Apa beza marah dengan berleter pada anak? Sebenarnya ada yang keliru dengan kenyataan ini kan. Mungkin bagi sesetengah ibu bapa lebih suka mengambil pendekatan tegas dalam mendidik anak. Ada pula yang jenis berlembut.
Apa saja pendekatan yang dilakukan niat hanya satu untuk pastikan anak kita jadi ‘orang.’ Cumanya satu, mendidik anak hari ini cabaran tak sama macam kita kecil-kecil dulu.
Jika dimarah kerap pun anak macam dah tak kisah, jika pukul je lama-lama anak boleh jadi degil. Nak tak nak ibu bapa kena ubah sikit cara tu tapi tak memberi kesan negatif pada anak.
Seperti perkongsian seorang bapa dan suka berkongsi ilmu keibubapaan, saudara Mohd Fhais dia jelaskan leteran ibu bapa antara kaedah paling lembut dan menusuk hati anak-anak. Nampak macam biasa tapi berkesan.
Leteran ni mampu memberi satu ‘suntikan’ untuk anak. Setiap ibu bapa kena pandai tackle hati anak. Bukan terus marah sepanjang masa.
Dulu saya memang tak faham, kenapa la orang tua-tua ni suka berleter. Rupa-rupanya itu la teknik mendidik anak yang paling berkesan sekali.
Ini pengalaman saya didik anak. Cara kasar langsung tak jalan, lagi kasar kita jadi lagi keras hati anak tu.
Ads
Lembut sangat pun tak boleh juga. Di pijak pijaknya kepala kita. Itu tak boleh, ini tak boleh. Semua nak ikut cakap dia je.
Berleter baru nampak berkesan. Bila setiap hari berleter rania baca buku, rania baca buku baru sekarang nampak dah boleh terima kenyataan.
Kalau tak mesti tak boleh terima kenyataan yang dia tu dah besar dan bukan kecil lagi nak main 24 jam.
Teringat masa kena leter dengan nenek dulu. Sampai sekarang saya ingat.
Ads
Ini 5 rahsia berleter yang mungkin ramai tak tahu:
1 – Sebenarnya kita tak perasan bila berleter setiap hari ni kita sedang konsisten mendidik anak non-stop, sampai jelak pun tak apa. Nama pun mendidik.
2 – Bila berleter tak putus putus setiap hari kita sebenarnya sedang didik anak buat perkara yang betul dan jauhi perkara yang salah.
3 – Dengan berleter sebenarnya kita sedang tanam “mindset” yang betul dalam minda anak tanpa dia sedar.
Ads
4 – Leteran kita setiap hari tu sebenarnya adalah “signal” untuk bagitahu anak bahawa apa yang kita leter tu serius dan mesti ikut.
5 – Berleter juga sebenarnya cara mendidik yang paling anak anak akan ingat sampai bila bila. Setiap patah kata kita tu akan terngiang ngiang dalam telinga dia jadi self reminder lifetime dia.
Ala, mesti boleh ingat sendiri apa yang mak ayah kita suka berleter dulukan. Sampai sekarang kita ingat.
Cuba la guna teknik leteran ni didik anak, jangan terkejut anak berubah jadi soleh dan solehah nanti.
Jangan berhenti memeluk anak-anak baik lelaki atau perempuan. Walaupun anak dah makin membesar pelukan itu juga mampu beri rasa selamat, ketenangan dan meredakan tekanan.
Pelukan ayah ibu dapat meredakan ledakan emosi yang dialami anak. Apabila anak-anak mengalami ‘temper tantrum’ atau tekanan, anak menghadapi masalah dengan regulasi emosi. Pelukan mengurangkan hormon stres (cortisol) dan menaikkan hormon kasih sayang (oxytoxin) yang meredakan emosi.
Bukan itu sahaja, pelukan anak-anak juga dapat meredakan tekanan yang sedang dialami ayah dan ibu.
Jika dari kecil diamalkan, tidak ada sesiapa yang akan merasa kekok. Jika baru hendak bermula, teruskanlah, tidak ada salahnya. Tidak haram bagi ibu memeluk anak lelaki dan tidak haram bagi ayah untuk memeluk anak perempuan.
Jika ada yang melarang ayah dari memeluk anak perempuan dan sebaliknya, itu bermakna orang yang melarang itu mungkin pernah mengalami pengalaman yang tidak elok dengan ayahnya atau dengan lelaki dewasa rapat dalam keluarganya. Oleh itu nasihat tersebut tidak releven untuk keluarga normal dan harmoni seperti keluarga anda.
Peluklah anak lelaki dan anak perempuan anda. Itulah cara termudah dan termurah untuk membina ‘connection’ pada zaman di mana kita sering sibuk terkejar-kejar masa.
Pelukan tidak menjadikan anak lelaki lembik, sebaliknya ia memberi kekuatan dalaman kepada mereka.
Siapa yang ada anak kecil sebenarnya wajib ada medical kit di rumah. Bila berlaku kecemasan anak sakit dan sebagainya, medical kit banyak membantu.
Set medical kit juga penting untuk dibawa bersama tatkala pergi bercuti atau balik kampung. Kalau anda tak tahu apa patut dimasukkan dalam medical kit tersebut, boleh ikut cara ibu ini.
Dr Hani Mynis berkongsi ubat-ubat penting yang mesti ada dalam medical kit mak-mak beranak kecil!
Sebenarnya hani dah pernah kongsi must-have items dalam medical kit anak ni tahun lepas. Tapi kali ni hani kongsi lagi sekali dengan lebih detail penerangan dan kegunaan satu-satu item dalam kit Aqil ni.
Bagi hani, kalau ada anak kecil, medical kit memang wajib ada, lagi-lagi kalau nak pergi berjalan melancong atau balik kampung. Pendek cerita memang kena usung bawa pergi mana-mana dan barang-barang pun kalau boleh cuba utk selengkap boleh sebab anak kecil ni kadang tak terduga bila dia nak demam, selesema atau tetiba main terjatuh luka pulak lutut
Kalau boleh sediakan satu bekas khas utk anak yang boleh dibawa travel, boleh bekas plastik atau bekas kain (pouch). Hani guna bekas plastik transparent senang nak simpan nampak lebih kemas dalam kabinet ubat hani Jangan lupa label ya.
1. Medical kit
Masukkan semua dalam satu bekas. Semua hani sumbat dalam ni pergi berjalan jauh mmg wajib bawa
2. Paling penting ! Termometer
Ini senjata utama hani kiranya. Resah kalau takda termometer atau baterinya mati. Sepanjang empat tahun Aqil, dah macam-macam termometer hani cuba dan ini tips hani utk pilih termometer.
Untuk anak kecil, jangan pilih termometer yg kena measure suhu letak bawah lidah atau ketiak. bercinta lah nak dpt kerjasama dia utk ukur suhu bawah lidah dan ketiak dia lelama
Sebaiknya pilih yang jenis infrared tu. Tala kat dahi terus dapat suhu. sekurangnya yang sukat suhu kat dahi atau dalam / belakang telinga tu. Memadai
Beli yang jenis digital bukan yang tengok perubahan warna tu. Lebih yakin. Tapi hani ada juga satu incase of emergency bateri low ke apa
Beli yang ada lampu bila tekan (even waktu malam kita tengok suhu nampaklah nombornya) – yang hani guna skrg takda feature tu tapi dah terbeli guna jelah hehe
Kalau boleh yang berbunyi amaran kalau suhu anak tinggi melebihi 37.5 (dah demam, low fever). Ataupun keluarkan cahaya amaran. Hani pernah pakai jenis ni sblm ni – terbaik)
3. Nasal spray
Ni senjata kedua hani. Kalau Aqil selesema, pernafasan tak selesa sebab hidung tersumbat ke apa, hani sembur je dalam hidung dia. Sekarang dah jarang guna sbb dia dah pandai hembus hidung sendiri kalau selesema. Tapi sesekali kena sembur juga. Wajib ada kalau anak kecil 3 tahun ke bawah.
4. Paracetemol syrup
Untuk dia demam, sentiasa restock dalam medical kit Aqil. Sebab dia sejarah sawan semasa demam, bila dia demam hani jadi extra extra cautious. Wajib ada.
Kalau dah buka botol baru ni, mesti hani beli satu yg baru lain sbg back up secepat mungkin.
Kebanyakan ubat syrup kat farmasi sekarang dia dah bekalkan cawan dos sesiap, bawa sekali masuk dalam kit.
Semasa membeli kena tengok paracetemol yang dibeli berapa dos nya supaya kita boleh kira sendiri berapa ml nak bagi anak makan (bergantung kepada berapa berat badan anak)
5. Syringe
Untuk beri anak makan ubat. Tiga-tiga volume hani adakan (10ml, 5 ml dan 3 ml)
6. Nappy cream
Walaupun macam-macam jenama, hani rasa ini yang terbaik guna sejak dia baby (masa tu dpt free gift dari hospital). Tak pernah nak tukar jenama lain. Kalau punggung dia merah ke apa, letak ni tak sampai sehari dah hilang merah nya.
7. Antibacterial powder
Kalau dia gatal-gatal, miang-miang kat badan, ni wajib hani sapukan. As first treatment lah kiranya.
8. Botol spray
Untuk isikan air kosong, dan spray dan basahkan rambut dan kepala dia, ketiak, pelipat lutut dan peha masa dia demam. Bantu turunkan suhu. Sebab dia kadang-kadang rimas kalau letak kain kat dahi. Tapi kena paksa juga.
9. Nasal aspirator
Untuk kegunaan dia masa dia baby-1 tahun lebih untuk sedut hingus dia.
Tak digalakkan sedut hingus anak dengan mulut ya (walaupun sweet hehe) sebab mulut kita orang dewasa ada macam-macam bakteria so its unhealthy and unhygienic
Cara nak guna:
Sembur dulu hidung anak dengan nasal spray (sterimar) tu lepas tu baru sedut dengan nasal aspirator ni. Sekarang dah ada yang auto available kat pasaran. Yang ni hani guna dah 3-4 tahun lepas masa aqil masih baby.
10. Calamine lotion
Ni second treatment lepas antibacterial powder tadi kalau dia gatal lagi hani try dulu sapu calamine lotion ni before bawa ke klinik jumpa doktor. At least bagi sikit kelegaan kat dia sebab lotion ni sejuk lagi-lagi masa dia kena ruam panas dulu.
11. Ubat selesema
Ni hani dapat dari klinik. Simpan satu yang belum buka sebagai back up. Sekali dengan cawan dos dia tu. Hani selalu tulis tarikh bila dapat ubat ni kat bawah botol ni.
12. Aloe vera gel
Yang ni magical! Haha selepas magic span, ni benda kedua yg hani rasa magic haha. Sebab banyak kegunaan dia. Paling hani suka kegunaan dia ialah bila Aqil demam, hani sapukan gel ni kat tapak kaki dia, ketiak, pelipat peha dan bawah lutut, belakang leher (tengkok) dan paling penting kat ubun-ubun (dahi dia). Kesan dia cepat
Sekejap je suhu dia dari 37.9 jadi 37.1 dan turun lagi. Hani ada dua saiz kat rumah. Yang besar dan kecil ni (khas utk travel) Kalau masak-masak pastu tangan terkena kuali atau periuk panas , cepat-cepat hani sapu benda alah ni terus tak sakit. Sejuk je rasa. Kalau kulit tangan kering pun hani guna ni nak lembapkan sikit kulit tangan. Banyak lah lagi
Hani rasa setiap rumah wajib ada aloe vera gel ni. Hehe utk kecantikan pn hani guna. Seminggu sekali hani buat mask aloe vera guna gel ni. Best
13. Paracetemol suppositories
Penyelamat!
Sebab aqil ada sejarah sawan masa demam, bila suhu dia 38.5 je hani terus guna ni masuk kat punggung dia. Fobia, tapi kena tahu juga pukul berapa last makan ubat paracetemol syrup tu.
Ni pun ada dua dos berbeza (120 dan 250mg)
14. Mosquito repellent patch
Benda wajib ada lagi-lagi kalau bercuti di resortresort, bercamping dan kalau balik kampung.
Ini sejenis pelekat yang kita tampal je kat baju, dia keluarkan bau yang boleh repel nyamuk.
Berkesan bagi Aqil, untuk orang dewasa pun boleh letak kat baju dia
15. Kool fever
Selalu hani guna kalau keluar atau on the way nak ke klinik. Untuk maintain suhu rendah, hani letak kat dahi dan kalau dia ada tonsil hani tampal je kat leher.
Cool down area situ supaya dia lega sikit (ini ada orang bagi petua kat hani kalau anak tonsilitis).
Haritu hani terbaca letak kat atas tulang punggung pun bagus juga untuk cepatkan turun suhu. Hani try juga, ok juga
So kalau dia demam, sekali dua hani letak, kat dahi dan atas tulang punggung.
Hani kalau Aqil demam mmg over sikit paranoid dia. Risau sejarah mungkin berulang punya pasal
16. Hansaplast
Bila ada anak kecil dah mula dapat kaki dan melasak mmg kena adalah benda alah ni. Tetiba je main lari-lari lepas tu jatuh luka kat siku lah lutut lah
17. Aloclair spray untuk ulser
Hani mula-mula dapat tahu kewujudan ni masa Aqil kena HFMD dulu. Ada yang suggest guna ni dan hani rasa berterima kasih siapa yang suggest ni hehe sebelum ni kalau ulser hani sapukan gel glycerin tapi habis digigitnya jari hani so ni pengganti gel glycerin untuk legakan ulser dalam mulut.
18. Pengetip kuku
19. Iv kids
Hani guna ni sejak dua tahun lepas bila hani dok cari minyak angin sesuai dan tak panas sangat untuk kembung perut Aqil. Tapi sbnrnya hani guna ni untuk macam-macam untuk spray kat mandian lemon Aqil (kalau dia selesema), untuk urut-urut badan dia lepas mandi, sapu kat perut dia kalau dia sembelit. Saiz dia yang baru ni comel lagi mudahkan nak bawak ke mana dan muat dalam bekas kit aqil ni.
20. Normal saline
Untuk basuh luka sebelum hani tampal hansaplast kat luka tu.
Kalau takda ni kat rumah, option lain guna normal saline yang untuk mata dan lens tu. Sama je boleh guna untuk cuci luka sebelum tampal hansaplast
Penyakit kaki tangan dan mulut atau HFMD memang sering menjangkiti anak-anak yang masih kecil. Gejala termasuk demam, hilang selera makan, ruam kulit yang tidak gatal dan selalunya sakit tekak antara tanda si kecil menghidapi penyakit berjangkit ini. Selain itu luka dan ulser yang terdapat di lidah juga akan muncul pada anak-anak yang dihidapi HFMD.
Seperti perkongsian yang dibuat oleh seorang ibu mengenai anaknya yang dijangkiti penyakit tersebut. Pada mulanya dia ingatkan anaknya menghidap demam campak, namun setelah diperiksa rupanya menghidap penyakit kaki tangan dan mulut.
Menurutnya dia menggunakan rawatan tradisional cara orang India yang dikongsi oleh jirannya. Syukur apa yang dibuat menampakkan hasil yang positif sehingga ruam pada badan anak menjadi kering.
Ingat Anak Kena Demam Campak
Mula-mula ingatkan anak kena demam campak, tapi tak sangka HFMD. Saya guna 100% rawatan tradisional cara orang India. Jiran kat rumah saya yang kongsi petua ini. Alhamdulillah dah okey sangat-sangat. Sampai saya bawa pergi ke hospital swasta, doktor pakar kanak-kanak pun puji. Dia kata, pandai saya jaga anak sampai jadi kering dan elok sakit dia tu.
INI ADA SEDIKIT PETUA
1. Bagi Anak Makan Aiskrim Vanilla Saya bagi anak makan aiskrim vanilla. Aiskrim ini nak bagi luka dalam mulut reda. Cubalah, memang sangat-sangat berkesan.
2. Masuk Serbuk Kunyit Dalam Air Yang Diletakkan Bawah Cahaya Matahari Ambil sebesen air paip dan letakkan di bawah cahaya matahari (saya letak jam 10.40 pagi sampai jam 1.00 pagi). Masukkan serbuk kunyit satu sudu besar. Biarkan sampai air paip tadi panas-panas suam. Masukkan juga daun bambu ke dalam air tersebut. Selepas itu bagi anak kita mandi menggunakan air itu. Jangan bilas dengan air paip, biarkan air kunyit dan daun bambu ini di badan anak, jadikan sebagai penawar.
3. Campur Daun Mambu & Bedak Sejuk, Lumur Satu Badan Ramaskan daun mambu dengan bedak sejuk, lumurkan ke tangan, kaki di bahagian yang terjejas. Jangan masukkan dalam mulut ye. Yang dalam mulut, bagi anak makan aiskrim vanilla saja.
InsyaAllah selepas 2-3 hari, pasti akan hilang. Cubalah, sebab saya sendiri dah mencubanya.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.