Di saat anak anda sudah pandai berjalan, akan tiba satu peringkat di mana si kecil akan meneroka setiap yang berada di sekeliling mereka. Mereka akan melihat, menyentuh, menghidu, mendengar dan merasa benda yang ada pada mereka. Ketika peringkat ini, usah terkejut jika anak anda paling seronok bermain pasir atau tanah di luar rumah.

Bermain Kotor Lebih Baik Dari Beri Anak Main Gajet! Anak Lebih Bijak Bila Meneroka Alam

Bermain kotor baik untuk si manja?

Semua ibu bapa pasti tidak suka jika anaknya bermain kotor. Bukan hanya disebabkan penat mencuci pakaian kotor si manja, bahkan juga sebab yang lebih penting adalah kerana khuatir anak dijangkiti kuman dan bakteria. Pasir dan tanah yang ada di luar rumah mengandungi banyak kotoran dan bakteria yang boleh menyebabkan si manja ditimpa penyakit. Selain pasir dan tanah, kanak-kanak gemar bermain dengan makanan mereka, daun, air, batu, kayu, pokok-pokok, rumput dan macam-macam lagi.

Mengikut kajian perkongsian dari Hello Doktor, bermain kotor adalah merupakan bahagian penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Jika dilihat dari sudut kasar, memanglah bermain kotor ini hanya akan menyebabkan anak kotor dan lebih teruk lagi boleh memberi kesan kepada kesihatan anak. Namun, melalui ‘kotoran’ juga dapat memberi berpeluang kanak-kanak untuk mempelajari banyak benda.

Kajian anak bermain kotor dengan perkembangan mereka

Kajian mendapati bahawa kanak-kanak yang bermain kotor adalah lebih berkemungkinan untuk lebih baik dalam pembelajaran mereka. Bayi yang mencengkam, merasa (perbuatan), rasa (oral) dan membaling objek, terutamanya makanan mereka, adalah sedang mengumpul maklumat berterusan tentang dunia di sekeliling mereka. Ahli psikologi menjalankan kajian kepada 72 bayi, masing-masing berumur 16 bulan, memberikan mereka beberapa bahan dan melihat jika bayi-bayi tersebut boleh belajar menyebut nama bahan yang diberikan.

Ads

Bermain Kotor Lebih Baik Dari Beri Anak Main Gajet! Anak Lebih Bijak Bila Meneroka Alam

Melalui kajian tersebut, mereka mendapati bahawa anak-anak yang lebih suka membuat kotor adalah lebih baik dalam pembelajaran dan menangkap perkataan. Pakar memberitahu, melalui tindakan seperti bermain dengan kerusi makan ataupun melempar barang sebenarnya, bayi sedang mendapat maklumat daripada perbuatan-perbuatan mereka. Malahan, mereka menggunakan maklumat tersebut kemudiannya. Setiap kanak-kanak diberikan 14 objek bukan pejal, termasuklah jem strawberi, keju, butterscotch, coklat cair dan oatmeal. Bayi-bayi ini kemudiannya disuruh menyebut nama setiap barang, dengan perkataan yang ringkas seperti ‘dax’ atau ‘kiv’. Seminit kemudian, bayi-bayi ini diberikan objek yang sama dalam bentuk yang berbeza, dan diminta untuk mengenal pasti objek sekali lagi.

Saintis mendapati bahawa kanak-kanak yang menggunakan lebih ‘tindak-tanduk kotor atau selekeh’ seperti menggenggam, mengambil atau membawa bahan ke dalam mulut mereka, boleh menamakan beberapa barang lebih tepat berbanding dengan bayi yang tidak melakukan ‘tindak-tanduk kotor; seperti menuding barang dengan jari. Daripada kajian ini, kira-kira 70% kanak-kanak yang melakukan aksi kotor dapat mengenal pasti barang dengan tepat, sementara kanak-kanak yang tidak membuat aksi kotor hanya kira-kira 50% sahaja yang menjawab dengan betul.

Ads

Manfaat jika biar anak bermain kotor

Perkembangan fizikal

Dengan bermain kotor, kanak-kanak berpeluang melatih dan mengembangkan kemahiran motor halus serta kordinasi tangan dan mata mereka melalui aktiviti seperti memegang, menabur dan menyudu pasir. Aktiviti ini juga menyediakan peluang untuk kanak-kanak membezakan tekstur seperti lembut, kasar, keras dan halus.

Perkembangan emosi dan sosial

Menjadi sifat semula jadi kanak-kanak iaitu penuh dengan rasa ingin tahu. Bermain kotor menggalakkan si kecil untuk melalui pengalaman baru. Semasa bermain kotor, kanak-kanak tidak perlu mengikuti peraturan dan tiada cara khusus untuk mereka bermain kotor. Ketika ini, kanak-kanak diberikan kebebasan untuk membuat sesuka hati mereka. Hal ini dapat meningkatkan rasa yakin diri mereka. Melalui bermain kotor ini juga, si manja anda akan fokus, bijak merancang dan menyelesaikan masalah. Anak anda juga dapat membina hubungan dengan rakan sebaya mereka semasa bermain.

Perkembangan intelektual

Kanak-kanak akan menyiasat, meneroka, mencipta dan lebih memahami dunia di sekeliling mereka. Sewaktu mereka memerhati, meramal, mencuba untuk menyelesaikan masalah dan melihat hasil, kanak-kanak akan lebih memahami kaedah saintifik yang digunakan sepanjang proses bermain kotor.

Ads

Perkembangan kreatif

Anak kecil anda berpeluang untuk meningkatkan imaginasi dan kreativiti mereka melalui kotoran yang dimainkan. Melalui pengalaman sensori, kanak-kanak dapat bergerak balas dengan perkara yang mereka lihat, dengar, rasa, sentuh dan hidu. Mereka kemudiannya akan melahirkan perasaan dan pandangan melalui warna, struktur, bentuk dan binaan dalam pemerhatian mereka.

Kesimpulannya, membenarkan anak bermain kotor tidak semestinya anda perlu berikan si manja kebebasan bermain tanah dan pasir di luar rumah. Sebaliknya, kini terdapat banyak pasir kinetik yang dijual di pasaran. Jika ingin lebih jimat, bawalah anak anda bermain pasir di pantai.

Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan bayi dengan harga murah, dapatkan di SINI.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI