Setiap petang si kecil ajak ke taman. Jangan malas melayan anak walaupun nampak remeh main di taman tapi impaknya penting untuk perkembangan otak dan kemahiran motor kasar si manja anda.

Selain menjadi satu cara ‘bonding’antara ibu ayah dan anak, aktiviti bermain di taman permainan mempunyai impak besar kepada perkembangan otak dan kemahiran motor kasar anak yang sangat penting untuk pembelajarannya bila sudah masuk sekolah nanti.

Walaupun anda nampak aktiviti bermain mereka seperti memanjat gelungsor, bergayut di ‘monkey bar”, memanjat tali dan sebagainya seperti tiada apa-apa kepentingan tetapi hakikatnya ia bagus untuk anak kecil belajar banyak kemahiran motor kasar selain daripada kemahiran bersosial dengan kawan-kawan.

Oleh itu ibu ayah jika bawa anak bermain di taman, anda kenalah bantu dan pantau anak bermain. Janganlah dibiarkan si kecil sendirian kerana anda sibuk melayan handphone!

Menurut Puan Mahfuzah Zainol, Terapis Cara Kerja atau Occupational Therapist, ibu bapa mestilah rajin membawa dan melayan anak bermain di taman permainan sebagai salah satu cara mereka belajar.

Selalin dari itu aktiviti di taman juga membantu merangsang otot bahu anak. Aktiviti rangsangan otot bahu  merupakan aktiviti intervensi yang dilakukan oleh terapis carakerja dalam meningkatkan kemahiran motor kasar.

Sebenarnya kekuatan otot pada bahagian bahu amat penting untuk aktiviti-aktiviti kehidupan harian lebih-lebih lagi dalam aktiviti pembelajaran.

Banyak sebenarnya faedah daripada aktiviti kemahiran motor kasar di taman permainan.

Kadang-kadang nampak macam remeh je bergayut-gayut atau memanjat jaring-jaring tu, tapi impaknya dalam pemprosesan otak dan kemahiran sangat besar!

Bermainlah!

IKLAN

Aktiviti-aktiviti ini boleh dijadikan aktiviti rangsangan sensori propriception secara tidak langsung.

Contohnya, memanjat, secara tidak langsung compression of joints dilakukan semasa bermain!

Aktiviti rangsangan otot pada bahu boleh memberi impak dalam pegangan pensel yang baik dan kemahiran persepsi visual yang berkesan.

6 aktiviti rangsangan otot bahu di taman permainan

Bermain Di Taman Nampak Macam Remeh Tetapi Penting Untuk Pemprosesan Otak Dan Kemahiran Motor Kasar Anak

IKLAN
  1. Mendaki titian condong dengan tali

Bermain Di Taman Nampak Macam Remeh Tetapi Penting Untuk Pemprosesan Otak Dan Kemahiran Motor Kasar Anak

2. Memanjat tiang

Bermain Di Taman Nampak Macam Remeh Tetapi Penting Untuk Pemprosesan Otak Dan Kemahiran Motor Kasar Anak

3. Bergayut

Bermain Di Taman Nampak Macam Remeh Tetapi Penting Untuk Pemprosesan Otak Dan Kemahiran Motor Kasar Anak

IKLAN

4. Memanjat dinding

Bermain Di Taman Nampak Macam Remeh Tetapi Penting Untuk Pemprosesan Otak Dan Kemahiran Motor Kasar Anak

5. Memanjat pada dinding berlubang

Bermain Di Taman Nampak Macam Remeh Tetapi Penting Untuk Pemprosesan Otak Dan Kemahiran Motor Kasar Anak

6. Memanjat pokok

Opps…pastikan keselamatan anak-anak juga ya!!!

Sumber: mahfuzahzainol.com

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI