Berleter Cara Mendidik Paling Lembut. Berkesan Berbanding Marah Anak Sepanjang Masa

Share

Apa beza marah dengan berleter pada anak? Sebenarnya ada yang keliru dengan kenyataan ini kan. Mungkin bagi sesetengah ibu bapa lebih suka mengambil pendekatan tegas dalam mendidik anak. Ada pula yang jenis berlembut.

Apa saja pendekatan yang dilakukan niat hanya satu untuk pastikan anak kita jadi ‘orang.’ Cumanya satu, mendidik anak hari ini cabaran tak sama macam kita kecil-kecil dulu.

Jika dimarah kerap pun anak macam dah tak kisah, jika pukul je lama-lama anak boleh jadi degil. Nak tak nak ibu bapa kena ubah sikit cara tu tapi tak memberi kesan negatif pada anak.

Seperti perkongsian seorang bapa dan suka berkongsi ilmu keibubapaan, saudara Mohd Fhais dia jelaskan leteran ibu bapa antara kaedah paling lembut dan menusuk hati anak-anak. Nampak macam biasa tapi berkesan.

Leteran ni mampu memberi satu ‘suntikan’ untuk anak. Setiap ibu bapa kena pandai tackle hati anak. Bukan terus marah sepanjang masa.

Dulu saya memang tak faham, kenapa la orang tua-tua ni suka berleter. Rupa-rupanya itu la teknik mendidik anak yang paling berkesan sekali.

Ini pengalaman saya didik anak. Cara kasar langsung tak jalan, lagi kasar kita jadi lagi keras hati anak tu.

Lembut sangat pun tak boleh juga. Di pijak pijaknya kepala kita. Itu tak boleh, ini tak boleh. Semua nak ikut cakap dia je.

Berleter baru nampak berkesan. Bila setiap hari berleter rania baca buku, rania baca buku baru sekarang nampak dah boleh terima kenyataan.

ARTIKEL MENARIK [Install Apps Ini Di HP Ibu Ayah Untuk Kawal Aktiviti Penggunaan Harian Anak. Senang!]

Kalau tak mesti tak boleh terima kenyataan yang dia tu dah besar dan bukan kecil lagi nak main 24 jam.

Teringat masa kena leter dengan nenek dulu. Sampai sekarang saya ingat.

Ini 5 rahsia berleter yang mungkin ramai tak tahu:

1 – Sebenarnya kita tak perasan bila berleter setiap hari ni kita sedang konsisten mendidik anak non-stop, sampai jelak pun tak apa. Nama pun mendidik.

2 – Bila berleter tak putus putus setiap hari kita sebenarnya sedang didik anak buat perkara yang betul dan jauhi perkara yang salah.

3 – Dengan berleter sebenarnya kita sedang tanam “mindset” yang betul dalam minda anak tanpa dia sedar.

4 – Leteran kita setiap hari tu sebenarnya adalah “signal” untuk bagitahu anak bahawa apa yang kita leter tu serius dan mesti ikut.

5 – Berleter juga sebenarnya cara mendidik yang paling anak anak akan ingat sampai bila bila. Setiap patah kata kita tu akan terngiang ngiang dalam telinga dia jadi self reminder lifetime dia.

Ala, mesti boleh ingat sendiri apa yang mak ayah kita suka berleter dulukan. Sampai sekarang kita ingat.

Cuba la guna teknik leteran ni didik anak, jangan terkejut anak berubah jadi soleh dan solehah nanti.

Sumber: Mohd Fhais

 

Published by
Wan Amy