaan oral dan gigi kanak-kanak dilakukan secara berterusan setiap hari.
Bagaimana kerosakan gigi berlaku?
Plak gigi yang mengandungi bakteria akan terbentuk dan melekat pada gigi si manja anda.
Bakteria akan bertindak dengan gula menjadi asid dan menyerang serta mereputkan enamel atau lapisan luar gigi. Ia akan membentuk karies gigi yang akan menyebabkan gigi mereput dan berlubang.
Jika masalah ini dibiarkan, kanak-kanak akan mengalami sakit gigi kerana bakteria di dalam karies akan terus merebak dan menjangkiti pulpa gigi.
Lebih teruk lagi, sekiranya ia tidak dirawat, si kecil bakal mengalami masalah bisul pada gusi dan radang muka.
Faktor gigi anak rosak
Faktor utama kerosakan gigi berpunca daripada cecair, minuman atau makanan bergula yang diberikan kepada anak. Minuman dan makanan ini mengandungi gula tersembunyi yang akan menyebabkan plak terbentuk sekali gus menyebabkan gigi rosak.
Selain itu, tabiat bayi dan kanak-kanak yang gemar menghisap botol juga boleh menyebabkan kerosakan gigi berlaku. Apatah lagi jika si kecil menghisap botol yang berisi minuman manis ataupun minuman jus bergula.
Langkah pencegahan
Ibu bapa disarankan untuk mengehadkan pengambilan minuman bergula terutama di dalam botol untuk kanak-kanak. Selain itu, elakkan daripada memberikan anak menyusu botol sebelum waktu tidurnya.
Pilih ubat gigi kanak-kanak yang mengandungi fluorida, iaitu sejenis bahan mineral yang membantu menghalang kerosakan gigi dan menguatkan lapisan enamel gigi. Fungsi fluorida juga adalah untuk membuatkan gigi bertahan daripada serangan asid yang dihasilkan oleh bakteria.
Elakkan meletakkan madu ataupun manisan pada pacifier atau puting kanak-kanak. Selain itu, minimakan penggunaan puting kerana penggunaan yang kerap akan menyebabkan susunan gigi kekalnya nanti tidak cantik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Yusuf Iskandar anak pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ini rupanya ada kegemaran yang unik sampaikan Keknis belikan hair entension untuk Yusuf. Tapi kenapa hair extension pula?
Untuk anak, apa sahaja ibu sanggup lakukan. Kalau anak suka buat sesuatu untuk selesakan dirinya, ibu berkorbankan keselesaan dirinya.
Hanis telah memuatnaik gambar Yusuf tidur bersama hair extension berwarna hijau disisinya. Rupa-rupanya si cilik ini suka menggentel rambut mommy nya sebelum tidur sehinggakan kadangkala ibu ini sakit leher dan tidak boleh melakukan perkara lain untuk berada di sisinya.
Berikut ialah kapsyen Instagram yang telah dimuatnaik;
theyusufiskandar Yusuf dari kecik suka gentel rambut Mommy sampai dia tertidur. Mommy pun tidur dengan teleng2 (pastu pagi sakit leher) and tak boleh tinggal dia nak buat benda lain. So finally beli hair extension hijau ni and bagi dia time dia nak tidur dah tutup lampu. He didn’t even noticed and dozed off. Bila dah pagi dia bangun, dia raba2 pastu tengok rambut tu hijau dia jerit hergh! and campak sorokkan tepi katil HAHAHAHAHAHAHAHA
/ #TipsMommynis jangan beli colour hitam kalau taknak seram sendiri ?
Rupanya Hanis tidak bersendirian kerana ramai juga ibu-ibu lain yang menghadapi situasi yang sama.
Malah ada yang mengatakan anak kecil mereka menggentel bahagian lain seperti telinga, lengan, siku dan payudara ibu sebelum tidur. Perbuatan ini mungkin memberikan anak rasa selamat dan selesa berada di samping ibu.
Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh...