Bermain adalah perbuatan sukarela dan menyeronokkan bagi kanak-kanak. Bermain adalah sebahagian daripada aktiviti yang penting bagi kanak-kanak untuk mempelajari bahasa dan pertuturan.
Kanak-kanak meluahkan idea, perasaan dan fikiran mereka sewaktu bermain. Kemahiran bermain merupakan sebahagian daripada kemahiran pra-pertuturan kanak-kanak.
Kanak-kanak yang mempunyai masalah bermain:
-Kanak-kanak yang mengalami kecacatan mental
-Kanak-kanak yang mengalami kecacatan fizikal
-Kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan
-Kanak-kanak yang mempunyai masalah persepsi
-Kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi dan tingkah laku
-Kanak-kanak yang kurang mendapat peluang untuk bermain
-Kanak-kanak yang mempunyai kelambatan pertuturan dan bahasa
Terdapat 3 jenis permainan:
-Permainan berfungsi
-Permainan membina
Ads
-Permainan olok-olok
-Permainan Berfungsi
Kanak-kanak bermain permainan berfungsi dengan eksplorasi sesuatu objek. Antara contoh permainan berfungsi adalah seperti menarik, menggoyang atau mengetuk objek, memanjat dan berlari.
Permainan Membina
Kanak-kanak membina sesuatu dengan merancang menggunakan minda. Contoh permainan membina seperti membina istana pasir atau menyusun blok secara bertingkat. Kanak-kanak akan menggunakan minda mereka untuk bermain permainan ini.
Permainan Olok-olok
Bermain menggunakan imaginasi seperti memberikan anak patung makan dan minum atau bermain secara olok-olok seperti menjadi seorang doktor. Keupayaan untuk meniru, penggunaan motor sensori dan kemahiran kognitif adalah penting dalam permainan olok-olok.
Tips bermain bagi meransang pertuturan anak
Ads
Sewaktu bermain dengan anak anda, bercakaplah dengan mereka. Komunikasi sewaktu bermain dapat merangsang pertuturan dan bahasa anak anda. Gunakan bahasa yang mudah, intonasi suara yang menarik serta pilih permainan yang bersesuaian dengan umur mereka. Gunakan ruang yang sesuai untuk anda dan anak anda bermain. Anda juga boleh menarik minat mereka dengan mengajak mereka berbual semasa bermain.
Aktiviti bermain mestilah sesuai dengan perkembangan anak anda. Pilih permainan yang bersesuai dengan perkembangan anak. Permainan perlu diubahsuai jika perlu bagi kanak-kanak yang mengalami kelainan upaya.
Mainan atau barang-barang yang digunakan mestilah bersesuaian dengan umur mereka.
Kenal pasti minat anak anda dan gunakan minat tersebut untuk menarik perhatian mereka bermain.
Arahan secara lisan mestilah sesuai dengan tahap pemahaman anak anda. Gunakan bahasa yang mudah difahami.
Proses mengajar dimulakan dengan perkara asas dan kemahiran yang baru perlu diperkenalkan secara berperingkat.
Model perbuatan yang hendak anda ajar. Jika anak anda mempunyai masalah untuk meniru perbuatan tersebut, beri bantuan secara fizikal. Sebagai contoh; pegang tangan mereka dan melambai ‘bye-bye’
Ads
Anak anda mungkin berasa kecewa jika waktu bermain terlalu singkat atau tempoh bermain yang terlalu lama juga boleh menyebabkan mereka berasa bosan. Rancang tempoh bermain yang sesuai dengan anak anda.
Kanak-kanak yang tidak mahu bermain akan ikut bermain jika mereka lihat anda seronok dengan aktiviti yang sedang anda lakukan.
Beri ganjaran seperti pujian jika anak anda bermain sehingga habis sesuatu permainan.
Tunjukkan yang anda juga suka apabila anak anda bermain.
Sewaktu bermain, galakkan anak anda bercakap tentang apa yang sedang anda berdua lakukan
Apabila kanak-kanak bosan dengan mainan mereka, anda boleh bermain mainan tersebut dengan cara yang lain seperti menyembunyikan mainan tersebut di dalam kotak untuk mendapatkan semula perhatian mereka.
Ingat, anak anda juga perlukan masa untuk bermain sendiri
Keselamatan sewaktu bermain adalah sangat penting. Pastikan kanak-kanak mendapat pengawasan semasa bermain, ruang bermain yang mencukupi dan peralatan yang selamat
Permainan yang sesuai mengikut umur
Sewaktu bermain dengan anak anda, pastikan mainan tersebut sesuai dengan umur mereka Berikut adalah cadangan permainan yang sesuai mengikut peringkat umur mereka.
0-3 bulan -Mainan yang lembut, buku yang lembut, rattles lembut
3-6 bulan -Rattles yang ringan, buku kulit keras, mainan untuk menggigit, play mat
6-9 bulan -Buku, anak patung yang lembut, bola, blok berkayu atau blok lembut, mainan perkakas rumah
2-4 tahun -Permainan yang boleh ditarik atau ditolak, permaian yang boleh ditunggang, permainan aksi seperti buaian, terowong and gelongsor (taman permainan mini)
5-8 tahun -Permainan yang boleh dimanipulasi seperti permainan potong (cut game), mainan seni dan kraf tangan
Sumber: Laman Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak saya payah sangat nak tidur malam. Bila dah tidur, tak lena pulak. Suka terjaga tengah malam meragam, mengigau, menangis. Ada cara tak nak atasi?
Selain susah tidur, ada juga yang risau bila bangun pagi je bad mood. Suka mengamuk-ngamuk. Macam mana nak bagi mood dia happy je ye?
Sebenarnya semua yang berlaku ni kita tak perasan kekurangannya berpunca dari kita sendiri. Perkongsian dari Puan Ezzaty Suffian ini mungkin boleh merungkai persoalan ibu-ibu semua.
Bila zaty dapat soalan macam ni, satu je yang akan zaty tanyakan balik kat ibu ayah. Biasa tak urut badan anak-anak? Dann kebanyakan jawapan diorang ialah tak biasa, jarang, tak pernah urut badan anak.
Zaty dulu pun takde ilmu langsung pasal urut anak. Sampailah bila zaty bawa fayyadh pergi terapi, therapist tanya zaty soalan yang sama. Amalkan tak urut badan anak hari-hari?
Dush, dush, dushhhhhh….tepuk kepala sendiri. Baru tahu rupa-rupanya urut badan anak ni tersangatttt penting dan boleh pengaruh tahap perkembangan anak-anak.
Sejak daripada dah tahu tu, zaty terus amalkan urutan badan fayyadh hari-hari. Untuk baby faqeeha, zaty dah mula urutkan badan dia sejak dari umur sebulan sampailah sekarang.
Kenapa kena urut badan anak?
❤bantu tingkatkan emosi positif anak
Anak rasa lebih relax, kurang rasa takut, buatkan dia rasa lebih tenang. Sebabnya dia dapat rasa skin to skin touch (tangan kita urut badan anak).
Rangsangan dari sentuhan inilah nanti akan hasilkan hormon oxytocin dalam badan anak yang buatkan dia rasa nyaman dan tenang. Dan kurangkan penghasilan hormon cortisol/hormon stress.
Finally akan hasilkan result : anak mudah tidur, dapat tidur yang lena, jarang meragam dan mengamuk.
❤bantu tingkatkan sistem penghadaman anak
Anak yang mudah kembung perut, selalu sembelit, kurang selera makan semuanya boleh dikurangkan bila kita rajin urut anak. Untuk masalah penghadaman, kita fokus lebih sikit pada urutan kat perut anak.
❤bantu tingkatkan sistem imunisasi anak
Bila anak kerap demam, batuk dan selsema maknanya sistem daya tahan badan anak tak kuat. Bila kita rajin urut badan anak, akan bantu tingkatkan peredaran darah ke seluruh badan.
Bila darah mengalir lancar, oksigen dapat dibekalkan ke seluruh pelusuk badan. So, ini yang diperlukan untuk tingkatkan sistem imun dia.
❤bantu tingkatkan tahap perkembangan anak
Body awareness, kemahiran motor kasar yang libatkan otot besar pada kaki dan tangan, koordinasi badan anak, dan banyak lagi yang libatkan tahap perkembangan dia boleh dibantu bila kita urut anak seawal usia yang boleh.
Dan ini pun akibat daripada zaty tak pernah urut fayyadh waktu baby dulu. Therapist dapat detect yang fayyadh kurang part body awareness. Itu yang buatkan fayyadh suka duduk kat celah almari, kat tempat sempit sebab dia nak rasa tubuh badan dia sendiri.
❤bantu sel-sel otak anak berhubung
Bila urut anak, make sure kita communicate dengan dia. Kita bersembang, senyum dan gelak ketawa dengan anak. Otak anak usia lepas lahir hingga 6 tahun paling mudah nak serap segala apa yang kita cakap.
Communication ini yang akan buatkan sel otak dia berhubung dengan lebih banyak dan sangat bantu develop speech anak.
Paling penting pastikan bila nak urut anak, kita gunakan minyak yang sesuai. Jangan urut anak dengan tangan kering. Nanti baby boleh rasa sakit.
Bila nak urut badan anak?
Amalkan seelok-eloknya sekali sehari pada setiap hari. Boleh pilih waktu urut anak :
1) lepas bangun tidur
2) lepas mandi pagi
3) sebelum tidur malam
4) waktu anak tak terlalu lapar/tak terlalu kenyang
5) elakkan waktu anak menangis/mengamuk
Semoga maklumat yang zaty kongsi dapat bantu ibu ayah amalkan urut badan anak lepas ni dan tengok sendiri apa kesannya lepas kita jadikan urutan sebagai rutin harian.
Marah ketika anak menangis dan mengamuk bukan penyelesaian terbaik. Mungkin anak akan senyap tapi boleh menjejaskan emosi anak.
Anak makin besar, perangainya kadang kala cukup menguji kesabaran ibu bapa. Macam-macam perasaan akan muncul apabila anak dah mula buat perangainya.
Nak cubit, nak marah, nak pukul semua ada dalam waktu itu. Disebabkan ini ada ibu bapa yang tak dapat menahan sabar sehingga anak jadi mangsa keadaan.
Paling menguji kesabaran ibu bapa apabila anak mula mengamuk apabila tidak dapat apa yang dimahukannya.
Antara perkara yang boleh dibuat untuk meredakan anak yang sedang mengamuk adalah:
– Peluk anak dari arah belakang.
– Bisik ke telinganya yang anda sayang dan sangat faham dengan perasaannya.
– Bacakan Surah Toha ayat 1- hingga 5 pastu tiupkan di ubun-ubun anak
– Tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda juga sendiri perlu bertenang.
– Jangan sekali-kali marah dan menjerit atau memukul anak dengan tujuan untuk mendisiplinkannya. Ia hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau semakin suka memberontak.
Benar, kadang-kadang dalam keadaan kita marah kepada anak, mungkin tidak disedari keluar perkataan-perkataan yang buruk seperti, “Ya Allah, nakalnya anak aku ni!” atau banyak lagi perkataan-perkataan lain yang mungkin kita tidak sedar kerana berada dalam keadaan marah.
Doa ibu bapa kepada anaknya termasuk dalam kategori doa yang amat mustajab.
Ketika kita mengeluh berkenaan dengan nakalnya anak kita, renungkan diri kita kembali. Apakah kita pernah mendoakan kebaikan untuknya?
Apakah kita selalu mendoakan anak kita termasuk dalam generasi mereka yang menunaikan solat?
Apakah kita selalu mendoakan anak kita menjadi anak yang soleh?
Apakah ketika kita marah, kita mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya untuk anak kita? Banyak yang perlu dimuhasabah.
Jangan hanya berdoa sekali atau dua kali, terus kita mengharapkan anak kita akan berubah. Perlu lebih jujur dan istiqamah dalam berdoa jika kita benar-benar sayangkan anak-anak kita.
Sama-samalah kita mendoakan yang baik-baik untuk anak-anak. Jangan sesekali meremehkan kuasa doa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Echolalia adalah situasi di mana kanak-kanak mengulang semula apa yg mereka dengar. Echolalia ni biasanya terjadi disebabkan oleh beberapa keadaan iaitu
1. Ciri-ciri yang ditunjukkan oleh kanak-kanak autism – perlu dapatkan penilaian dan nasihat dari professional ya. Jangan pulak assume anak mengulang je autism.
2. Kanak-kanak masih tidak faham apa yang mereka perlu katakan. Contohnya, masih tak tahu untuk jawab soalan yang diberikan. Biasa terjadi pada kanak-kanak yang tengah belajar bercakap.
TIPS BERCAKAP DENGAN ANAK ECHOLALIA (ANAK ULANG APA YANG KITA CAKAP)
Tapi untuk kedua-dua situasi, ada cara untuk anda membantu kanak-kanak untuk memahami dan berkomunikasi dengan menggunakan ayat yang betul.
Salah satu cara adalah dengan menterjemah apa yang perlu anak katakan mengikut situasi yang sesuai. Berikan ayat atau perkataan yang perlu anak sebut berkaitan situasi. Dengan cara ini kanak-kanak boleh berlajar ayat yang betul untuk mereka guna.
Kurangkan / elakkan bertanya banyak soalan dan memberi arahan.. sebab nanti anak akan echo apa yang anda cakap.. dan menjadikan ayat tersebut tak sesuai untuk mereka guna nanti.
Fahami apa yang anak anda cuba katakan, barulah anda boleh beri input yang betul
Bayi yang sering meragam atau sukar tidur mungkin sedang mengalami ketidakselesaan seperti kembung perut, ketegangan otot, atau gangguan emosi ringan. Salah satu cara semula...