Setelah berkahwin, pastinya setiap wanita menginginkan untuk hamil bagi melengkapkan kehidupan berkeluarga. Oleh sebab demikian wanita yang sudah merancang untuk hamil perlu mempunyai pengetahuan asas mengenai proses kehamilan. Misalnya perlu tahu apakah symptom-simptom hamil dan pengambilan suplemen yang boleh membantu diri hamil.
Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Doktor Faruq Zulkafli di laman Twitternya, beliau berkongsi pengalaman pesakitnya yang keguguran kerana tidak sedar bahawa diri hamil. Menurutnya keadaan ini disebabkan haid wanita tersebut tidak teratur dan mengabaikan kesihatan diri.
Haid Tak Teratur, Ada Tanda Hamil Tapi Tak Tahu Sampai Keluar Pendarahan Dan Ketulan Darah Pekat
Menurut perkongsian tersebut, pesakit yang berumur 21 tahun dan sudah berkahwin itu datang ke hospital kerana berlaku pendarahan pada bahagian alat sulit selamat tiga hari. Pada awalnya ia hanya pendarahan biasa tapi semakin teruk apabila keluar ketulan darah pekat.
Katanya lagi pesakit ini sangat berharap untuk mendapat zuriat memandangkan sudah dua tahun berkahwin. Pesakitnya itu mengadu sakit senggugut yang teruk dan kejang di bahagian perut. Namun wanita tersebut menafikan pernah terjatuh, tapi turut nyatakan ada mengambil ubat-ubat tradisional seperti jamu untuk kesihatan.
Wanita tersebut juga memaklumkan bahawa haidnya tidak teratur dan dia sendiri tak sedah sudah dua bulan tidak datang bulan.
Tak Dapat Rawatan Sebab Tak Tahu Mengandung Dan Gugur
Walaubagaimanapun, dia tidak mendapatkan rawatan sehinggalah keadaan menjadi semakin teruk dan berlaku pendarahan di bahagian kemaluan. Setelah diperiksa, doktor mendapati Urine Pregnancy Test (UPT) positif dan berlaku pendarahan dari perspeculum. Difahamkan pesakit mengalami keguguran.
Ibu tidak sedar akan perubahan diri mengakibatkan janin di dalam kandungan tidak dapat diselamatkan. Sebagai seorang doktor, Faruq Zulkafli menasihatkan ibu-ibu supaya mempersiapkan diri dengan ilmu mengenai kehamilan.
Pertama, ibu-ibu hendaklah mengambil suplemen seperti asid folik sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum kehamilan. Kalau boleh, jadikannya sebagai amalan. Malah, gadis yang masih belum berkahwin juga boleh mengambil asid folik.
Selain itu, ibu hendaklah sedar akan risiko apabila mengambil sebarang ubat-ubatan tradisional.
Persiapkan diri dengan ilmu
Doktor Faruq juga menasihatkan wanita-wanita yang ingin hamil untuk alert dengan keadaan diri supaya keadaan seperti ini tidak berlaku. Jika lambat datang period untuk tempoh masa seminggu atau lebih, silalah buat ujian kehamilan (UPT). Ibu juga harus sedar akan perubahan fizikal seperti kawasan areola (puting) yang semakin gelap, mood swing, alahan dan sebagainya.
Sumber: Faruq Zulkafli & Oh Bulan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI