Bermula 17 April Ini, Anak Tahun 3, 4 & 5 Hadir Ke Sekolah Tanpa Penggiliran

Share

Bermula 17 April ini, murid sekolah rendah di seluruh negara tidak lagi perlu hadir ke sekolah secara penggiliran. Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin menerusi rakaman video di Facebooknya.

Radzi berkata, Kementerian Pendidikan menetapkan murid sekolah rendah dibenarkan hadir ke sekolah tanpa penggiliran bermula 17 April bagi negeri-negeri Kumpulan A dan 18 April bagi sekolah di negeri-negeri Kumpulan B.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas melihat kelancaran sesi persekolahan secara bersemuka bagi sekolah rendah sejak 21 Mac lalu.

“Apa yang penting, saya nasihatkan murid-murid dan guru supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan.

“Walaupun kita sedang bergerak dari Fasa Peralihan ke Endemik namun, kita masih perlu mengekalkan SOP yang telah ditetapkan khususnya apabila semua murid hadir ke sekolah tanpa penggiliran kelak,” katanya.

Katanya, beliau memohon jasa baik ibu bapa supaya sentiasa mengingatkan anak-anak supaya kepatuhan kepada SOP itu satu keutamaan.

Kementerian Pendidikan sebelum ini menetapkan murid Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5 akan hadir ke sekolah secara penggiliran terutama bagi jumlah murid di sekolah melebihi 600 orang.

Bagi sekolah rendah yang jumlah muridnya di bawah 600 orang pula, semua murid sekolah rendah harian dan sekolah swasta perlu hadir tanpa penggiliran.

Kredit: FB Dr Radzi Jidin

BACA [Anak Sekolah Rendah Tak Boleh Fokus Lama, Ini Senarai Aktiviti Boleh Dilakukan!]

BACA JUGA [Baru 11 Tahun, Boleh Harap Jaga Ibu Berpantang, Urus Adik-Adik & Pandai Masak]

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

 

 

Published by
Wan Amy