Bayi kembar perempuan yang dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean Section (C-Sect) menarik perhatian sepasukan pakar perubatan apabila dilahirkan dengan kantung ketuban yang masih utuh, lapor akhbar Mirror UK.
Kejadian seperti itu dikatakan hanya berlaku sekali dalam setiap 80,000 kelahiran. Peristiwa yang jarang berlaku itu dikenali sebagai ‘kelahiran bertudung’ atau ‘kelahiran duyung’.
Kantung ketuban adalah kantung nipis berisi cecair yang meliputi janin semasa dalam kandungan dan melindunginya daripada kecederaan serta mengawal suhu supaya kekal hangat. Ia kebiasaannya akan pecah apabila seorang wanita melahirkan anak.
Sepasukan doktor berjaya melahirkan dua bayi kembar itu di sebuah hospital di bandar Vinaros, wilayah Castellon di Sepanyol pada Rabu lalu.
Pakar sakit puan dan obstetrik, Ana Teijelo bertanggungjawab ke atas pasukan perubatan berkenaan bagi memastikan kelahiran itu berjalan dengan lancar.
“Hari ini di Hospital Vinaros kami melakukan pembedahan Caesarean Section (C-Sect) bertudung (kembar ke-2) dan anda boleh lihat keghairahan pasukan kami,’’ kata Teijelo. – Agensi
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cahaya mata merupakan penyeri dalam keluarga. Namun, keluarga ini diuji dengan ujian yang berat apabila anak perempuanya disahkan menghidap penyakit jantung berlubang ketika umurnya baru mencecah 7 bulan. Ikuti perkongsian penuh daripada Puan Nor Izani Ibrahim.
Pertama kali saya dapat tahu anak saya Nur Eva Nafisah binti Mohd Nazrol
(1 tahun) menghidap sakit jantung berlubang ketika umurnya 7 bulan. Dia mula demam kemudian doktor dapat kesan bunyi jantung dia seperti lain daripada biasa. Bila buat Echocardigram (echo test) doktor sahkan Eva menghidap sakit jantung berlubang PDA.
CABARAN MENJAGA ANAK SAKIT JANTUNG BERLUBANG
Menjaga anak yang mempunyai sakit jantung berlubang sangat mencabar. Cabarannya, anak perlu dielakkan daripada tempat sejuk sebab bila sejuk jantung dia mengepam lebih banyak.
Si kecil memang tak boleh penat, tak boleh bermain aktiviti lasak dan tak boleh terlalu aktif sebab akan menyebabkan dia menjadi lelah dan sesak nafas, menyukarkan Eva untuk bernafas.
Bila mandikan anak, kaki dan tangan dia menjadi biru dan saya perlu sentiasa mandikan dia dengan air panas. Eva juga mudah letih dan asyik tidur jadi perkembangan dia seperti merangkak dan berjalan menjadi lambat daripada kanak-kanak normal. Selepas selesai operation, semua simptom-simptom tu dah tak ada. Dia dah ok cuma tak boleh terkejut.
PESANAN KEPADA IBU BAPA DILUAR SANA
Pesanan saya kepada ibu bapa diluar sana jika anak ada penyakit jantung atau apa-apa penyakit sekalipun, anggap lah Allah sayangkan kita.
Sakit-sakit ni dapat dekatkan kita pada Allah. Dekatkan kita dengan anak-anak dan kita jadi lebih menghargai sebab kita takut kehilangan. Dekat degan keluarga terutama mak, Rokiah binti Mat Tahir, Abah Ibrahim bin Yusof dan mertua Che Mas Che Harun yang banyak memberi sokongan mental serta fizikal.
Bila kita lalui pengalaman macam ni kite lebih tabah. Bila kita fikir kita dah susah ramai lagi yang lebih susah.
TIP PENJAGAAN JANTUNG SI KECIL DALAM VIDEO DIBAWAH
Saksikan perkongsian daripada ibu bapa yang mempunyai anak menghidap sakit jantung dalam rancangan TV Pa&Ma di Astro Prima & Maya HD, Selasa jam 12 tengah hari dan 9 malam dalam episod Derita Jantung Si Kecil.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang bayi lelaki berusia 38 minggu meninggal dunia akibat Covid-19, antara korban termuda sejak pandemik Covid-19 melanda negara.
Lebih memilukan apabila ibu bayi itu difahamkan masih bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di negara ini. Sementara itu, bapanya bersama lapan anak lain sedang menjalani kuarantin di rumah.
Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak, Taman Selaseh, di sini malam tadi.
Kisah itu dikongsikan menerusi hantaran di Facebook (Fb) rasmi Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini .
Ya Allah…sayu hati kami di keheningan malam tadi, kali pertama menerima jenazah Covid-19 termuda bayi lelaki berusia 38 minggu di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak, Taman Selaseh.
Difahamkan ibunya kini masih bertarung nyawa di ICU. Bapanya pula bersama 8 orang lagi anak sedang menjalani kuarantin di rumah. Semoga dikurniakan ketabahan buat seluruh ahli keluarga.
InsyaAllah, anak kecil ini menanti di syurga, memberikan syafaat buat kedua-dua orang tuanya di akhirat kelak.
Rata-rata wargamaya sebak dengan perkongsian berita ini dan mengucapkan takziah di atas pemergian anak syurga itu. Mereka turut mendokan agar si ibu sembuh seperti sedia kala.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Penjagaan anak pasti perkara yang paling dititikberatkan oleh kebanyakan ibu bapa. Ini termasuklah tentang menjaga tunggul tali pusat bayi yang baru dilahirkan. Jom kenal pasti tanda ia dijangkiti dan cara merawatnya.
Penjagaan tunggul tali pusat bayi
Ketika berada di dalam rahim, tali pusat bayi berfungsi untuk memberikan mereka oksigen dan nutrien yang diperlukan untuk menyokong proses tumbesaran.
Selepas dilahirkan, doktor atau bidan akan memotong tali pusat tersebut daripada plasenta dan meletakkan penyepit pada tunggul yang tersisa untuk memegangnya.
Selepas beberapa hari, setelah tali pusat itu menjadi kering, anda boleh membuka pengepit tersebut.
Tali pusat biasanya akan kekal berada bersama bayi untuk tempoh selama 5 hingga 15 hari. Sepanjang tempoh itu, tunggul tali pusat bayi akan mengering, mengecut dan bertukar menjadi hitam.
Kadangkala, terutamanya sehari sebelum ia tertanggal, tali pusat tersebut mungkin akan mengeluarkan sedikit cecair dan meninggal kesan pada pakaian si manja.
Elakkan mencabut tunggul tali pusat bayi
Perkara paling penting yang harus diingatkan dalam penjagaan anak adalah untuk tidak cuba menarik tali pusat tersebut, walaupun ia kelihatan seperti akan mudah untuk dicabut.
Ini kerana, ia boleh menyebabkan tempoh penyembuhan bertambah dan cenderung mengakibatkan wujudnya parut.
Sebaiknya, biarkan ia tertanggal atau tercabut dengan sendiri apabila tiba masanya.
Jika tali pusat tertanggal dengan sendiri, anda mungkin akan mendapati berlaku sedikit pendarahan pada tunggul tali pusat si manja.
Namun, usah bimbang. Apa yang berlaku itu dikatakan sebagai perkara biasa dan akan berhenti dengan segera.
Penjagaan anak berkaitan tunggul tali pusat
Seperti yang dinyatakan di atas, tempoh jangkaan untuk tali pusat akan mengering dan tertanggal adalah antara 1 hingga 3 minggu selepas kelahiran.
Namun, sementara menunggu berakhirnya jangka masa itu, terdapat 3 cara penjagaan bayi yang perlu dilakukan seperti:
Pastikan tunggul tali pusat sentiasa kering
Anda boleh membiarkan tunggul tersebut mengering dengan membiarkannya terdedah kepada udara.
Pastikan bahagian depan lampin tidak menutupi tunggul tali pusat bayi anda.
Menggunakan span ketika mandi
Semasa memandikan si manja, anda digalakkan untuk menggunakan span sahaja dan elakkan merendamkan bayi ke dalam tab atau besen yang mengandungi air.
Tujuannya adalah untuk memastikan tunggul tali pusat sentiasa berada dalam keadaan kering.
Menarik atau mencabut
Ada masanya, anda seakan tergoda untuk menarik atau mencabut tunggul tali pusat itu, kan? Apatah lagi apabila melihat ia seakan-akan mudah ditarik.
Namun, perbuatan tersebut hanya akan mendatangkan kesan sampingan kepada bayi. Jadi dalam aspek penjagaan anak ini, anda harus biarkan ia jatuh dengan sendiri, okay?
Pun begitu, dalam sesetengah kes, berlaku juga keadaan di mana tunggul tali pusat tidak sembuh sepenuhnya dan timbul tisu merah lembap. Selalunya ia turut mengakibatkan terbentuknya benjolan.
Keadaan itu dipanggil ‘granuloma’. Ia tidak berbahaya, namun anda dinasihatkan untuk membawa bayi mendapatkan pemeriksaan doktor.
Tanda tunggul tali pusat bayi dijangkiti
Ibu jangan terkejut jika lihat ada kudis di hujung tali yang dikepit- ini normal. Bahkan, ia mungkin berdarah sedikit, terutama pada sekitar pangkal tunggul ketika ia sudah hampir tertanggal.
Tetapi seharusnya pendarahan ringan yang terjadi dan akan berhenti apabila anda memberikan tekanan yang lembut.
Walaupun pendarahan yang berlaku adalah perkara biasa dan tidak perlu dibimbangkan, namun ada 5 tanda jangkitan perlu diberikan perhatian, termasuklah:
Rawatan segera
Segera hubungi pakar pediatrik atau doktor sekiranya anda melihat tanda-tanda jangkitan tali pusat di atas.
Dianggarkan sehingga 15% kes jangkitan tali pusat membawa maut. Maka dalam aspek penjagaan anak dengan jangkitan tali pusat, ia boleh dianggap sebagai kecemasan perubatan.
Bayi pramatang berisiko tinggi mendapat komplikasi teruk daripada jenis jangkitan ini kerana mereka sudah mempunyai sistem imun yang lemah. Setelah penyebab gejala dikenal pasti, rawatan akan bergantung pada tahap jangkitan.
Untuk jangkitan ringan, doktor biasanya akan mengesyorkan anda untuk menggunakan salap antibiotik beberapa kali sehari pada kulit di sekitar tunggul tali pusat bayi.
Contoh jangkitan ringan adalah jika terdapat pengeluaran nanah dalam jumlah yang kecil, namun keadaan anak anda kelihatan baik dan masih aktif seperti biasa.
Pun begitu, kes jangkitan ringan boleh menjadi lebih serius apabila tidak dirawat, jadi penting untuk berjumpa doktor jika mengesyaki berlaku jangkitan tali pusat.
Untuk jangkitan yang lebih serius, bayi anda mungkin perlu dimasukkan ke hospital dan diberi antibiotik intravena untuk melawan jangkitan.
Antibiotik intravena dihantar melalui jarum yang dimasukkan ke dalam vena – saluran darah.
Pemeriksaan doktor
Semasa proses penyembuhan, adalah normal untuk melihat sedikit darah pada sekitar tunggul tali pusat si manja. Usah bimbang, okay?
Tetapi anda perlu melakukan pemeriksaan dengan doktor jika tunggul tali pusat mereka masih belum terpisah setelah 3 minggu.
_
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)