Bermain Dengan Kakak Di Anjung Rumah, Bayi 15 Bulan Maut Terjatuh Dalam Banjir

Share

Bayi lelaki berusia setahun tiga bulan ditemukan lemas di Kampung Gual Tok Deh, Pasir Mas, Kelantan (19 Disember).

Memetik laporan Metro, kejadian pada 1 tengah hari itu menjadikan bayi itu adalah korban pertama banjir di Kelantan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau Panjang Shapawi Stapa berkata, mangsa dikatakan bermain di anjung rumah bersama kakaknya sebelum dilaporkan terjatuh.

“Bagaimanapun, kejadian mangsa terjatuh tidak disedari oleh kakaknya sebelum nenek mangsa menyedari cucunya tiada dan bertindak mencari di keseluruhan rumah.

“Pihak kami menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 1 tengah hari sebelum mengerahkan jentera ke lokasi kejadian.

Gambar Hiasan Kredit Gambar: Awani

“Bagaimanapun, sebaik tiba mayat mangsa sudah ditemui penduduk kampung dan mayat kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Pasir Mas (HPM) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kredit: Metro

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

Published by
Wan Amy