Bermula 1 Januari Cuti Bersalin Daripada 60 Hari Ke 98 Hari, Cuti Paterniti 7 Hari

Share

Penguatkuasaan Pindaan Akta Kerja 1955 yang sebelum ini ditangguhkan, akan tetap diteruskan mulai 1 Januari tahun depan.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar, berkata pihaknya harus meneruskan penguatkuasaan akta terbabit kerana undang-undang itu sudah diluluskan Parlimen.

“Perkara ini harus kita teruskan sebab undang-undang ini sudahpun diluluskan Parlimen dan sebahagian besar pindaan yang dibuat adalah berdasarkan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

BACA JUGA [Bila Jadi Mak-Mak, Jangan Semua Benda Kita Nak Buat. Percaya Juga Pada Suami & Anak]

[Kenapa Anak Selalu Meragam Dengan Ibu Tapi Dengan Ayah Elok Je? Ini Sebabnya]

Kredit: Berita Harian

“Jadi perkara ini adalah penting untuk kita laksanakan, ini adalah jaminan kepada pekerja,” katanya pada sidang media.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pelaksanaan akta itu perlu ditangguhkan hingga 1 Januari 2024 bagi memberi lebih masa kepada pihak industri dan majikan.

Pindaan Akta Kerja 1955 sepatutnya mula berkuat kuasa 1 September lalu, namun ditangguhkan ke 1 Januari ini selepas pihak industri dan majikan sebulat suara memohon penangguhan atas beberapa faktor termasuk memerlukan sedikit masa berikutan kebanyakannya masih dalam proses pemulihan ekonomi.

Kredit: KKM

Antara kandungan pindaan yang ditangguhkan itu ialah penambahan cuti bersalin daripada 60 hari ke 98 hari, penetapan cuti paterniti tujuh hari, pengurangan waktu kerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam serta aturan kerja fleksibel untuk pekerja.

Selain itu, pindaan Akta Kerja 1955 ini juga mewajibkan keperluan mendapatkan kelulusan penggajian pekerja asing daripada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia ( JTKSM) di bawah Seksyen 60K (4) Akta Kerja 1955.

Kredit: Berita Harian & Gambar Hiasan: KKM

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

Published by
Wan Amy