Seronok apabila melihat perkembangan anak daripada masa ke semasa. Namun buat papa dan mama baru pasti tidak tahu apa yang akan berlaku apabila si manja menginjak usia enam, tujuh, lapan bulan dan seterusnya.
Ini antara yang boleh di jadikan panduan. Sebagai ibu bapa anda haruslah peka dengan setiap perkembangan si manja.
Enam bulan
– Selalu memberikan senyuman semasa anda bermain dan berinteraksi dengannya.
– Perkembangan emosi semakin meningkat.
– Duduk dengan sokongan yang betul.
– Boleh berguling.
– Boleh mula makan.
Ads
Tujuh bulan
– Boleh tersenyum apabila melihat dirinya di cermin.
– Mengenali ibu bapanya.
– Sudah mengetahui namanya.
– Akan meniru perkara-perkara mudah yang anda lakukan.
Lapan bulan
– Dapat memanggil nama ringkas seperti mama, ummi, papa, dan baba.
– Boleh duduk tegak tanpa sokongan.
– Boleh berdiri untuk tempoh yang singkat.
– Boleh mencapai objek sebelah tangan.
Ads
Sembilan bulan
– Senyum dan ketawa apabila melihat anda.
– Membuat pelbagai bunyi, seolah-olah berbual dengan anda.
– Boleh merangkak.
– Memberi tindak balas segera apabila namanya dipanggil.
Sepuluh bulan
– Mula memahami maksud “tidak” dan “bye-bye”.
– Suka memukul objek dengan tangan.
– Berjalan dengan sokongan orang dewasa.
– Cuba menarik perhatian orang dewasa.
Ads
Sebelas bulan
– Menunjukkan minat terhadap buku berilustrasi menarik.
– Suka melakukan peniruan di persekitarannya.
– Boleh bercakap dengan satu perkataan yang mudah difahami.
– Boleh mencari objek dengan mudah.
Dua belas bulan
– Boleh berdiri sendiri.
– Mula memahami arahan dan permintaan.
– Menoleh ke arah orang yang memanggil namanya.
– Menunjukkan minat terhadap buku kegemarannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Betulkah rasa geram sebab utama bayi menggigit?Walau pun biasa-biasa sakit & berbekas juga kesan gusi & gigi kecilnya itu!
Tabiat suka menggigit berkembang apabila bayi meningkat ke usia 8 bulan ke atas. Ada kalanya sampai lebam digigitnya. Sakit jugalah, kadangkala berbekas dengan gigi dan gusinya tu. Bila dikenang kembali, rasa lucu pun ada.
Menggigit adalah suatu fasa perkembangan awal bagi bayi yang normal. Mereka bereksperimen dengan menggigit atau dengan memasukkan objek ke dalam mulut. Bayi menggigit mainan teether mereka, payudara mama, lengan, jari atau bahu mama dan papa semasa dipangku atau didukung. Biasanya, mama dan papa terkejut atau atau menjerit akibat terkejut akibat tiba-tiba digigit tanpa disangka-sangka.
4 SEBAB BAYI MENGGIGIT
Bayi menggigit kerana beberapa sebab seperti berikut;
Semasa proses tumbuh gigi di mana gusinya gatal. Menggigit sesuatu akan memberikan kelegaan kepada bayi.
Apabila meneroka sesuatu mainan atau objek yang baru.
Bayi juga mengigit untuk mendapatkan tindak balas daripada seseorang.
Menggigit juga salah satu cara bagi bayi untuk menunjukkan perasaan dan mendapatkan perhatian.
Mama dan papa perlu faham, bayi pada umur ini tidak lagi mempunyai kemahiran berbahasa untuk menunjukkan emosi seperti ketakutan,kemaraham dan kekecewaan. Apabila proses kemahiran berbahasa dan ekspresi diri dicapai, kelakuan mengigit ini akan berkurangan.
BAGAIMANA MAMA DAN PAPA BERTINDAK?
Bila bayi menggigit, apa yang kita harus lakukan ialah tegas tapi tidak keterlaluan. Ini kerana proses kefahaman bayi belum matang lagi. Ibu bapa boleh menekankan bahawa mengigit itu sakit dan tidak boleh diterima dengan menunjukkan muka atau wajah yang sedih dan menangis menandakan anda dalam kesakitan.
Selain dari itu apabila tahap emosi dan tenaga bayi itu tinggi atau sudah bosan dengan sesuatu, mama dan papa boleh mengalihkan pandangandan fokus bayi kepada perkara atau suasana yang berbeza yang boleh menghasilkan tindakbalas positif. Misalnya memberikan mainan atau membawanya ke tempat lain.
JANGAN MARAH & MENGHUKUM
Ia membantu proses pembelajaran jika orang dewasa bertindak balas dengan kuat “Ouch! tolong jangan gigit mama sayang.” Tetapi anda tidak perlu menyalahkan, menghukum, atau memberi ‘syarahan’ kepada bayi. Bayi perlu bereksperimen untuk belajar, maka beberapa saat yang menyakitkan diperlukan sebelum proses pembelajaran berlaku kepadanya.
Mama dan papa mesti menjaga keselamatan diri sendiri apabila bayi yang dalam fasa menggigit. Sebagai contoh, memang tidak masuk akal untuk meletakkan jari anda di dalam mulut bayi yang sedang menggigit, apatah lagi jika dia sudah tumbuh gigi! Sentiasa berjaga-jaga dan mengelak daripada awal sekiranya anda sudah merasakan si kecil akan menggigit dalam posisi mendukung atau duduk yang tertentu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayi suka mengempeng atau melekap pada payu dara biarpun sudah selesai menyusu adalah antara cabaran bagi ibu yang menyusu. Apabila dilepaskan puting payu dara daripada mulutnya, dia akan menangis biar pun sudah yakin dia sudah pun lena. Apa yang patut dilakukan agar ia tidak menjadi tabiat buruk kerana keadaan ini menyukarkan ibu untuk bergerak setiap kali sesi penyusuan berlangsung?
4 SEBAB KENAPA IA BERLAKU?
Menurut pakar laktasi, Rita Rahayu Umar, keadaan ini berlaku bergantung pada usia anak. Kadang kala ia adalah biasa bagi bayi yang berusia beberapa bulan memerlukan keselesaan daripada ibunya dan payu dara. Berikut adalah antara sebab terjadinya hal ini;
a)Selama sembilan bulan dia menjadi sebahagian daripada anda dan kini baru beberapa minggu atau bulan menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya.
b)Dia memerlukan momen penyusuan intim bagi mengenang perasaan selesa yang pernah dilaluinya bersama anda.
c)Sesetengah bayi memerlukan lebih keselesaan sewaktu menyusu berbanding yang lainnya. Ini kerana mungkin perasaannya lebih sensitif. Tiada salahnya jika bayi hanya boleh tidur lena jika menyusu terlebih dahulu.
d)Kajian menunjukkan anak yang mendapat keselesaan apabila dia menangis, cenderung untuk menjadi insan yang lebih berkeyakinan diri dan berdikari. Asasnya, jika anda memberi keselesaan kepadanya sekarang, dia akan kurang memerlukannya di masa akan datang.
GUNAKAN PENGGENDONG BAYI
Adalah tidak biasa jika bayi terus mahu menyusu ketika sedang tidur. Untuk itu, ada beberapa perkara yang boleh anda cuba lakukan bagi mengatasi hal ini. Bergantung kepada berapa usia anak, anda mungkin boleh biarkan dia terus menyusu sambil tidur tetapi pastikan dia diletakkan di dalam sling (penggendong). Jadi, anda boleh bangun dan lakukan pekerjaan lain ketika dia tidur.
PERHATIKAN CORAK TIDUR SEBELUM MELETAKKAN KE DALAM PENGGENDONG
Walau bagaimanapun, pastikan bayi benar-benar lena dan tidak lagi menghisap puting sebelum anda cuba mempraktikkan panduan ini. Untuk itu, anda mungkin perlu menunggu untuk beberapa ketika.
Bayi akan melakukan aksi hisapan untuk mendapatkan keselesaan (flutter atau comfort sucking) iaitu hisapan yang lembut dan perlahan-lahan. Apabila bayi baru sahaja tidur, anda dapat lihat dia mengerut mukanya, sebahagian tangan digenggam, bayi menegangkan otot badan serta muka dan kelopak matanya bergerak-gerak.
CABUT BILA SUDAH TIDUR NYENYAK
Apabila sudah nyenyak tidur pula, anda dapat mengenal pasti dengan melihat corak pernafasannya adalah biasa, kelopak mata tidak bergerak dan anggota tubuhnya lemah; tangan terkulai, tiada lagi genggaman tangan serta ototnya lebih relaks. Oleh yang demikian, apabila bayi mula tidur nyenyak, cuba tarik puting dan jauhkan diri daripadanya secara perlahan-lahan.
GUNAKAN KELINGKING
Satu perkara yang kadang kala membantu ialah sisipkan jari kelingking di dalam mulut bayi apabila dia sudah tidur. Jadi, anda boleh keluarkan puting payu dara dari mulutnya dan biarkan bayi menghisap jari anda itu. Lama-kelamaan, barulah anda boleh mengeluarkan jari daripada mulutnya. Cara ini membantu dengan memberi sedikit tekanan pada bahagian bawah bibir bayi apabila anda melakukannya. Dengan melaksanakan panduan ini, anda boleh mengelakkan bayi daripada terjaga daripada tidur.
OBJEK YANG MEMPUNYAI BAU BADAN IBU
Meletakkan sesuatu benda betul-betul di sebelahnya yang mempunyai bau badan ibu seperti baju T atau bantal juga dapat membantu.
Ketahuilah, menyusu bukan sekadar membekalkan bayi dengan khasiat yang diperlukannya. Lebih daripada itu, payu dara anda berupaya memberikan keselesaan dan rasa selamat kepada bayi. Masa yang diperuntukkan untuk menyusu bayi adalah sangat singkat tetapi memori kasih sayang yang anda curahkan melalui penyusuan susu ibu akan berkekalan seumur hidupnya. Percayalah, bayi anda dengan sendirinya akan tidur tanpa perlu menyusu pada masa akan datang. Jadi, nikmati momen ini selagi ada.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan apabila si manja merangkak & bertatih, dia makin aktif bergerak & semakin ‘buas’. Dah banyak akal! Akibatnya kerap jatuh & terhantuk kepala.
Bayi yang mula merangkak dan menyusur akan mendapat ‘lesen’ untuk menerokai ruang. Koordinasi tangan dan kaki serta anggota tubuh mereka juga semakin baik. Begitu juga dengan bayi yang mula ‘dapat kaki’ atau bertatih, kerap terjatuh dan terhantuk memang selalu terjadi proses ini.
ADAT BAYI BUAS, SELALU JATUH & TERHANTUK
Ramai mama dan papa yang mengadu bayi yang sedang belajar untuk bertatih dan kerap memanjat dan disebabkan hal ini bayi kerap kali terjatuh. Aktif merangkak dan menyusur (cruising) sehingga badannya semakin mengecil kerana terlalu aktif atau ‘buas’.
Hal ini merunsingkan ibu bapa kerana bimbang jika perkembangannya terganggu. Bagaimana caranya untuk tahu sekiranya bayi mengalami cedera teruk akibat jatuh selain pendarahan pada luaran dan kesan bengkak?
LUMPS AND BUMPS
Lumps and Bumps adalah sesautu yang biasa dalam peringkat kanak-kanak yang mula mendapat kebolehan bergerak sendiri. Lazimnya ini tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan kepada mereka. Ia adalah satu fenomena yang biasa dalam proses pembesaran kanak-kanak.
Kulit kepala kaya dengan saluran saluran darah dengan itu luka kecil boleh menghasilkann pendarahan yang banyak. Bengkak dan lebam berlaku jika saluran darah itu mengeluarkan cecair dam berlaku pendarahan dibawah kulit. Ini mungkin mengambil beberapa hari atau minggu untuk hilang sepenuhnya.
7 TANDA BAYI/KANAK-KANAK PERLU RAWATAN SEGERA
Sekiranya bayi terjatuh atau terhantuk tetapi tidak teruk, pantau mereka dalam masa 24 jam. Namun jika berlaku tanda-tanda seperti berikut berlaku dalam masa masa 24 jam, mama dan papa perlu segera membawa bayi mendapatkan rawatan kerana ia mungkin petanda masalah kecederaan dalaman atau luaran.
Nasihat dan rawatan perubatan amat diperlukan dalam keadaan cemas ini.
Pengsan walaupun seketika
Menangis dan tidak berhenti
Berkelakuan tidak selesa
Sukar dipujuk
Muntah berulang kali
Tidur dan tidak mudah dikejutkan
Tidak berkelakuan seperti biasa
Selain daripada pemerhatian dan pemantauan, mustahak bagi mama dan papa percaya kepada naluri sendiri. Jika rasa kurang yakin dan tidak tenteram, segera bawa bayi mendapatkan rawatan doktor.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.