Sekali tengok macam edit je tapi hakikatnya tak. Itulah kelebihan yang dimiliki oleh anak kepada pasangan Instafamous, Mikhail Isaaq dan Siti Hajar apabila bayi lelakinya yang diberi nama Mikhail Darwish berjaya mencuri tumpuan sesiapa saja yang melihatnya.
Dengan kulit yang putih dan mempunyai sepasang mata berwarna kelabu, semua akan cakap seperti anak patung. Sejak dilahirkan Oktober lalu, tarikan utama Mikhail Darwish ini pada matanya.
“Kebetulan pula keturunan isteri saya (Hajar) ada kacukan Arab, Melayu, Cina dan saya sendiri pun ada keturunan Melayu, Cina, India dan Bugis.
“Jadi bila lahirnya Mikhail Darwish ini ia mempunyai campuran darah kedua-dua pihak. Kebetulan ini juga anugerah Allah,” kongsinya.
Ads
Bayi berusia 3 bulan ini juga turut mempunyai instagram sendiri dan kini mempunyai seramai 129,000 pengikut untuk melihat perkembangan si kecil ini membesar.
Ads
Rata-rata warganet geram melihat kecomelan Mikhail Darwish ini dan semuanya memuji si kecil ini yang mempunyai mata bulat dan cantik.
Sumber: Mikhail Darwish (MD) & Mizisaaq
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aafiyah disakat ibu dan ayah, comelnya reaksi dia! Momen yang indah buat Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini membuatkan netizen gembira & terhibur.
Dato’ Seri Siti Nurhaliza telah memuatnaik video dia bersama Aafiyah dan suaminya, Dato’ Sri Khalid dengan kapsyen pendek yang menyatakan dia baru pulang daripada kerja.
Video tersebut menunjukkan Aafiyah ingin mendapatkan ibunya tetapi si ayah suka-suka mengatakan tak boleh kepada Aafiyah.
Gurauan comel ini membuatkan Aafiyah menangis dan bila ibu mendukung dia seakan merajuk pula. Alahai comel sungguh reaksi Aafiyah!
Reaksi netizen rata-ratanya terhibur melihat gelagat ini. Ada juga yang ulang tonton berulang kali untuk melihat kecomelan Aafiyah bila disakat ibu ayahnya & momen kebahagiaan Dato’ Sri Siti Nurhaliza menjadi ibu melayani Aafiyah.
Ekzema ialah satu keadaan di mana kulit tidak dapat menahan kelembapan. Ia boleh mengakibatkan pelbagai masalah seperti merekah, kegatalan dan sebagainya. Apakah faktor yang menyebabkan terjadinya ekzema dan rawatan yang sesuai? Ikuti rancangan TV Pa&Ma episod Derita Ekzema yang akan ke udara pada 4 Disember 2018, jam 12 tengah hari di Astro Prima & Astro Maya HD. Kalau terlepas, boleh tonton ulangannya jam 9 malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Di dalam setiap titis susu ibu, tersimpan kasih sayang yang tidak terukur nilainya. Ia hadir bersama doa, harapan, dan kekuatan seorang ibu yang sanggup mengorbankan masa, tenaga, dan keselesaan demi memberikan yang terbaik buat anak.
Sempena Minggu Penyusuan Sedunia pada bulan Ogos ini, Pa&Ma ingin menghargai semua ibu-ibu hebat yang teguh semangat, sabar menghadapi cabaran, dan terus setia menyusukan anak walau apa jua rintangan. Penyusuan bukan sekadar memberi makan, tetapi ia adalah bahasa cinta yang hanya difahami oleh hati seorang ibu dan anaknya.
1. Perisai Semula Jadi Bayi Sejak Lahir
Susu ibu adalah “vaksin pertama” bayi. Ia dipenuhi antibodi dan nutrien unik yang tiada tandingan. Bayi yang disusukan secara eksklusif lebih terlindung daripada jangkitan telinga, cirit-birit, selesema, dan penyakit berjangkit lain. Ibarat benteng kukuh, setiap titis susu ibu membina daya tahan tubuh si manja, melindungi mereka siang dan malam.
2. Nutrisi Lengkap Mengikut Keperluan
Keistimewaan susu ibu adalah keupayaannya berubah mengikut usia dan keperluan bayi. Minggu awal, susu ibu mengandungi kolostrum – cecair emas yang kaya dengan antibodi. Apabila bayi membesar, kandungan protein, lemak, dan vitamin dalam susu ibu turut menyesuaikan diri, memastikan si kecil mendapat nutrisi sempurna setiap masa.
3. Mengukuhkan Ikatan Emosi
Saat menyusu adalah waktu yang penuh magis antara ibu dan anak. Sentuhan kulit, tatapan mata, dan kehangatan tubuh ibu memberi rasa selamat kepada bayi. Ikatan ini bukan sekadar membina kasih sayang, tetapi juga membantu perkembangan emosi dan keyakinan diri anak pada masa hadapan.
4. Kebaikan Kesihatan untuk Ibu
Penyusuan bukan hanya bermanfaat untuk bayi. Ia membantu rahim ibu mengecut dengan lebih cepat, mengurangkan risiko pendarahan selepas bersalin, dan menurunkan risiko penyakit seperti kanser payudara dan ovari. Tambahan pula, ia membantu ibu kembali ke berat asal dengan cara yang lebih semula jadi.
Buat semua ibu, perjalanan penyusuan mungkin penuh cabaran – puting melecet, bengkak susu, atau bayi kerap bangun malam. Namun, percayalah bahawa setiap titis susu ibu adalah hadiah berharga yang akan memberi kesan sepanjang hayat anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelebihan bermain ‘cak’ dengan bayi, rangsang anak jadi bijak. Bermain dengan bayi bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga mempunyai banyak manfaat untuk perkembangan mental dan emosi mereka. Salah satu permainan yang paling mudah tetapi sangat bermanfaat adalah permainan ‘cak’.
Permainan ini melibatkan menyorokkan muka dengan tangan atau objek lain dan kemudian menunjukkan muka semula sambil berkata “Cak!” atau “Peekaboo!” dalam bahasa Inggeris. Meskipun ia nampak sederhana, permainan ini mempunyai banyak kelebihan dalam merangsang perkembangan bayi.
1. Melatih Komunikasi Terawal
Senyuman dan ketawa adalah salah satu cara terawal manusia berhubung sesama sendiri. Ia bagaikan sebuah bahasa tanpa sempadan tidak mengira usia dan bangsa seseorang.
Tiada apa yang lebih menenangkan selain melihat senyuman si kecil, apatah lagi apabila mereka sudah mula bersuara dan ketawa. Memang riuhlah rumah dengan ketawanya yang comel!
Senyuman juga adalah tanda bayi dapat merespon terhadap persekitaran selain menjadi cara si kecil menunjukkan bahawa dia senang dengan kehadiran kita. Dengan senyumanlah juga hubungan boleh menjadi lebih erat.
2. Meningkatkan Kemahiran Sosial
Kemahiran sosial bayi merupakan asas utama baginya dalam membentuk corak komunikasi yang positif. Selain berbual dan bernyanyi untuknya, bermain “cak” juga adalah medium untuk bayi belajar untuk mewujudkan hubungan sosial dengan orang lain.
Bermain “cak” dengan bayi memerlukan tumpuan sepenuhnya terutama sekali ‘eye contact’. Mungkin pada awal kelahiran, bayi menunjukkan kurang respon dan lebih mudah terkejut. Lama-kelamaan, dia mula belajar untuk mengagak apa yang berlaku.
Dengan sentiasa meluangkan masa dengannya, kemahiran komunikasinya juga akan berkembang dengan baik. Bayi juga lebih bijak dalam mentafsir dan meniru emosi yang ditunjukkan oleh orang sekeliling.
3. Mengajar Bayi Mengenal Diri & Persekitaran
Menurut pakar psikologi, bayi sering menganggap dirinya dan ibu sebagai seorang individu yang sama. Semakin kita kerap bermain “cak” disertai dengan senyuman dan sentuhan, dia semakin lama mengerti bahawa dia dan ibunya adalah dua orang yang berbeza.
Hal ini dapat disedari apabila bayi menyentuh ibunya, dan ibunya pula memberi tindakbalas selanjutnya; contohnya ketika bayi mula menyentuh bahagian mata atau menarik rambut ibu.
Bayi juga mula bijak membuat perbandingan antara dirinya dengan orang lain dan mula untuk mengingat persekitaran serta orang di sekelilingnya. Dengan kesedaran ini, dia lebih giat untuk meneroka persekitaran dan menjadi lebih lincah lagi sebaik dia sudah boleh bergerak ke sana ke mari.
4. Merangsang Deria Bayi
Permainan mudah juga memberi kesan positif pada perkembangan derianya; lebih-lebih lagi jika ramai yang meluangkan masa dengannya. Walaupun bayi baru lahir dilihat kurang merespon, sebenarnya mereka amat mudah diajak bermain “cak”. Hanya dengan hanya menggunakan tapak tangan dan ekspresi muka yang lucu, keseluruhan deria mereka dapat dirangsang.
Dengan rangsangan bunyi atau visual, rangsangan bayi boleh menjadi lebih tajam dan peka. Bila bayi semakin besar, anda boleh mempelbagaikan cara bermain permainan ini dengan mereka supaya lebih mencabar, contohnya bermain sembunyi-sembunyi.
5. Meningkatkan Kecerdasan Memori
Bayi yang baru lahir sering menganggap jika kita hilang dari pandangan, sentuhan, atau pendengarannya bermakna kita tiada dengannya. Sebab itulah bayi mudah menangis apabila ibu hilang daripada pandangan. Permainan sebegini mampu membantu mereka memahami konsep kehadiran seseorang atau objek.
Ini bermakna kebolehannya untuk menyimpan memori dan corak pemikirannya semakin berkembang. Semakin kita rajin bermain “cak” dengannya, mereka mampu memahami dan mengingat bahawa ibu masih ada dengan mereka. Oleh sebab itu, bayi yang baru lahir elok diperkenalkan dengan permainan sebegini.
Permainan ‘cak’ bukan sahaja mudah dan menyeronokkan, tetapi ia juga memberikan banyak manfaat kepada perkembangan mental, emosi, dan sosial bayi anda. Dengan hanya beberapa minit bermain setiap hari, anda boleh membantu merangsang perkembangan otak bayi dan membina asas yang kukuh untuk kemahiran yang lebih kompleks di masa hadapan.
Dengan meluangkan masa dengannya, bayi bukan sahaja dapat melatih rangsangan minda serta kemahiran sosial, malah dapat memupuk kasih sayang dan rasa prihatin. Jadi, jangan ragu-ragu untuk bermain ‘cak’ dengan bayi anda dan nikmati detik-detik berharga ini bersama mereka!